Hari Upacara Membawa Kanak-Kanak Ke Tempat Kerja di Amerika Syarikat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Tahukah tuan, di Amarika Syarikat pada hari khamis setiap bulan April, lebih 37 juta orang di lebih 3.5 juta pejabat mengambil bahagian dalam kempen Hari bawa Anak- Anak Kita Bersama ke tempat kerja– diasaskan oleh Gloria Steinem dan Ms. Foundation for Women pada tahun 1993.

Program ini asalnya dinamakan ‘Kempen Bawa Anak Perempuan ke Tempat Kerja’ diinspirasikan melalui maklum balas kajian yang mendapati kebanyakkan kanak kanak wanita mempunya sikap keyakinan diri yang lemah dan sering tercicir daripada persekolahan mereka sebelum grade lapan.

Kempen membawa anak anda ke tempat kerja menawarkan peluang terbaik untuk kanak-kanak mendapat pendedahan di tempat kerja melalui pengalaman pendidikan secara langsung. Namun begitu terdapat banyak perkara yang perlu diberi penekanan pada ibu bapa dan persekitaran kerja mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Larangan Dan Dorongan (sumber Forbes)

  1. Rancang lebih awal bagaimana anak tuan dapat mengambil bahagian pada hari tersebut.
  2. Kenal pasti sekiranya syarikat atau organisasi tuan mempunyai pelan rancangan aktiviti untuk kanak-kanak.
  3. Menilai hari tersebut dari perspektif kanak-kanak.
  4. Memperkenalkan anak-anak tuan pada semua orang.
  5. Sementara tuan sedang berusaha menjadikan hari tersebut menarik, kekal realistik melalui penyelesaian masalah secara kolaberasi.
  6. Dedahkan mereka kepada perkara lain di luar kerja rutin harian yang biasa.
  7. Jangan risikokan kanak kanak di tempat yang kurang selamat dan mudah hilang.
  8. Jangan sesekali abaikan anak tuan, walaupun sesibuk mana tuan sedang bertugas.
  9. Jangan sisihkan anak tuan; pastikan mereka mendapat perhatian melalui pelajaran yang mereka mampu menilai.

Merancang awal akan dapat membantu tuan dan syarikat tuan menyelesaikan semua isu ini dan memastikan tugasan harian tuan berakhir dengan cemerlang.

4 Aktiviti kanak kanak yang menarik

#1 Memberi Makan Pada Haiwan Jalanan

Kanak kanak untuk semua lapisan umur boleh mendapat manfaat dengan menyumbang semula pada komuniti masyarakat. Program filantropik mendedahkan kanak-kanak kepada tangungjawab dan memberi peluang pada mereka untuk merasai sesuatu impak yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

Tuan, pasukan tuan, dan anak tuan berkerjasama untuk menjayakan dan menyumbang mengikut kemampuan bagi makanan untuk kucing jalanan.

Anak anak tuan akan mendapat pengalaman dan pelajaran mengenai:

  • Pengurusan masa
  • Kemahiran kolaberasi bersama orang lain
  • Kemahiran kolaberasi bersama pasukan

#2 Pasukan Penyelamat Anak Patung Teddy Bear

Direka dengan memanfaatkan gabungan dua komponen iaitu kompetatif dan colaberatif, kanak-kanak diminta untuk menyelesaikan cabaran teka teki, memecahkan kod, membuka kunci rahsia untuk memperolehi sumber yang diperlukan supaya mereka dapat membina sebuah siri anak patung teddy bear.

Lebih daripada 11 juta kanak kanak telah didaftarkan kedalam wad kecemasan setiap tahun. Anak patung Rescue Bear sumbangan pihak polis dan bomba dapat memberi kesan mendalam bagi membantu mereka untuk mengurangkan kesakitan dan kesedihan, malah sebagai kaedah yang berkesan untuk menenangkan kanak kanak ketika kejadian panik yang tidak diingini.

Apakah pengalaman dan pembelajaran yang anak anak tuan akan dapati:

  • Pengurusan sumber
  • Menyelesaikan masalah secara kreatif
  • Berfikir lelalui kaca mata bagi mendapatkan gambaran yang lebih besar
competitive activity for take our kids to work day

#3 Turut Serta Dan Menang

Semua orang bersaing untuk memenangi hadiah utama kejuaraan dengan melengkapkan sepuluh permainan yang mudah tetapi mendebarkan yang mempunyai kenaikan tahap kesukaran seiring dengan kenaikan mata permakahan. Dalam tempoh 60 saat, tekanan semakin terasa dan kebanggaan pasukan diletakkan sebagai cagaran.

Pasukan hanya mendapat 30 minit masa untuk berlatih sebelum cabaran dimulakan. Program ini dapat disesuaikan supaya dapat dipadankan dengan permainan yang unik  untuk syarikat tuan. Program ini dapat dijadikan acara tahunan untuk tuan dan anak anak tuan untuk dapatkan hadiah baru setiap tahun.

Apakah pengalaman dan pembelajaran yang anak anak tuan akan dapati:

  • Persaingan sihat
  • Bagaimana untuk membina hubungan positif
  • Berinteraksi dengan orang lain
  • Mengolah sumber dan melatih untuk berfikir dengan cepat
chocolate activity for take out kids to work day

#4 Cabaran Mengunakan Makanan Coklat

Kanak kanak diminta mengambil bahagian dalam acara bertemakan makanan, setiap satunya disusun dan dibina atas satu sama lain. Penekanan ini dapat mendorong menggalakkan persaingan (hanya untuk keseronokan) atau kolaberasi (Kemahiran mengunakan akal imiginasi)

Apakah pengalaman dan pembelajaran yang anak anak tuan akan dapati:

  • Bagaimana untuk membina persahabatan
  • Menajamkan kemahiran
  • Berfikiran inovatif
  • Bagaimana untuk menghubungkan pasukan supaya dapat bersama-sama  mencapau kejayaan

Apakah perancangan besar tuan untuk hari membawa anak ke tempat kerja? Apakah pelajaran yang tuan dapat ambil melalui pengalaman lepas?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA