Senarai Semakan Team Building: Edisi Outdoor

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Adakah tuan sedang merancang beberapa aktiviti team building outdoor? Rancang kehadapan dan usahakannya sampai berjaya tanpa tekanan yang biasanya hadir semasa dalam merancang persediaan.

Sebelum tuan bermula, pertimbangkan perkara berikutnya

1. Apakah matlamat tuan untuk aktiviti pada hari tersebut?

Apakah yang mahu dicapai tuan? Adakah pasukan tuan perlu menajamkan semula kemahiran komunikasi mereka? Adakah tuan mempunyai pekerja baru yang masih dalam proses membina persefahaman? Cari jawapan kepada persoalan ini supaya tuan dapat memilih aktiviti team building yang dapat memberi pulangan terbaik untuk dimanfaatkan ahli pasukan tuan.

2. Berapakah budget yang diperuntukan?

Pencarian tapak outdoor percuma mungkin sesuatu yang mudah untuk sesetengah pihak namun untuk sebahagian pihak yang lain ianya merupakan satu cabaran. Satu cadangan adalah mencari tapak letak kereta awam di sekitar kawasan tuan dengan ruang yang mencukupi untuk pasukan tuan. Jangan lupa mungkin tuan mungkin perlu membelanjakan sedikit untuk barang peralatan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. Selain itu, bekalan makanan dan minuman juga mungkn sesuatu yang dapat dipertimbangkan. Pastikan perbelanjaan tidak melebihi budget dan jauhkan diri daripada tekanan!

3. Apakah rancangan susulan pasukan tuan untuk mengekalkan ikatan pasukan selepas aktiviti team building ini selesai?

Jangan biarkan hari itu sekadar hari untuk berseronok. Bawa pulang kemahiran yang baru dipelajari untuk dipraktiskan dalam pejabat agar dapat memaksimumkan pulangan pelaburan. Gabungkan beberapa tambahan aktiviti ke dalam program seperti ini pada masa hadapan. Jangan sesekali berputus asa dalam usaha membina pasukan tuan!

Setelah tuan sudah menjawab kesemua persoalan pokok diatas, tuan boleh teruskan dengan rancangan tuan untuk menganjurkan hari tersebut!

Senarai Semakan Hari Team Building Tuan…

1. Di manakah lokasi yang dirancang?

Antara satu persoalan yang paling utama adalah: Di manakah lokasi acara aktiviti berkumpulan akan diadakan? Tuan perlu meletakkan usaha yang bersunguh untuk memilih lokasi yang sesuai untuk para peserta. Berikan penekanan bahawa tuan memerlukan ruang yang selesa untuk semua orang kerana ruang yang sempit dapat menjejaskan aktiviti yang dirancang. Ruang yang besar pula sudah tentu tidak mendatangkan masalah namun pastikan tuan mempunyai budget yang cukup untuk menyewanya. Aktiviti outdoor juga dapat memberi cabaran yang lain kepada rancangan tuan. Pastikan tuan merujuk data ramalam cuaca!

Lagoona Resort Cherating menawarkan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik.

2. Siapakah yang akan turut serta?

Siapakah yang berminat untuk menyertai aktiviti ini? Adakah menjadi kewajipan pada semua orang untuk melibatkan diri? Rancang kehadapan supaya tiada seorang pun yang ketinggalan. Pastikan tuan mempunyai peserta yang mencukupi yang bersedia untuk melibatkan diri untuk mendapatkan jumlah ahli pasukan yang sama rata dan bilangan ahli yang mencukupi. Aktiviti team building disertai oleh kumpulan ahli yang kecil tidaklah memberi pulangan manfaat yang sama berbanding semua ahli atau peserta dapat melibatkan diri bersama-sama.

3. Bilakah ?

Masa adalah segalanya. Tetapkan masa dan fikirkan berapa lama masa diperuntukkan untuk aktiviti dijalankan. Ini bergantung pada aktiviti jenis aktiviti yang dipilih tuan. Sekiranya tuan merancang untuk meluangkan masa untuk makan tengah hari pastikan menyediakan budget yang mencukupi.

4. Bagaimana tuan akan sampai ke destinasi?

Pengangkutan memainkan peranan penting di sini. Adakah tuan rancang untuk berjalan, memandu atau mengunakan pengangkutan awam? Pastikan apa juga kaedah yang tuan pilih, ianya dapat menampung semua peserta yang melibatkan diri.

5. Peralatan untuk aktiviti?

Bergantung pada jenis aktiviti team building yang menjadi pilihan tuan, tuan mungkin memerlukan beberapa barang peralatan. Memilih untuk outdoor bermaksud memberi kebebasan pada tuan mengolah kelebihan bermain dalam kawasan terbuka! Bawa peralatan yang mudah untuk di bawa bersama dan pastikan kesemua peralatan yang hendak digunakan berada dalam keadaan baik.

Aktiviti outdoor seperti memanah dapat melatih skill memanah dengan baik.

6. Bagaimana pula tentang…

Makanan/minuman? Memilih untuk outdoor dalam konteks keadaan cuaca dalam negara kita mungkin jatuh pada hari yang panas membahang. Beri tugasan pada seseorang untuk membawa sedikit bekalan makanan bertenaga dan air minuman untuk kekal bertenaga dan terhidrasi sekiranya tuan meramalkan cuaca hari yang mungkin panas melampau.

Bilik Air? Tuan juga perlu memastikan tuan mempunyai sekurang-kurangnya satu kemudahan bilik air yang berdekatan. Semua orang akan berterima kasih pada tuan.

Tempat berteduh? Cadangkan satu lokasi yang menjadi tempat perteduhan bagi merehatlan badan. Tuan dapat mengunakan ruang ini untuk berteduh dan merehatkan diri sekiranya tuan telah melibatkan diri dengan aktiviti sepanjang hari. Tempat ini juga boleh menjadi titik kawasan yang ideal untuk berkumpul dan bersembang tentang aktiviti sebelum aktiviti bermula dan untuk aktiviti recap selepas aktiviti selesai dijalankan.

Gunakan senarai semak ini dari masa ke samasa dan kongsikan pada orang yang memerlukan untuk membantu mereka merancang aktiviti team building outdoor mereka dengan cemerlang!

Kata-kata motivasi: “Kerjasama pasukan merialisaikan matlamat impian”-John C. Maxwell

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA