Sikap Mengambil Mudah Dalam Perkara Yang Dianggap Kecil | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Beberapa minggu yang lalu, saya mewakili Lagoona Resort Cherating untuk pameran team building virtual pertama kami. di yang bertempat di Berjaya Megamall Kuantan di bawah anjuran Kuantan Viral (backlink: https://kuantanviral.com/). Jadinya, kami pun menempah satu bilik hotel yang berdekatan dengan ruang pameran kami untuk memudahkan persediaan ruang pameran kami keesokan harinya.

Disebabkan faktor susunan sedia ada dikawasan ruang pameran kami, saya perlu melakukan beberapa penyesuaian semula bagi menceriakan lagi tapak kawasan ruang pameran kami.

Pekerja pusat membeli belah tersebut, khususnya satu individu ini, sangat menarik orangnya. Beliau seorang yang kuat membantu, mesra dan sentiasa ringan tangan. Beliau mudah ketawa dengn gurauan saya dan juga sangat mahir melawak. Beliau mempamerkan watak seolah-olah kehidupan ini mudah, positif dan penuh kebaikan. Sikap beliau terhadap pekerjaan beliau dan orang yang disekeliling beliau secara tidak langsung memberi kesan positif pada persekitaran bilik tersebut. Sikap beliau ini memberi inspirasi kepada saya dan cara saya mempermudahkan urusan kerja pada hari itu.

Program tersebut berakhir dengan kejayaan dan saya berazam meninggalkan sehelai nota ucapan terima kasih sebelum saya pulang.

Yang mana saya terlupa. Susah untuk percaya bukan?

Saya tahu beliau bukanlah seseorang yang melakukan sesuatu demi mengharapkan apa-apa pujian. Beliau tidak memerlukannya, bahkan tiada ego yang mengambil tempat. Beliau adalah seorang yang benar-benar bahagia dan ceria.

Saya pula pada waktu ini teringat kembali tentang kegagalan saya menghadiahkan kata ucapan terima kasih saya, alasannya; saya sangat sibuk, saya sedang mengembara, tiada siapa yang mengharapkan septong e-emel daripada saya. Hakikatnya adalah, saya mengambil sikap mudah terhadap kebaikan yang beliau berikan. Beliau hanya menjadi diri sendiri, sebenarnya beliau tidak memerlukan apa-apa pujian daripada sifat murah hati beliau itu.

Bertapa mudahnya menerima kehadiran seseorang yang sememangnya gembira dan pada masa yang sama mampu menawarkan khidmat servis yang terbaik, itu sahaja. Mereka sentiasa kelihatan gembira dan mahir tentang pekerjaan mereka. Bagaimana sekiranya mereka benar-benar berusaha keras untuk melakukannya? Kita semua mesti pernah lalui hari dimana kita rasa seperti penat dan tidak bersemangat. Apabila kita rasa keletihan atau fikiran dibebani dengan perkara-perkara lain yang membuatkan kita rasa malas untuk melakukan panggilan conferencing atau menghadiri perjumpaan, namun kita masih juga melakukannya. Apabila tuan sedar bahawa kita hanya sekadar “tunjuk muka” berbanding memberi tumpuan dan penglibatan diri dengan sepenuhnya. Namun kita semua tahu perbezaan di antara kedua-duanya. Bagaimana satu peralihan fokus yang mudah dapat memberi kesan kepada pekerjaan kita.

Mengapa kita tidak mampu melakukannya setiap hari? Terdapat individu yang mampu melakukannya. Malah ada juga individu yang tuan harap mereka mampu melakukannya. Pemimpin yang menjadi inspirasi, pemimpin bertaraf dunia, pakar bedah– siapa yang mahukan seorang paar bedah yang tidak mampu fokus?

Namun begitu, beri perhatian juga pada mereka yang berada di kedudukan yang mana tuan langsung tidak menyangka tidak menyangka apa-apa daripada mereka.

Saya masih ingat dua puluhtahun yang lalu; dimana waktu itu saya sedang bekerja sebagai penyambut tetamu. Pada suatu hari terjadi satu rebut yang dasyat dan saya terpaksa meninggalkan rumah lebih awal untuk kembali ke tempt kerja. Berbanding tempoh masa 30 minit yang biasa saya luangkan, saya akhirnya mengambil masa hampir dua jam lamanya. Saya sangat terkejut bertapa ramainya orang yang telah menelefon saya untuk memberitahu bahawa mereka tidak dapat menghadirkan diri dan meminta tolong sekiranya saya dapat melakukan beberapa tugasan untuk mereka. Tiada satu pun orang yang bertanyakan saya bagaimana saya berjaya sampai ke pejabat. Sepertinya saya akan sentiasa berada di sana, seperti magik – dan bukannya dengan menggunakan pengangkutan awam.

mudah

Jadinya, jangan memandang rendah kepada orang di sekeliling tuan yang sentiasa bekerja keras. Mereka yang sentiasa memberi senyuman dan mengucapkan salam kepada tuan. Mereka yang mendorong diri sendiri untuk pergi lebih jauh kerana mereka benar-benar mahukannya. Mereka yang sebenarnya tidak mengharapkan dan meminta apa-apa. Mereka hanya mahukan kehidupan yang baik. Kita boleh meluangkan masa untuk menguruskan mereka yang tidak melakukan tugasan dengan baik – bagaimana pula tentang memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang benar-benar cemerlang.

Amalan meraikan pasukan yang sukses sama manfaatnya dengan team building bersama pasukan yang sukar. Sebahagian posisi tertentu yang sebenarnya lebih memberi sokongan kepada syarikat tuan bukanlah mereka yang ditawarkan insentif, saham atau komisen. Cuba perhatikan dan kenal pasti dari mana punca tenaga positif dalam syarikat tuan dihasilkan. Berhentilah seketika dan hadiahkanlah ucapan terima kasih.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA