Bagaimana Saya Dapat Memastikan Kakitangan Mematuhi Pelan Keselamatan Siber Syarikat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sebagai seorang pemilik bisnes dan majikan, adalah menjadi tugas tuan untuk merangka pelan keselamatan siber dan memastikan pekerja tuan faham dan dapat mematuhi protokol. Tambahan pula, adalah tanggungjawab tuan juga untuk menyaring semua pekerja dan kenal pasti posisi manakah yang mempunyai akses pada informasi sensitif, dan seterusnya memberi ancaman terbesar kepada syarikat.

Pertama sekali, seorang majikan perlu melakukan penilaian mampan (sustainable) bagi mengenal pasti dan menilai risiko berdasarkan posisi peranan pekerja dan akses kepada data sentitif. Kebanyakkan syarikat yang mempunyai piawaian pematuahan yang kompleks, seperti syarikat kesihatan atau institusi kewangan, keberkesanan tindakan tatatertib mestilah dirujuk juga dirujuk semula. Di semua peringkat bahagian atau jabatan syarikat, kenalpasti pekerja dan pengurus yang mempunyai akses kepada data kewangan, nombor kad kredit, maklumat pelanggan, rahsia peniagaan atau maklumat sulit syarikat yang lain. Program keselamatan siber perlu diadaptasikan untuk mengenalpasti risiko termasuklah perkara-perkara seperti semakan latar belakang maklumat peribadi pekerja, semakan kredit, kawalan akses dan pemantauan penggunaan sistem. Tambahan pula, penyimpanan dan keselamtan data sulit dan sensitif merupakan langkah utama bagi mengelakkan kehilangan data.

Bagi memastikan pekerja tuan dapat mematuhi pelan keselamatan siber, tuan mestilah:

  • Penglibatan menyeuruh kesemua pekerja dalam proses perancangan dan pendidikan keselamatan siber, tidak terhad kepada mereka yang hanya mempunyai penglibatan langsung dalam servis IT syarikat.
  • Memastikan semua pekerja diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai peranan penting dalam peranan mencengah kehilangan data.
  • Hindari budaya salah menyalahkan dan mindset mangsa keadaan . Pekerja tuan perlu tampil kehadapan apabila mereka mengesyaki jika terdapat kes pencerobohan keselamatan. Ini harus dijadikan situasi pembelajaran kepada syarikat dan tindakan wajar yng perlu diambil bukannya merosakkan hubungan diantara organisasi itu dengan pekerjanya.
  • Menyediakan alatan teknologi dan servis yang diperlukan pekerja tuan untuk menjalankan tugasan mereka (komputer, talifon pintar) supaya tuan mempunyai kemudahan untuk menilai atau melakukan pemantauan.

Pekerja tuan boleh menjadi aset atau risiko terbesar tuan apabila berbicara tentang keselamatan siber, bergantung pada keberkesanan dan kelestarian pelan keselamatan siber tuan. Seseorang yang fasih tentang pelan keselamatan siber tuan dan dapat menangani setiap persoalan dan masalah berbangkit, adalah paling berkemungkinan untuk memikul peranan sebagai pelindung dan penjaga kepada data dan aset syarikat.

Pernahkah bisnes tuan menjadi mangsa kepada pengodam, penipuan phishing atau malware? Maklumkan pada kami langkah tindakan yang diambil tuan dan apakah keselamatan siber yang baru yang digunapakai tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA