cherating lagoona villa resort

Aktiviti Team Building Outbound

lagoonacherating.com

Team Building Outbound

3.0. Aktviti Team Building Outbound

Pembelajaran Eksperiensial menekankan pembelajaran melalui pengalaman sebenar yang bersifat praktikal dan “hands-on”. Sementara itu, Outbound Team Building berfungsi sebagai platform latihan luar yang menggunakan cabaran fizikal, aktiviti berasaskan alam semula jadi, dan tugasan berkumpulan untuk membangunkan kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, serta ketahanan diri. Berasaskan falsafah Outward Bound yang diasaskan oleh Kurt Hahn (UK, 1941), pendekatan ini dilaksanakan di Cherating Lagoona Villa Resort melalui kerangka program yang tersusun, merangkumi Cabaran Fizikal seperti Flying Fox, Kursus Halangan, Panjat Dinding, dan Abseiling; Penerokaan Alam seperti Jungle Trekking (mencari lokan), Pelayaran Bakau, Rafting, dan Keyakinan Air; Dinamika Pasukan dan Kepimpinan seperti Ice Breaking, Permainan Pengurusan, Amazing Race, Night Walk, Zumba, dan Bengkel Batik; serta Pembinaan Sahsiah dan Kemahiran Ikhtiar Hidup seperti Ikatan dan Simpulan, Peralatan/Kelengkapan Perkhemahan, Pembangunan Kerohanian, Pertolongan Cemas, Orientering, Perkhemahan, Memasak Ikhtiar Hidup, dan Latihan Kawad. Secara keseluruhannya, pengalaman ini menyumbang kepada pembentukan sahsiah, disiplin, komunikasi yang jelas, kepimpinan situasi, serta keupayaan peserta untuk memindahkan pembelajaran ke dalam konteks dunia sebenar.

Siapakah Kurt Hahn?

Visi di Sebalik Outward Bound

Kurt Hahn, seorang pendidik perintis, mengasaskan Outward Bound pada tahun 1941 untuk membina daya tahan dan sahsiah melalui pengembaraan di alam terbuka. Visinya ialah mencabar individu, menghubungkan semula mereka dengan alam semula jadi, dan memupuk sifat belas ihsan. Hari ini, Outward Bound meneruskan legasinya dengan memperkasa orang ramai untuk menyedari potensi diri sepenuhnya serta memberi impak positif.

Sumber kredit