Komitmen dan kesinambungan adalah kunci kepada Team Building yang sukses.
Adalah penting untuk memberi komitmen penuh kepada semua orang yang terlibat untuk menjayakan acara Team Building yang sukses.
Sentiasa mendahului tindakan.
Tuan pernah masuk dalam acara korporat dan melibatkan diri dalam aktiviti “team-building” dimana semua orang harus bertindak sebagai sebuah pasukan, tetapi semuanya kelihatan seperti dipaksa dan kekok, bukan? Dimana terdapat keluhan , jelingan mata, dan rintangan kepada idea pembangunan pasukan.
Sebagai seorang ketua tuan harus menunjukan contoh yang baik kepada anak buah. Jika tuan rasa bersemangat dalam acara tuan dan tuan mamu memimpin pasukan melalui tindakan yang dapat dicontohi, mereka juga akan lebih cenderung untuk menyokong tuan dari belakang berbeza dengan hanya menjadi pemerhati dan mengelakkan diri daripada proses.
Akan sentiasa ada satu atau dua yang tidak mahu melibatkan diri, namun jika semua orng lain dalam kapal yang sama, mereka akan lebih bermotivasi untuk memainkan peranan mereka. Pastikan untuk menghormati gaya semua orang semasa acara sedang berlangsung.

Pastikan momentum terus berkekalan.
Jangan ulangi kesilapan sama denagn membawa pulang tangan kosong selepas selesai menjalani program latihan team building. Kekalkan momentum bermaksud mengekalkan perasaan positif dan hubungan yang telah dibina sepanjang hari acara. Pastikan tuan sentiasa menilai kemajuan pasukan tuan.
- Adakah tuan mencapai hasil yang diharapkan daripada pelanggan atau pihak lain dalam syarikat?
- Adakah tuan sudah tetapkan kaedah untuk sentiasa melakukan penilaian “dimanakah kemajuan kita”
Adakan mensyuarat harian biasa bagi membina organisasi berprestasi tinggi. Kumpulkan pasukan tuan semingu sekali, pada masa yang ditetapkan, untuk menilai kemajuan, kenalpasti dimana syarikat sedang berada, dan batu secara bersama-sama untuk berkongsi idea.