4 Sebab Mengapa Pemimpin Bagus Mengalakkan Kreativiti | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Mendorong kreativiti adalah keperluan yang sangat penting.

Pandangan Umum mengenai kreativiti dalam tugasan adalah perkara baik. Kebanyakkan pakar akan bersetuju dengan pendapat ini. Walaubagaimanapun, kadang-kala dalam beberapa keadaan ianya dirasakan bukanlah keperluan yang perlu di tekankan. Apabila berhadapan dengan senarai panjang tugas-tugasan yang bersifat ulangan untuk tuan dan pasukan tuan lengkapkan, ia boleh menjadi sangat sukar untuk menghargai mengapa grak kerja yang kreatif amat penting.

Adalah sangat mudah untuk kembali kepada sikap mengambil mudah tanpa benar benar meluang masa berfikir bagaimana untuk mengeluarkan buah fikiran atau idea yang bagus melalui akal fikiran yang kreatif itu tadi. Hakikatnya adalah kesemua idea idea yang bagus ini disumbangkan melalui akal fikiran yang kreatif, dan tanpa idea yang bagus, tuan akan ketinggalan. Tuan perlu memastikan syarikat tuan mampu untuk menarik dan mengekalkan individu kreatif, meskipun skop tugasan mereka itu tidak memerlukan tekanan untuk bekerja  secara kreatif pada setiap waktu.

Sebab utama mengapa pemimpin bagus menggalakkan kreativiti

1. Mengurangkan Risiko Pekerja Bertukar Lesu Dan Hilang Upaya

Menggalakkan individu untuk bereksperimen mengunakan kreativiti kadang kala mempunyai manfaat jangka masa panjang untuk terus kekal bersama syarikat tuan. Sesiapa sahaja boleh dan akan bertukar bosan jika setiap hari mereka terpaksa melengkapkan kerja-kerja yang hanya bersifat ulangan. Walaubagaimanapun, andai kata mereka diberi kebebasan untuk mengambil inisiatif sendiri, ianya dapat melonjakkan kembali moral dan motivasi mereka. Inisiatif ini sebenarnya sangat mudah bermula dengan memberi dorongan pada setiap individu untuk mengunakan akal fikiran mereka bagi menghasilkan konsep projek yang dirancang, ataupun memberi peluang pada mereka supaya mengambil bahagian dalam mengembangkan idea.

Dorongan untuk bebas bereksperimen mengunakan akal yang kreatif dapat membantu pekerja dibawah pimpinan tuan rasa dihargai. Dari segi manfaat jangka masa panjang, ianya dapat menaikkan motivasi dan semangat kerja pasukan dan kesetiaan kepada syarikat. Dengan memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengekspresikan kreativiti mereka, tuan dapat bantu mengukuhkan pelaburan mereka dalam bisnes tuan.

2. Memupuk Inovasi

Kesimpulan mudah, idea-idea baru terhasil daripada ekspresi kreativiti. Pada zaman persekitaran bisnes dimana teknologi dan trend berkembang dengan pantas, kepastian untuk sentiasa kekal dihadapan denga mengambil manfaar awal perubahan adalah kelebihan yang tidak ternilai. Satu idea yang bagus itu mungkin menjadi pemisah antara kedudukan pertama dan yang kedua. Mengambil kira faktor tersebut, tuan tidak boleh mengambil mudah dengan mengharapkan hanya satu orang sahaja yang memiliki kemampuan untuk menghasilkan kesemua idea-idea bagus.

Dengan memberi kebebasan untuk sekali sekala untuk berkreatif, tuan sedang membuka kepada padang idea dimensi yang lebih besar. Sementara bukan semua orang akan mengambil peluang ini, dengan membuka ruang kebebasan ini diharapkan dapat membuka peluang untuk menggalakkan kreativiti pada masa hadapan. Wujudkan suasana kerja yang akan menarik minat orang yang berakal kreatif.

3. Menyerlahkan Individu

Jangan lupa bahawa karakter syarikat tuan adalah refleksi terhadap ahli-ahli dalam pasukan itu sendiri. Semua orang dalam pasukan tuan datang daripada latar belakang dan pengalaman unik yang berbeza. Ini sebabnya mengapa mereka cenderung mengunakan pendekatan yang berbeza setiap kali berhadapan dengan sesuatu cabaran dan hadir dengan kaedah penyelesaian yang berbeza-beza. Sebahagian usaha tersebut akan berjaya dan sebahagian pula akan gagal dan manfaastkan pelajaran daripada kegagalan tersebut untuk berusaha mejadi yang lebih baik.

Menggalakakkan ahli pasukan untuk memanfaatkan dan menajamkan kekuatan yang ada pada individu itu sendiri akan menaikkan motivasi dan kualiti hasil kerja mereka. Daripada cubaan yang sia-sia ibarat mengajar ikan untuk berlari, ambil pendekatan berbeza dengan mendorong mereka untuk mencari  dan mengenal pasti kebolehan atau bakat sedia ada dalam diri mereka supaya digilap dan diasah bakat tersebut untuk menjadi lebih baik.

4. Menaikkan Produktiviti

Kreativiti mendorong kepada kepuasan, dan kepuasan pula mendorong kepada produktiviti. Dengan bahasa yang lebih mudah, orang akan menjadi lebih bersemangat sekiranya didorang untuk melakukan kerja-kerja secara kreatif. Dengan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif, tuan memberi cabaran baru kepada orang melalui kaedah yang berbeza dan menyeronokkan. Kepuasan ini boleh dikembangkan lagi dari satu idea yang asal dan kemudianya diolah dalam proses projek yang kreatif sehinggalah kepada tugasan harian yang bersifat ulangan yang dapat ditambahbaik melalui gerak kerja yang lebih efektif dan efisyen.

Sekiranya pasukan tuan diberi kebebasan dan ruang untuk mengeksperimen kreativiti dalam pekerjaan mereka, mereka tidak akan rasa seperti terperangkap dalam proses kerja ulangan yang kurang mencabar. Dengan menggalakkan kreativiti pada situasi yang memerlukan, tuan sebenarnya sedang mewujudkan ahli pasukan yang mempunyai tahap mental yang sihat. Mereka dapat mengulang proses kerja harian mereka dengan lebih segar dan bersemangat secara lansung menyumbangkan kepada hasil yang lebih produktif.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA