Tips Bekerja Di Luar Pejabat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sekarang, jika diberi pilihan, adakah tuan mahu nikmati cuaca baik di luar atau terperangkap dalam pejabat? Jawapannya sangat jelas! Ini merupakan satu idea: Sekali-sekala ambil angin luar, mengapa tidak bekerja di luar pejabat?

Selain mengadakan perjumpaan dalam bangunan atau pejabat, cubalah berbincang sambil berjalan. Aktiviti pebincangan sambil berjalan kaki mempunyai banyak kebaikan untuk staf dan boleh menaikkan produktiviti dalam pejabat. Belum lagi diterangkan aktiviti ini sebenarnya sangat MENYERONOKKAN, tuan tidak akan menyedari bahawa tuan sebenarnya sedang bekerja!

Apakah manfaat aktiviti perbicangan sambil berjalanan ?

  • Meluangkan masa di luar
  • Senaman
  • Manfaat vitamin D daripada pendedahan cuaca matahari
  • Meransang kretiviti
  • Mengurangan kelesuan staff di tempat kerja

Manfaat penuh berbincang sambil berjalan:

Brainstorming

Dari awal amalan berjalan kaki sambil mesyuarat boleh bantu meransang kretiviti (berjalan kaki boleh meningkatkan kretiviti sebanyak 60 peratus) cuba bawa sesi brainstorming tuan di luar bagunan.

Membuat Keputusan

Tuan mempunyai keputusan penting untuk dibuat. Mungkin ini melibatkan berdepan dengan rakan sekerja atau apa apa perbincangan berbangkit yang biasa. Perhatikan apa yang diperkatakan oleh Seth Goldman, presiden Hones Tea tentang aktiviti perjumpaan sambil berjalan kaki dalam membuat keputusan.

Siapakah tokoh yang mendahului amalan berbincang sambil berjalan?

Tokoh berjaya seperti Steve Jobs (Apple), Mark Zukerberg (Facebook) dan Jack Dorsey (Twitter). Mereka adalah tokoh yang sering mempelihatkan idea-idea kreatif. Mungkin amalan aktiviti perbincangan sambil berjalan banyak membantu mereka.

Manfaat daripada sudut kesihatan amalan berbincang sambil berjalan:

Kebanyakkan orang bekerja di dalam pejabat mempunyai peluang yang terhad untuk bangun dan melakukan pergerakkan. Perbincangan luar atau perjumpaan adalah peluang terbaik untuk merenggangkan badan dan dapat menikmati keindahan di siang hari. Cuaca yang baik adalah masa yang terbaik untuk aktiviti perjumpaan sambil berjalan kaki. Meluangkan tempoh masa satu jam-perjumpaan sambil berjalan setiap hari dapat menaikkan tahap aktiviti dan membantu mencapai objektif senaman tuan. Bahkan perbuatan bangun dari kerusi akan meningkatkan aliran oksigen dan membantu tuan berfikir dengan lebih tajam.

Bagaimana caranya untuk memanfaatkan penuh daripada aktiviti berbincang sambil berjalan:

  • Jangan lupa memakai sunblock!
  • Pemakaiaan kasut yang selesa.
  • Bawa pen dan kertas andai kata tuan mahu melakukan catatan.
  • Pertimbangkan untuk meninggalkan alatan eletronik di pejabat (boleh menyebabkan gangguan).

Pandang dari sudut ini. Manfaat aktiviti perbincangan sambil berjalan kaki: dapat melengkapkan tugasan kerja, menjadi lebih aktif dan merasai keseronokkan di luar pejabat. Apa sebab untuk tuan tidak bekerja di luar pejabat?

Perbincangan sambil berjalan adalah kaedah bagus untuk memanfaatkan cuaca hari yang baik dalam pejabat. Maklumkan pada kami dimana tuan bercadang untuk melakukan perbincangan sambil berjalan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA