
Bermain untuk Belajar, untuk Hidup

Bermain untuk Belajar,untuk Hidup
Jadikan TEAM-BUILDING Bermakna
Jadikan
TEAM-BUILDING
Bermakna
Tentang kami
Lagoona Villa Resort ialah Kem Team Building terkemuka di Cherating, Pahang, Malaysia. Terletak di persimpangan Sungai dan Laut, resort ini menawarkan laguna pantai peribadi yang dikelilingi oleh hutan bakau yang menakjubkan sebagai latar belakang. Terletak di pertemuan antara Sungai Cherating dan Laut China Selatan, lokasi resort ini membolehkan para pelanggan menikmati pelbagai aktiviti air. Bersebelahan dengan kampung nelayan dan berdekatan dengan bandar Kuantan dan Kemaman, resort ini menyediakan ruang yang luas untuk aktiviti berkumpulan, mendorong pembangunan diri dan sikap kerjasama melalui suasana pembelajaran di alam terbuka yang indah.

Apa saya dengar, saya lupa
Apa saya lihat, saya ingat
Apa saya buat, saya faham
Confucious
Kem Team Building Outbound
@ Cherating Lagoona Villa
Rekreasi Darat

Flying Fox/Zip Lining

Dynamic obstacle course

Mud Soccer

Wall Climbing

ATV Motorsport

Abseiling
Jungle Trekking-Mencari Lokan

Permainan Memanah tradisional
Rekreasi Air

Water Blob

Cherating Mangrove River Cruise

Water Rafting
Aktiviti Pasukan Unit Badan Beruniform

Asas Ikatan & Simpulan

Gajet Perkhemahan

Malam Kebudayaan

Orienteering - Peta & Kompas

Program Agama & Kerohanian

Asas Pertolongan Cemas

Perkhemahan

Masakan Survival

Kawad Kaki

Masakan Rimba
Latihan Dalam Kumpulan

Management Games

Zumba Dance

Ice breaking & Orienting (School & University)

Ice breaking & Orienting (Corporate)

Indoor Game

The Amazing Race

Night Walk

Cultural Batik Workshop
Makanan tambahan (Selain dalam pakej)

BBQ

Roasted Mutton
Ingin merasai pengalaman VIRTUAL REALITY di Cherating Lagoona Villa - Team Building?

3 Aktiviti Percuma

Bola Jaring

Bola Tampar Pantai

Mud Soccer
Pakej Yang Ditawarkan

Pakej Team-building
- Tema: Aktiviti Outbound Team Building
- 3 Hari 2 Malam & 2 Hari 1 Malam
- Bilangan Peserta Minimum: 30 peserta
- Penginapan Peserta: Dorm dan Chalet Percuma
- Jurulatih/Trainer Disediakan

Pakej Kem Kepimpinan & Jati Diri
- Tema: Kem Kepimpinan & Jati Diri
- 3 Hari 2 Malam & 2 Hari 1 Malam
- Bilangan Peserta Minimum: 50 peserta
- Peserta: Terbuka hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah
- Penginapan Peserta: Khemah dan Chalet Percuma
- Jurulatih/Trainer Disediakan
Promosi Bulan Ramadhan
Pakej Ramadhan Challenge ini hanya sah bagi tempoh
12 Mac 2024 - 9 April 2024 sahaja

Ramadhan Challenge
2 Hari 1 Malam
Ramadhan Challenge
3 Hari 2 Malam
4 Langkah Aliran Merancang

Mudah. Telus. Dipercayai.
-
Teroka
Semak imbas katalog kami atau hubungi kami.
-
Pilih
Kami boleh menyesuaikan pakej kami mengikut keperluan anda.
-
Atur
Pilih masa yang paling sesuai untuk pasukan anda.
-
Nikmati
Ini adalah acara anda juga. Serahkan segalanya kepada kami.
Sijil Pengiktirafan



Sijil Kejurulatihan





















Peta Grafik Cherating Lagoona Villa Resort

Apabila menyentuh mengenai hal penilaian personaliti dan mentoring, profesional di Cherating Lagoona Villa Resort-Team Building adalah di antara yang terbaik. Kami memiliki kepakaran dalam menjalankan penilaian prestasi mengunakan pelbagai teknik psikologi dan metod latihan dalam membantu anda melonjakkan kerjaya dalam masa yang sama mencapai impian dan cita-cita anda pada masa hadapan. Melalui latihan yang kami sediakan, anda berpeluang mempelajari tentang peningkatan diri, keyakinan, kualiti kepimpinan, keupayaan membina pasukan dan meningkatkan kemahiran diri. Ianya dapat menolong anda menemukan bakat tersembunyi yang tersedia bagi membolehkan anda memberikan prestasi yang terbaik dan mencapai kemenangan akhir yang membanggakan. Di Cherating Lagoona Villa Resort-Team Building, kami mengambil langkah pendekatan melalui latihan yang bersistematik, penilaian dan kaunseling. Anda akan dilatih oleh pasukan kejurulatihan yang berpengalaman luas merangkumi segenap aspek disiplin kehidupan.
- Latihan untuk belia (latihan persediaan untuk orang muda sebelum menempuh alam dewasa)
- Mendorong prestasi melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan outbound team building
- Pusat penilaian dan pembangunan modal insan
- Pasukan kejurulatihan dan staff yang komited dan berdedikasi.
- Komitmen dalam memberikan kualiti servis yang terbaik
- Belajar dan buat adalah teras falsafah modul latihan kami
- Infrastruktur latihan yang lengkap dan berkesan
- Bertempat di Cherating, Pahang, salah satu perairan pelancongan terkemuka di Semenanjung Malaysia
- Satu-satunya resort di Cherating, dan salah satu di Malaysia yang mempunyai lagun pantai persendirian yang cetek, tenang, dan bersih kebiruan. Keistimewaan yang unik ini sangat ideal untuk menjalankan aktiviti air pada masa yang sama selamat untuk pelanggan kebanyakkan kategori umur.
- Disebabkan keunikan lokasi resort ini di pertengahan titik pertemuan antara Sungai Cherating dan Laut China Selatan, ianya memberikan kelebihan besar kepada resort ini kerana dapat memiliki lagun pantai dan sungai pada masa yang sama.
- Anda akan mendapati diri anda dikelilingi kawasan hutan paya bakau yang menyimpan pelbagai rahsia khazanah alam semula jadi untuk diterokai.
- Lokasi resort ini juga bersebelahan dengan perkampungan nelayan dapat membangkitkan suasana kehidupan kampung dan pengembaraan.
- Lokasi yang aman dari kesibukan bandar namun tidak begitu jauh (lebih kurang 40 km dari bandar Kuantan dan 13 km dari bandar Kemaman)
- Kawasan lapangan yang luas disiapi dengan pelbagai kemudahan untuk berkumpul dan aktiviti team building.
- 700 meter dari Balai Polis Cherating
- Flying Fox/ Zip Lining
- Dynamic obstacle course
- Mud soccer
- Wall Climbing
- ATV Sport
- Abseiling
- Jungle Trekking-mencari lokan
- Permainan Memanah tradisional
- Water Blob
- Cherating Mangrove River Cruise – by boat
- Water Rafting
- Asas Ikatan & Simpulan
- Gajet Perkhemahan
- Malam Kebudayaan
- Orienteering – Peta & Kompas
- Program Agama & Kerohanian
- Asas Pertolongan Cemas
- Perkhemahan
- Masakan Survival
- Kawad Kaki
- Masakan Rimba
- Campfire
- Ice Breaking & Oreintasi
- Management Games
- Senamrobik/Zumba
- Cultural Batik Workshop
- The Amazing Race
- Night Walk
Merehatkan diri daripada kesibukan urusan kerja harian kepada suasana aman dan santai dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengenali alam dan menganalisa kekuatan diri dan makna kehidupan. Sebagai jurulatih, tugas hakiki kami adalah untuk mendorong pemikiran kritikal, komunikasi efektif, mencipta solusi, karisma, kepimpinan, berani mengambil risiko dan saling bantu membantu antara rakan sepasukan.
Definasi pasukan adalah sekumpulan orang yang berkumpul dalam satu pasukan bagi tujuan mencapai satu matlamat sama melalui sumbangan usaha tenaga kerja dan buah fikiran secara kolektif. Apabila pasukan itu berfungsi dengan betul, terlahirlah semangat, perpaduan dan rasa keseronokkan. Setiap orang berada dalam pasukan disebabkan apa yang mereka dapat sumbangkan bukanlah kerana menurut turutan hierarki semata-mata. Sekiranya kumpulan menang, individu juga menang. Pasukan tidak terus ‘bersatu’ dalam masa hanya semalaman. Mereka terpaksa melului fasa cabaran dan pertumbuhan, dan sekiranya mereka berjaya, mereka berhak untuk meraikannya kerana mereka telah berkerja keras untuk mencapainya.
Sebagai permulaan bagi mencapai maksud kolaborasi produktif, kita perlulah bertanya diri sendiri “Apakah tujuan asal kita berada disini?” Melainkan setiap orang dalam kumpulan dapat bersetuju dengan asas fundamental ini, mereka lebih cenderung untuk membahwa haluan berlainan yang lantas membuang masa dan tenaga. Disini mungkin terjadikan konflik mengenai visi, keutamaan, dan matlamat peribadi sesama ahli dalam pasukan, namun dari sudut pandangan kaca mata luar daripada pasukan terdapat beberapa tekanan dan peluang yang perlu diambilkira untuk dipertimbangkan. Pasukan perlu diberikan masa mencukupi untuk memikirkan secara mendalam mengenai perkara-perkara yang berbangkit dengan secara menyeluruh. Soalan itu tidak boleh dijawab sekali dan untuk semua. Ianya perlu dipertimbangkan secara kerap mengikut perubahan cabaran semasa yang dihadapi. Hal ini memaksa pasukan menyesuaikan diri untuk melakukan perubahan dan bersedia menyemak straterginya sebagai tindak balas kepada situasi baharu. Proses mewujudkan matlamat mungkin menyakitkan, berpandukan pengalaman yang lepas, andaian dan cara gerak kerja perlu dicabar dan mungkin digantikan dengan kaedah dan sikap yang lebih sesuai.
Pengurusan Pembangunan Pendidikan di Luar Kelas (Management Development Outdoors) adalah salah satu method pelajaran berasaskan pengalaman yang bertujuan untuk melepaskan diri daripada kaedah pelajaran tradisional seperti seminar dan menjawab soalan peperiksaan yang biasa diamalkan. Pelajaran berasaskan pengalaman dibangunkan dengan bersandarkan kepada tiga fakta kukuh:
- Manusia belajar dengan lebih berkesan apabila mereka mendapat pelajaran secara lansung dari pengalaman
- Pengatahuan menjadi lebih bermakna apabila individu itu sendiri yang menemui jawapannya.
- Manusia lebih bermotivasi dengan proses pembelajaran apabila diberi kebebasan untuk memilih sendiri matlamat dan objektif pembelajaran.
Pelajaran Berasaskan Pengalaman ialah salah satu method pendidikan yang menjarakan diri diri daripada kaedah pembelajaran teori dan turutan tradisionalis. Sedangkan banyak perkara kehidupan lagi yang dapat dipelajari diluar pendidikan buku teks dan bilik kuliah. Pelajaran berasaskan pengalaman bersifat lebih semulajadi dan berterusan sepanjang hayat. Hal ini membuka peluang kepada kesemua pembekal latihan pembangunan diri khususnya Cherating Lagoona Villa Resort-Team Building untuk mengambil peluang mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Pelajaran Berasaskan Pengalaman dapat dibahagikan kepada kitaran empat langkah:
- Pengalaman peribadi yang konkrit, diikuti dengan:
- Pemerhatian dan refleksi terhadap pengalaman peribadi yang dialami, yang membawa kepada:
- Pembentukan generalisasi dan konsep abstrak, yang membawa kepada:
- Hipotesis untuk diuji melalui tindakan masa hadapan, yang secara tidak langsung membawa kepada pengalaman baru.
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman memberi penekanan kepada:
- Pengalaman pelajaran peribadi secara langsung
- Mendorong komitmen individu untuk membangunkan diri
- Menggalakkan pelatih untuk memikul tanggungjawab sebanyak mungkin untuk pembelajaran mereka sendiri
- Umumnya, manusia mudah lupa apa yang mereka lihat dan dengar, namun jarang sekali mereka lupa apabila mereka sendiri melibatkan diri secara langsung dengan sesuatu tugasan atau pekerjaan. Sebagai permulaan, kami menggunakan pendekatan kaedah konsultansi bagi membina persefahaman di antara keperluan klien bagi mendapatkan isu dan cabaran yang ingin diketengahkan. Objektif dan tentatif program kemudian diserahkan semula kepada pihak klien untuk semakan dan kelulusan berdasarkan maklumat yang diberikan.
- Langkah seterusnya adalah merangka keperluan klien melalui pemilihan alatan, aktiviti dan permainan bagi menghasilkan hasil program latihan yang diinginkan. Persetujuan klien diperlukan untuk kelulusan rangka kerja akhir program yang direncanakan.
- Semasa fasa implementasi, permainan icebreakers digunakan bagi menyatupadukan setiap ahli pasukan yang hadir. Setiap program dikendalikan oleh jurulatih yang terlatih dan berpengalaman. Selepas selesai setiap satu aktiviti, jurulatih pengendali akan menilai prestasi peserta dan kenal pasti perubahan tingkah laku seiring dengan proses back-end yang dikenal pasti semasa fasa merangka program.
- Universiti, Kolej, Pelajar Sekolah
- Pertubuhan organisasi dan komuniti
- Hari keluarga, Sektor korporat dan Badan Agensi Kerajaan
Out Bound Team Building dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman telah terbukti dapat:
- Meningkatkan komunikasi, membantu penyelesaian masalah dan mendorong kerja berpasukan.
- Membina keyakinan dan nilai diri.
- Mendorong penghasilan kumpulan dinamik dan kemampuan untuk bekerjasama dalam satu unit berpasukan.
- Membantu pasukan dalam mengenalpasti kekuatan dan ruang kelemahan untuk ditambahbaik.
- Membantu kesedaran diri, kepimpinan dan kemahiran interpersonal.
- Menghargai manfaat aktiviti fizikal dan gaya kehidupan yang sihat.
- Membina kepercayaan dalam kalangan peserta untuk bergerak bersama sebagai satu pasukan dalam apa juga situasi.
Pakej Yang Ditawarkan

Pakej Team-building
- Tema: Aktiviti Outbound Team Building
- 3 Hari 2 Malam & 2 Hari 1 Malam
- Bilangan Peserta Minimum: 30 peserta
- Penginapan Peserta: Dorm dan Chalet Percuma
- Jurulatih/Trainer Disediakan

Pakej Kem Kepimpinan & Jati Diri
- Tema: Kem Kepimpinan & Jati Diri
- 3 Hari 2 Malam & 2 Hari 1 Malam
- Bilangan Peserta Minimum: 50 peserta
- Peserta: Terbuka hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah
- Penginapan Peserta: Khemah dan Chalet Percuma
- Jurulatih/Trainer Disediakan
Promosi Bulan Ramadhan
Pakej Ramadhan Challenge ini hanya sah bagi tempoh
12 Mac 2024 - 9 April 2024 sahaja

Ramadhan Challenge
2 Hari 1 Malam
Ramadhan Challenge
3 Hari 2 Malam
4 Langkah Aliran Merancang

Mudah. Telus. Dipercayai.
-
Teroka
Semak imbas katalog kami atau hubungi kami.
-
Pilih
Kami boleh menyesuaikan pakej kami mengikut keperluan anda.
-
Atur
Pilih masa yang paling sesuai untuk pasukan anda.
-
Nikmati
Ini adalah acara anda juga. Serahkan segalanya kepada kami.
Malaysian Guide to Team Building

Artikel Pilihan
Pelanggan Kami












