Terdapat bayak kejadian-kejadian kecil kesan daripada tindakan orang lain memberi kesan pada kita yang menyebabkan jeritan kuat dalam kepala kita – “Berlaku Lagi, Berlaku Lagi, Berlaku Lagi, bolehkan kamu hentikan, TOLONGLAH!” – Tetapi kegusaran kebanyakkan disebabkan perkara remeh yang dimana tiada seorangpun yang mampu berkongsi kekecewaan mereka secara terbuka… melainkan sudah lama terpendam sehingga apabila tuan tidak tahan lagi dan cuba pendekatan konferantasi menyebabkan tuan kelihatan seakan tidak lagi bertindak secara rasional.
Tuan akan menemui beberapa kerengsaan dimana sahaja tuan berada. Sama ada kesan daripada anak anak yang menonton televisyen dengan volume yang kuat ataupun apabila seseorang bercakap dengan nada kuat di dalam perpustakaan.

Tempat kerja adalah kawasan dimana kegusaran seperti ini perlu dielakkan dengan segera.
Sudah tentu, setiap orang mempunyai tahap kesabaran dan kawalan emosi yang berbeza, namun terdapat beberapa kegusaran di pejabat yang ramai orang dapat bersetuju bahawa mereka berharap perkara seperti ini dapat dihentikan dengan segera.
Cuba bayangkan berapa lama tuan dapat bertenang hari itu andaikata setiap jam tuan mampu elak daripada memikirkan “ ADAKAH DIA AKAN BERHENTI LAKUKAN PERKARA SEPERT ITU”. Ataupun hubungan beliau dan tuan menjadi tegang kerana mempersoalkan kembali tuan “APA YANG DIA TEKANKAN SANGAT SAMPAI MEMBUAT BISING.”
Walaupun lokasi tempat kerja yang mengusarkan seakan kurang diberi penekanan, perkara-perkara kecil seperti ini yang selalunya menjerumus kepada masalah komplikasi yang lebih besar sekiranya sudah lama memendam perasaan dan tidak mampu untuk menanganinya dengan segera.
Tempat kerja sepatutnya menjadi persekitaran kolaberasi dimana hubungan persahabatan dapat dibentuk untuk mencapai matlamat dan mengejar “deadlines”. Namun, ianya sangat sukar untuk memberi komitmen penuh sekiranya ada rakan sekerja yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan memasang musik beliau dengan kuat sepanjang hari. Adakah saya memang memiliki sikap yang terlampau lantang?
Oleh itu, kai terasa terpanggil untuk menyumbangkan panduan bersiri bagi mengelakkan kegusaran di tempat kerja. Semak kembali setiap minggu bagi mendapatkan panduan-panduan baru. Setelah tuan kenal pasti bahawa tuan bukanlah individu yang membawa masalah seperti ini, Tuan mungkin dapat sebarkan bacaan ini kepada individu yang tuan ingin tuju… dengan mengambil pendekatan halus serta harmoni seperti “apa pendapat tuan mengenai artikel ini, bukankah ini adalah satu posting blog yang menarik…?” contohnya.
Peraturan #1. Tidak boleh menceroboh makanan dalam peti sejuk yang bukan milik kita.

Jauhkan diri daripada makan ringan. Melainkan tempat kerja tuan menyediakan bilik rehat untuk menyimpan barang kegunaan besama dan JANGAN mengambil makanan milik individu lain tanpa kebenaran.
Kita pernah melalui godaan seperti ini, dimana ianya merupakan ujian sebenar latihan ketahanan diri, namun tindakan yang tepat adalah menutup kembali pintu peti sejuk dan elakkan daripada mengambil sepotong aiskrim milik rakan kerja lain contohnya.
Idea rakan sekerja kita itu amat mudah: untuk menikmati makanannya sendiri pada masa lain. Melainkan setelah mendapat kebenaran, mengambil sesuatu tanpa pengatahuan daripada rakan sekerja bukanlah idea yang bagus.
Sebagai seorang pengurus, tuan boleh bantu menambahbaik persekitaran kerja dengan menghadkan jumlah makanan yang dapat dibawa.
- Bekalkan barang keperluan yang biasa seperti serbuk tea.
- Jika tuan ada pasukan yang kecil, bahagikan peti sejuk kepada beberapa bahagian setiap satunya mempunyai ruang peribadi bagi setiap individu.
- Andaikata tuan mempunyai pasukan yang besar, minta semua orang untuk lebelkan makanan mereka.
- Ingat, walaupun tuan merupakan seorang pengurus ini tidak bermakna tuan sendiri dapat mengambil makanan orang lain.