5 Kaedah Untuk Menjadikan Komunikasi Yang Bagus Sebagai Keutamaan Tinggi| Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sekiranya tuan mengharapkan untuk berjaya mencapai apa sahaja dalam kehidupan, kemahiran komunikasi adalah paling utama. Malangnya, komunikasi yang lemah adalah kebiasaan di tempat kerja.

Terdapat banyak faktor kemungkinan mengapa pejabat tuan seakan tidak dapat untuk berkomunikasi dengan berkesan dan jelas. Adalah penting untuk menyedari bahawa isu ini dan membetulkannya kerana komunikasi yang tenggelam hanya akan melemahkan bisnes tuan.

Mengapa tuan mempunyai masalah komunikasi? Kenalpasti masalah sebenar dan tambahbaiknya.

Isunya: Kelemahan Kepimpinan

Kelemahan kepimpinan merupakan faktor besar komunikasi yang lemah di dalam pejabat. Ketua di harapkan mempunyai kemahiran ucapan dan penulisan yang baik untuk mengurus fungsi-fungsi di tempat kerja. Kelemahan kemahiran bahagian ini boleh mengakibatkan penerunan tahap komunikasi, tidak mengambil kira keseluruhan kemampanan sesebuah organisasi.

Penambahbaikan Segera: Sentiasa mempunyai fikiran terkebuka mengenai pembelajaran dan penambahbaikan. Tiada seorangpun yang mumpunyai kesemua jawapan tentang bagaimana untuk menjadi seorang komunikator yang hebat. Tuan hanya berjaya menjadi salah seorang dengan melakukan perlbagai kesilapan dan cuba berulang kali. Kaji bagaimana pemimpin lain menyampaikan maklumat dan bagaimana mereka menerima maklumat. Perhatikan apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan.Tuan mungkin perlu menambahbaik beerapa stratergi untuk menjadi lebih baik. Tuan tidak dijangka untuk sentiasa melakukannya dengan betul, namun, melalui latihan teknik ia akan dapat membantu situasi tuan dengan drastik.

Isunya: Pekerja Yang Tidak Menerima Latihan Yang Lengkap

Sekiranya pekerja tidak mempunyai pemahaman tentang tugasan yang mereka lakukan ia sudah dijangka akan minumbulkan masalah. Pastikan langkah betul diambil apabila membawa masuk pekerja baru supaya mereka mendapatkan kesefahaman yang sama seperti orang lain. Tuan mahu elakkan informasi jatuh pada tempat yang salah dan tuan juga perlu memastikan maklumat tuan dismapaikan dengan tepat dalam tempoh yang berkesan. Perlu diingatkan pekerja yang tidak terlatih juga dapat menyebabkan penundaan di seluruh pejabat.

Penambahbaikan Segera: Satu langkah pertama yang penting disini adalah untuk sentiasa sebar semasa menjalankan proses latihan pekreja baru. Tuan mahu memastikan pekerja baru tuan memulakan tugas dengan langkah kanan. Pastikan tuan juga jelaskan harapan tuan ini pada mereka sebagai usaha tambahan. Memperkenalka seseorang yang baru dalam pasukan memerlukan kesabaran dan hanya setelah tuan sudah berpuas hati mengenai tahap komunikasi yang diingini, lain lain kejaan akan bermula daripada situ! Latihan adalah proses penting yang berterusan. Ambilnya sebagai peluang untuk pasukan tuan kekal berkembang.

Komunikasi berkesan untuk sesiapa yang melaksanakannya -  Team Buildng Malaysia

Isunya: Visi Yang Tidak Jelas

Pekerja tidak mengatahu/memahami apa yang yang perlu dicapai adalah halangan besar untuk bagi tuan dan organisasi tuan, dari awal hinggalah hujung cabaran. Sekiranya tuan mahukan kejayaan dan tuan mempunyai pandangan bagaimana untuk mencapainya, kongsikan informasi ini bersama orang lain! Idea menyeluruh sebuah pasukan adalah untuk berkolaborasi bagi mencapai satu matlamat bersama.

Penambahbaikan Segera: Jelaskan misi organisasi tuan dan matlamat kepada pekerja sejelas yang mungkin dan berulang kali! Pemahaman yang penuh mengenai idea ini akan membebaskan tuan berdua daripada ketidakjelasan mengenai apa-apa perkara. Ini merupakan masanya untuk menyatakan apa yang diharapkan dan jelaskan segala persoalan.

Isunya: Penglibatan Yang Rendah (Disengagement)

Tuan tidak mungkin mendapati masalah yang lebih besar berbanding penglibatan pekerja yang lemah. Ini adalah sangat berbahaya sekiranya tidak ditangani terus. Ia membahwa kepada bukan sahaja komunikasi yang lemah malah sumbangan kerja yang tidak seberapa. Walaubagaimanpun, isi ini dapat di atasi.

Penambahbaikan Segera: Adaptasi stratergi keterikatan kerja (employee engagement) yang berkesan. Kuncinya adalah dengan sentiasa kekal proaktif. Latihan team building dapat menbantu. Cuba: Program Water Rafting  Cherating Lagoona Villa Resort. Aktiviti sebegini menambahbaik komunikasi, mendorong kepimpinan dan semangat berpasukan. Setelah selesai aktiviti ini bersedialah untuk membawa pulang kemahiran baru ke tempat kerja. Sentiasa merancang aktiviti sebegini untuk sentiasa kehadapan dalam usaha team building tuan.

Komunikasi yang baik membantu peserta untuk mendayung rakit di Lagoona Resort team Building -  Team Buildng Malaysia

Sentiasa Bertambah baik…

Fokus pada mempunyai sikap dan mindset yang positif. Ini merupakan langkah awal untuk menjadi seorang komunikator yang lebih bagus. Berfikiran lebih terbuka. Ingat, komunikasi bukan sahaja mengenai kemahiran ucapan tetapi kemahiran mendengar juga. Ini sering kali di lupakan daam banyak situasi di tempat kerja atau dalam kehidupan secara amnya.

Cara menambah baik komunikasi anda - Team Buildng Malaysia

Jom sertai Team Building di Cherating Lagoona Villa Resort.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA