Pasukan Iron Man | Bagaimana Menghentikan Persekitaran Negatif Di Tempat Kerja – Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Movie Iron Man bakal bersiarang langsung di setiap panggung wayang tidak lama lagi. Anak perempuan saya seringkali mengingatkan saya supaya menemaninya dan membawanya menonton bersama…walaupun saya sudah lama tidak menempah tiket wayang (hurmm). Nampaknya kanak-kanak pada hari ini sangat bertuah hidup pada zaman di mana teknologi sudah berkembang pesat dan banyak keseronokkan yang ada pada zaman mereka tidak dirasai pada zaman kita semasa masih kanak-kanak. Apatah lagi kini movie mengenai watak adiwira pada masa kini ini sangatlah kualiti tinggi dan sangat mengujakan bahkan kepada kita yang sudah meningkat dewasa ini. Malah kebiasaanya selepas menonton watak adiwira seperti Iron Man, anak- anak kita cuba memujuk kita untuk membelikannya alatan permainan Iron Man itu tadi atau beg sekolah yang berimejkan watak adiwira tersebut.

negatif di tempat kerja

Perubahan zaman ini menjadikan saya berfikir tentang bagaimana untuk menjadi seperti Pasukan Iron Man dalam berhadapan dengan perkara-perkara negatif di tempat kerja.

Sekiranya tuan pernah berkongsi pengalaman seperti saya, tuan tentu dapat ingat kembali kenangan manis sewaktu menunggu giliran semasa zaman kanak-kanak agar dapat terpilih menjadi sebahagian daripada pemain pasukan untuk perlawanan bola sepak di padang permainan kawasan perumahan tuan. Semua rakan sebaya kita diminta untuk membuat satu barisan dan dua “kapten” akan memilih ahli pasukan mereka. Kanak-kanak yang lain pula akan berbaris dalam satu garisan dengan harapan tidak menjadi individu terakhir dipilih. Namun bergitu, walau apapun kaedah yang tuan gunakan untuk memilih pasukan tuan, tetap akan ada seorang yang akan dipilih sebagai yang akhir.

Pasukan dalam konteks dunia korporat juga dapat mengambil pendekatan yang sama dalam “memilih pasukan.” Pasukan di tempat kerja biasanya dibentuk melalui dua kaedah:

(1)  Tuan Memilih Sendiri Ahli Pasukan Tuan

Daripada sejumlah orang yang ada, terdapat hanya beberapa orang sahaja yang akan terpilih. Dan mereka yang terpilih pula, perlulah mendapat kelulusan daripada pengurus mereka – individu yang terbaik adalah mereka yang paling kuat bekerja dan tiada masa untuk meminta perhatian tuan. Tuan seringkali memilih seseorang yang tuan gemar atau seseorang yang tuan suka bekerjasama dengannya. Sekiranya tuan benar-benar bernasib baik, tuan dapat bekerjasama dengan seseorang yang memiliki kemahiran yang tuan perlukan. Walaubagaimanapun sentiasa ada individu yang mahu melibatkan diri dalam apa juga projek yang diberikan namun tidak terpilih dan suasana kerenggangan akan mula mengambil tempat.

 (2) Tuan Mewarisi Ahli Pasukan Tuan

Pengurus pasukan tuan mungkin hanya menyediakan tuan dengan beberapa senarai individu yang dipilih untuk berada dalam pasukan tuan atau individu yang hanya menyertai pasukan tuan untuk beberapa tempoh tertentu sehaja (cth, individu yang dimasukkan sementara dalam pasukan bagi menggantikan pekerja yang sedang cuti sakit) dimana sebahagian daripada pekerja tersebut mengambil sikap “melepaskan batuk di tangga” sambil bersembunyi di belakang semua orang apabila dikerahkan untuk bersama dalam satu pasukan jawatankuasa dan mereka seboleh-bolehnya tidak mahu melibatkan diri secara langsung. Persekitaran ini sering berlaku apabila seseorang baru sahaja pencen, berhenti kerja atau beberapa posisi kerja yang telah dirombak atu disusun semula.

Dalam kedua-dua situasi tersebut, sentiasa ada ahli pasukan yang mempamerkan kecemerlangan dan seronok bekerja setiap masa…bukan?

Tidak kira bagaimana pasukan tuan memilih untuk bergabung bersama, proses menyatukan ahli pasukan dan memastikan mereka saling berkomunikasi antara satu sama lain adalah proses yang amat penting. Apabila seseorang individu rasa seperti terancam atau rasa sumbangan mereka seakan diperkecilkan disebabkan terpilih sebagai individu yang terakhir atau sebenarnya menyimpan perasaan seakan tidak berpuas hati tentang peranan yang diberikan – psikologi negatif mereka ini sebenarnya dapat memberi kesan pada prestasi syarikat. Barisan kepimpinan yang mampu memikul dan menangani masalah seperti ini saya menamakannya sebagai Pasukan Iron Man.

Tidak kira apa juga kaedah yang tuan gunakan bagi menangani masalah seperti ini, proses peralihan merupakan situasi yang mencabar bagi sesebuah pasukan. Semua pasukan akan melalui fasa perkembangan. Tuckman mengistilahkannya sebagai “menyerang (storming),” dan di dalam beberapa situasi pasukan mungkin terperangkap di tahap ini dan kembali semula pada fasa “pembentukan (forming),”. Kenal pasti dan minta pandangan jurulatih pasukan yang pakar bagi membantu pasukan kerja tuan supaya mereka dapat memperbaharui diri mereka bagi menghentikan pergeseran seperti ini. Hanya mereka sahaja yang mampu untuk mendorong tuan supaya kekal fokus.

Setiap pasukan dibangunkan melalui pelbagai kaedah yang berbeza. Kadangan kala ianya tentang kecekapan kita dalam membuat keputusan dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada. Beranikan diri untuk mengambil langkah pertama yang sukar bagi menginspirasikan perubahan dan pendekatan yang berbeza seperti menubuhkan sebuah Pasukan Iron Man yang berperanan dalam memastikan semua orang dapat kembali fokus pada tugasan masing-masing. Cabaran, ketidakselesaan, dan langkah kepimpinan yang cekap adalah pelaburan yang membawa pulangan yang tinggi– tetapi ianya mungkin menjadi pengalaman yang paling mencabar dalam kerjaya tuan. Maklumkan pada kami sekiranya kami dapat membantu.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA