Jadi, kini kita faham apa yang menjadikan sesuatu kumpulan, bagaimana hubungan kerja interpersonal dan kaedah kepimpinan yang berbeza memberi kesan pada pasukan. Tetapi bagaimana latihan team building dapat bantu menambahbaik komponen kerja berpasukan ini? Langkah terakhir dalam fasa perjalanan ini adalah untuk memahami psikologi kerja berpasukan dengan mengenalpasti apakah yang mentrasformasikan pasukan kerja yang lemah kepada sebuah pasukan yang kuat dan berkesan. Pertama sekali mari kita lihat kepada kitaran hidup sesebuah pasukan.
Konsep “kitaran kehidupan” sesebuah pasukan telah lama diperkenalkan sejak tahun 1950 an, dan telah menjadi sesuatu yang standard kepada 5 peringkat yang berasingan. Peringkat-peringkat formasi sesebuah pasukan adalah seperti yang berikut: pembentukan (forming), menyerang (storming), norming, performing (pelaksanaan) dan transformasi (transforming).2
Pembentukan (Forming) adalah peringkat yang mudah untuk difahami. Pasukan berkumpul bersama pada peringkat ini dan mula berfikir bagaimana mereka dapat menesuaikan diri dalam kumpulan. Semasa peringkat ini adalah sangat penting bagi mereka yang berada dalam posisi kepimpinan untuk menggalakkan ahli pasukan untuk mengenali antara satu sama lain. Permainan ice breaking atau kaedah lain bagi membentuk keselesaan di antara rakan sepasukan akan menjadi sangat berkesan pada peringkat ini.
Peringkat seterusnya, menyerang (storming), adalalah apabila konflik mula timbul dari dalam pasukan. Ahli pasukan mula untuk merasa selesa dengan peranan mereka dalam pasukan dan mungkin mula berpeluk tubuh antara satu sama lain. Mungkin terjadinya konflik personality di antara ahli pasukan yang akan dihadapai pada peringkat ini. Latihan MBTI atau membuka ruang komunikasi mungkin dapat banyak membantu pada fasa ini.
Fasa menyerang (storming) dapat bertindah dengan kitaran fasa yang seterusnya, norming1. Semasa peringkat norming, pasukan mula mengambil langkah mereka. Ahli pasukan mula meraikan hubungan sosial mereka di luar persekitaran profesional. Ianya bukanlah sesuatu yang mesti menjadi kebiasaan, tetapi, bagi konflik baru yang terjadi ia akan menarik balik pasukan kembali pada fasa menyerang (storming phase). Pada peringkat ini merupada masa yang tepat untuk menggalakkan sosialisasi melalui aktiviti team building seperti a scavenger hunt atau hiburan alternatif yang lain. Pasukan dapat manfaat daripada pengukuhan ikatan sosial yang sedang berjalan, dan juga melatih komunikasi dalam suasana yang lebih santai.

Fasa peringkat pelaksanaan (performing) adalah dimana apabila semua perkara dalam pasukan sedang berjalan seperti yang dirancang. Ahli pasukan sedang bekerjasama dan semua orang mempunyai fahaman yang jelas berkenaan peranan merekka dan sedang bekerja kea rah matlamat pasukan dengan berkesan dan bersemangat. Hubungan interpersonal di antara ahli pasukan adalah kukuh, dan semua orang merasa selesa dengan peranan yang dimainkan oleh ketua pasukan mereka. Dalam fasa ini, pasukan masih boleh mendapat manfaat daripada ikatan hubungan yang dieratkan, yang akan memberi peluang terbaik untuk memberi sumbangan pada komuniti. Dengan melakukan kerja amal secara bersama akan dapat memperkuatkan hubungan persaudaraan dan kebaikan di kalangan ahli pasukan.
Pada fasa akhir, transformasi (transforming), boleh terjadi melalui beberapa sebab. Sebagai contoh, sebuah pasukan mungkin sedang melengkapkan tugasan, atau mencapai matlamat yang mereka sedang usahakan. Ini mungkin memerlukan perubahan peranan dari dalam pasukan, atau mungkin transformasikan pasukan ini kearah sesuatu yang lansung berbeza. Sebagaian pasukan dibubarkan pada peringkat ini, sementara yang lain melakukan penyusunan semula dan mula mengusahakan projek berbeza. Satu lagi perkara yang dapat menggesa fasa transformasi adalah dalam kumpulan adalah perubahan dalaman susunan kumpulan tersebut. Ahli pasukan dapat tinggal atau kekal, perubahan berlaku dari dalam pasukan. Perubahan dinamik dalam pasukan akan memberi kesan yang mencukupi untuk menarik pasukan berbalik semula pada fasa pembentukan yang dimana kitaran akan ulangi sekali lagi.
Memahami peringkat kitaran kehidupan yang berbeza sesebuah pasukan dapat membantu kita memahami mengapa pengalaman team building adalah sangat berkesan seperti yang digembar gemburkan. Kajian tealh dijalankan mengenais subjek tersebut dan hasilnya semua mengarahkan pada keberkesanan team building.
“Hasil pemerhatian kami amat menggalakkan—berita baiknya adalah team building menambahbaik hasil pasukan; bahawa campurtangan melalui pembangunan ini memberi manfaat kepada fungsi pasukan
Kajian ini juga menekankan tentang kepentingan memahami dengan jelas apakah ciri-ciri team building yang pasukan perlukan, kerana ciri-ciri tertentu mungkin lebih berkesan bersandarkan pada matlamat yang ingin dicapai.
Nasib baik, sini di Cherating Lagoona Villa Resort, kami sangat seronok untuk membantu bakal pelanggan untuk memberi maklum balas tentang keperluan spesifik mereka untuk mencapat hasil yang diingini. Kami benar-benar yakin bahawa team building adalah kunci pada tempat kerja yang berjaya, berprestasi tinggi. Hubungi salah seorang wakil jualan kami untuk mempelajari lebih mendalam bagaimana kami dapat membantu tuan berjaya di masa hadapan!
1. https://www.mindtools.com/pages/article/newLDR_86.htm
2. Nazzaro, Ann-Marie, and Joyce Strazzabosco. Group dynamics and team building. DEVELOPMENT 4 (2009).
3. Klein, C., DiazGranados, D., Salas, E., Le, H., Burke, C. S., Lyons, R., & Goodwin, G. F. (2009). Does team building work?. Small Group Research.