5 Tips Untuk Persekitaran Pejabat Yang Lebih Mesra Alam

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Mari kira akhiri penghujung bulan April dengan meraikan Hari Bumi Sedunia, hari dimana kita memberi tumpuan kepada alam sekitar dan impak dari segi ekologi kesan daripada perkara-perkara yang kita lakukan dalam seharian hidup kita. Hari Bumi Sedunia pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 22 April dan ini merupakan peluang terbaik untuk mengumpukan rakan sekerja di pejabat atau tempat kerja bersama-sama demi masa hadapan alam sekitar yang lebih baik.

Organisasi rasmi bagi Hari Sambutan Bumi Sedunia, Earth Day Network, sedang giat mempromosilan kempen 2016 mereka dengan tema menanam pokok. Mereka sedang menggerakkan pelbagai  program di merata tempat di dunia bagi mengumpulkan beberapa kumpulan peserta yang berminat untuk turur serta dalam aktiviti menanam pokok dan menggalakkan ekologi yang mampan.

1. Kurangkan Pembaziran Sisa Bahan Kertas

Pada zaman dunia digital masakini, salah satu panduan umum bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang lebih go-green adalah melalui kaedah “tanpa bahan kertas”. Walaubagaimanapun, terdapat satu sumber pembaziran sisa bahan kertas yang ramai orang tidak terfikir sehinggalah ada orang sampaikan pada mereka. Ianya sisa buangan bahan kertas yang biasa kita bincangkan seperti memo pejabat atau e-mel yang telah di cetak, tetapi yang sering dilepas pandang adalah tisu pengering. Rakyat Malaysia menggunakan berjuta-juta tisu pengering saban tahun tanpa menyedarinya. Saya sendiri kadang-kala rasa sedikit serba salah sampaikan 2 atau 3 helai tisu saya gunakan setiap kali mengelap tangan. Namun bergitu, sudah memadai untuk untuk mengeringkan tangan dengan hanya menggunakan sehelai tisu sahaja, yang sebenarnya membantu dapat membantu untuk mengurangkan pengunaan tisu pengering dengan mendadak.

2.  Mengurangkan Pengunaan Beg Plastik

Pada masa kini, terdapat sejumlah pengunaan bahan plastik yang dapat dikitar semula, namun begitu rakyat Malaysia masih menggunakan sejumlah besar bahan plastik jenis pakai buang. Menurut data & statistic Earth Day Network, sejumlah 300 juta tan plastik pada masa ini yang dihasilkan setiap tahun. Mengurangkan penggunaan bahan plastik adalah langkah paling penting dalam mewujudkan memelihara persekitaran alam semula jadi, dan terdapat pelbagai kaedah mudah untuk mengamalkannya.

Membeli jenis botol air atau gelas yang dapat digunakan semula dan sentiasa diletakkan berhampiran di atas meja pejabat berbanding penggunaan gelas atau air botol yang jenis pakai buang. Melalui cara ini tuan juga dapat mengurangkan penggunaan bekas jenis polisterin dalam pejabat. Menggantikan bekalan makanan yang dibungkus menggunakan bekas polisterin dengan bekas yang dapat digunakan semula dapat mengurangkan jumlah bahan plastik yang kita hasilkan saban tahun. Perkara ini juga merupakan acara team building yang boleh dianjurkan di pejabat.

3. Kempen Makan Tengah Hari Go-Green!

Jangan salah faham, saya tidak bermaksud kita hanya perlu makan bayam atau makanan yang berasaskan sayur sayuran sahaja, walaupun tuan sangat digalakkan sekiranya mahu mengamalkannya. Tetapi dengan membawa bekalan makanan yang sudah dibungkus dari rumah menggunakan bekas yang boleh digunakan semula berbanding cara menempah atau membeli makanan di kedai runcit, tuan dapat mengurangkan secara mendadak bahan sisa buangan yang tuan sumbangkan. Membeli bekas penyimpan atau bekas tahan panas, yang dapat dibungkus malam keesokkan harinya dan mudah dibawa kemana-mana. Amalan ini sangat membantu dalam mempromosikan makanan yang berkhasiat dan dapat menjimatkan wang tunai tuan dalam masa jangka panjang.

4. Mengitar Semula Sisa Buangan Elektronik

Pada hari ini, sebahagian besar alatan teknologi lama sudah ketinggalan zaman ataupun using. Walaubagaimanapun, membuang peralatan seperti komputer lama atau bahagiannya dapat meninggalkan sisa buangan yang besar yang dapat memberi kesan pada alam sekitar. Masih ramai lagi orang yang tidak tahu bahawa peralatan seperti telefon lama, tablet, perisan komputer,  pencetak dan pengimbas sebenarnya dapat dikitar semula. Kewujudan stesen buangan kitar semula khas memudahkan tuan untuk membuang sisa bahan elektronik yang dapat dikitar semula dengan lebih selamat.

Kenalpasti tempat pengumpulan bahan kitar semula berdekatan tuan dan bersihkan alatan teknologi yang luput yang masih lagi tersimpan dalam bilik stor tuan.

5. Bersatu Dalam Pasukan, Bersama Kita Go-Green

5 Tips untuk persekitaran pejabat yang lebih mesra alam - Team Building Malaysia

Manfaatkan alasan Hari Sambutan Bumi Sedunia bagi mengumpulkan pasukan tuan untuk bersama-sama dalam melibatkan diri dalam acara team building yang penuh dengan keseronokkan dalam masa yang sama mesra alam.

Salah satu konsep idea program team building kami pernah lihat di sebuah rancangan TV popular di luar negara adalah pertandingan mencipta fesyen pakaian menggunakan bahan terpakai. Bayangkan setiap pasukan bekerjasama dan bergandi bahu diantara satu sama lain bagi mencipta, dan menyiapkan fesyen pakaian mereka dengan memanfaatkan bahan terpakai yang berjaya dikumpulkan. Acara runway fesyen yang ganjil dan menarik dilengkapi dengan ucapan pitching dari setiap pasukan, dapat menawarkan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA