Selamatkan InternSHIPS Anda Daripada Kelemasan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Panduan Untuk Pelajar Onboarding

Latihan Internships dapat memberikan banyak manfaat untuk pelajar dan syarikat. Menguruskan program internship mungkin dianggap bagi sesetengah orang sebagai hanya kerja sampingan, namun (seperti pelaburan yang lain) manfaat kebaikan daripada pelaburan jangka masa panjang bagi majikan dan pelajar bergantung pada apa yang tuan laburkan dalam program tersebut. Pelajar interns dapat menyumbangkan banyak idea dan perspektif baru semasa berada dalam meja perbincangan. Mereka juga menyumbangkan lebih (setelah dilatih) masa untuk memastikan tugasan disiapkan. Sebagai pulangannya, pelajar interns memperolehi pengalaman dan ilmu secara langsung bagi tugasan spesifik dan pengalaman yang mendalam tentang budaya di tempat kerja. Sama seperti mana-mana pekerja baru yang menyertasi pasukan tuan, orientasi intern adalah kunci utama.

Jangan Abaikan Momentum Permulaan. Kembalikan Semula Semangat Pasukan Tuan

Pelajar kolej mahu memastikan mereka telah mimilih tempat yang betul untuk melaburkan masa mereka semasa cuti semesta– yang penuh dengan keseronokkan, peranan yang lebih mencabar dan pelaburan ilmu untuk masa depan mereka. Program orientasi intern sebenarnya dapat memberikan konteks yang baru pada mereka. Raikan pelajar intern tuan ke dalam pasukan tuan, melalui bekalan semangat dorongan yang berkekalan sepanjang hayat. Ingat, sebilangan pelajar intern tuan mungkin bertukar menjadi ahli pasukan tuan untuk jangka masa panjang.

pelajar onboarding internship team building

Bukan hanya sekadar aktiviti pengenalan yang ringkas, pelawa juga mereka untuk merasai suasana persekitaran tempat kerja tuan sejak hari pertama lagi. Kumpulan pelajar intern samada kecil atau besar dapat memperolehi manfaat daripada program team building. Acara team building merupakan peluang terbaik untuk memperkenalkan budaya kerja tuan kepada pelajar intern. Sekiranya organisasi tuan memfokuskan pada masalah sosial, pertimbangkan sebuah acara amal atau peluang menawarkan diri dalam sebagai petugas sukarelawan tempatan. Anjurkan sebuah acara masakan untuk diagihkan pada golongan yang memerlukan atau memperkenalkan program bertemakan teknologi tinggi yang telah disesuaikan bagi mempromosikan kempen kesedaran untuk menaikkan jenama syarikat.

Latihan adalah bahagian penting dalam program orientasi intern; walaubagaimanapun, pengenalan secara menyeluruh mengenai syarikat, pasukan dan matlamat tuan adalah sama penting. Program team building memberi informasi tentang kolaborasi dan komunikasi. Pelajar dapat mempelajari bagaimana peranan mereka dapat memberi kesan pada pasukan dan organisasi secara menyeluruh.

Memastikan pasukan tuan terikat (engaged).

Tahniah seandainya pasukan intern tuan sekarang masih lagi kekal bersemangat dan terikat (engaged), pastikan momentum ini sentiasa berterusan agar mereka sentiasa dapat kekal produktif. Walaupun terdapat perbezaan di kalangan setiap individu, pasukan yang paling cemerlang sebenarnya memiliki ciri-ciri yang sama: Mereka mengenali satu sama lain dengan baik, mereka saling memahami; mereka rasa seronok untuk bekerjasama.

Universum, sebuah firma kajian dan penasihat global, telah menanyakakan 65,679 mahasiswa di Amarika Syarikat bagi mengenalpasti manfaat yang mereka harapkan majikan di tempat intership mereka tawarkan. Selepas bekerja sepenuh masa, apa yang pelajar paling harapkan daripada internship mereka adalah orientasi pekerjaan dan latihan (42%), diikuti oleh majikan yang bagus (29%). Antara lima faktor teratas yang lain adalah tugasan yang mencabar (20%) dan persekitaran kerja yang fleksibel (19%).

  • Memastikan penerangan yang jelas tentang setiap peranan dan akauntabiliti. Memperkenalkan puisi siapa, apa, dimana dan mengapa bagi mewujudkan icebreaker yang ringkas untuk pasukan tuan.
  • Cipta satu moto, lagu, sepanduk, logo, nama, dll… dan mengenal pasti setiah hasil kerja dan pencapaian semua orang.
  • Ambil peluang untuk mengenali pelajar intern tuan. Mereka bukan hanya diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain! Teruskan latihan team building DIY yang ringkas dan mudah.
  • Jangan terburu-buru! Bahagikan latihan kepada beberapa fasa, terutamanya bagi tugasan yang mencabar.
  • Jangan tawarkan semua idea dan elakkan daripada merendah-rendahkan idea mereka yang lemah.
  • Elakkan daripada tetapkan tarikh akhir (deadline). Wujudkan garis masa (timeline).
  • Manfaatkan platform team building yang kolaboratif seperti Trello dan OfficeVibe.
  • Berikan pujian. Kritikan yang membina dapat memberi kesan yang amat mendalam. Berikan maklum balas yang positif bagi memastikan pasukan tuan tuan dapat mengenal pasti bahawa mereka sedang berada dalam jalan yang betul.
  • Libatkan pelajar intern dalam proses membuat keputusan secara berkumpulan (sekiranya berpeluang).

Adakah tuan mempunyai apa-apa tip bagi memulakan dan menguruskan program internship? Ayuh kongsikan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA