Elakkan Program Orientasi Pekerja Baru Yang Membosankan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Menurut firma latihan Leadership IQ, “46% daripada pekerja baru berhenti kerja dalam tempoh 18 bulan pertama. Data ini adalah rumusan daripada satu  kajian yang telah dilakukan selama 3 tahun melibatkan 20,000 pekerja baru. Perkara ini disebabkan pekerja baru tersebut tidak mendapat orientasi dan pemahaman yang jelas tentang peranan yang diberikan atau apakah matlamat yang mereka perlu capai untuk tempoh enam bulan pertama atau tahun pertama mula bekerja.

Idea Orientasi Pekerja Baru

Adakah pelaburan dan usaha yang diletakkan dalam program orientasi pekerja baru melebihi kos kehilangan pekerja baru di syarikat tuan? Kami pun fikirkan bergitu! Proses merekrut itu sendiri memakan banyak tenaga dan wang. Jangan sampai tuan menggigit jari kerana menyesal akibat kehilangan pekerja baru.

orientasi Team building

5 sebab mengapa hari orientasi pekerja baru tuan gagal:

1. Aktiviti tuan sangat membosankan!

Permainan trivia, jeopardy dan ‘fakta menarik” mengenai pekerja tuan… selepas satu tempoh waktu, permainan seperti ini boleh cepat membosankan. Tuan perju hidupkannya semula kembali! Lagipun, rasanya ianya lebih memuaskan (dan produktif) untuk melihat pekerja tuan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang tuan sediakan.

2. Tiada insentif untuk melibatkan diri.

Tiada sentiment untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau menumpukan perhatian sepenuhnya ke dalam program. Siapa yang tidak suka makan tengah hari percuma? Sekiranya tuan tidak menyediakan apa-apa kudapan, makan tengah hari atau hadiah untuk diberikan kepada pekerja baru tuan, tuan belum lagi menunjukkan sebarang penghargaan. Keberangkaliannya adalah mereka menjadi hilang minat semasa penyampaian tuan.

3. Penerimaan maklumat yang terlampau banyak!

Sangat penting bagi pekerja tuan untuk menda[atkan segala informasi yang mereka perlu tahu tentang syarikat tuan dan mengenali setiap jabatan kerja yang ada. Namun begitu, berapa banyak pembentangan powerpoint yang tuan boleh lepasi sebelum mereka mula rasa mengantok?

4. Tiada follow up susulan

Tuan kalau boleh tidak mahu program orientasi tuan terus dilupakan begitu sahaja, bukan? Sekiranya tuan tidak melakukan perjumpaan susulan bersama pekerja baru, kemungkinan sebahagian besar segala maklumat yang tuan kongsikan kepada pekerja tuan semasa hari program lebih mudah dilupakan begitu sahaja. Lagipun, tuan mungkin dapat pelajari sesuatu yang baru, juga.

5. Program yang tuan pilih tidak berapa relevan.

Sesi orientasi yang tuan wajibkan untuk pasukan tuan tidak mewakili suara faundasi syarikat. Sudah tentu, tuan kalau boleh mahukan pekerja tuan menyedarinya dengan sendiri tentang kepentingan matlamat dan sasaran syarikat tuan. Tuan boleh menjadikan mesej ini lebih mudah untuk diingati dengan cara memperkenalkannya sebahagi sebahagian aktiviti orientasi kumpulan tuan…bukan semata-mata dengan hanya mencetak penyata misi di cawan kopi semua orang.

Gunakan team building untuk meningkatkan prestasi hari orientasi pekerja baru tuan:

Program team building sebenarnya boleh diubahsuai mengikut cita rasa tuan bagi menyesuaikannya kedalam program oreintasi pekerja baru dan kaitkannya secara langsung dengan budaya kerja dalam pejabat tuan. Bergantung kepada persekitaran syarikat tuan, lain program lain fungsinya dan lain juga keberkesanannya umtuk tuan. Adakah syarikat tuan mempunyai jenis pasukan yang gemar persaingan, atau adakah tuan mahu lebih fokus pada kolaborasi? Adakah tuan memberi penekanan tinggi ke dalam program bersifat amal kebajikan? Atau mungkin juga pekerja tuan LEBIH gemar makanan… (siapa pula yang tidak?).

Program orientasi Team building

Bagi mereka yang gemarkan persaingan: Outrageous Games!

Pasukan perlu bersaing secara langsung dalam sepuluh perlumbaan geganti yang liar dan sangat mencabar. Semua permainan telah direka khas bagi membina kekuatan pasukan, mendorong komunikasi dan membangunkan kemahiran penyelesaian masalah dengan menggunakan cabaran mengikut pilihan modul.

Program orientasi Team building

Bagi mereka yang gemarkan kolaborasi : Chain Reaction!

Satu konsep acara team building yang sangat stratergik dan bertenaga, Chain Reaction adalah permainan yang sarat dengan cabaran yang dapat mendatangkan semangat juang yang tinggi untuk berjaya atau mencapai sesuatu kejayaan dalam pasukan tuan.

program

Bagi mereka yang dermawan: Team Building Amal Kebajikan

Team Building yang bertemakan program amal kebajikan ini adalah acara yang paling sempurna dalam membawa semua pasukan syarikat berkumpul beramai-ramai untuk tujuan kemanusiaan dan pada masa yang sama rasa seronok!

Program orientasi Team building

Bagi penggemar makanan: Team Building Kulinari

Promosikan selera dan sikap positif tuan melalui pelbagai acara team building kulinari ini. Program seperti ini menawarkan keseronokan dan kaedah interaktif untuk menyatukan pasukan tuan melalui penyediaan pemakanan, masakan dan makan bersama.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA