Idea Meraikan Cinta Di Hari Team Building Valentine

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sambutan Hai Valentine adalah upacara percutian paling yang paling manis.

Aura kasih sayang yang wujud di antara pasangan kekasih adalah sangat menakjubjubkan, namun mewujudkan aura yang sama dalam pasukan tuan juga adalah sama penting.

Di sini terdapat beberapa idea team builder yang menarik dan juga boleh berfungsi sebagai perjumpaan yang bertenaga, yang sesuai untuk pekerja onsite dan juga pekerja tuan di luar sana dalam dunia Virtual.

Perjumpaan Yang Bertenaga dan Team Builder

Persamaan

Ini adalah satu jenis permainan pantas yang memerlukan penglibatan beberapa bilangan kumpulan kecil (3 hingga 8) yang memerlukan mereka bersaing di antara satu sama lain. Objektif permainan adalah untuk setiap pasukan mengenal pasti sebanyak mungkin persamaan yang ada di dalam pasukan. Persamaan itu mestilah mempunyai kaitan dengan setiap individu dalam kumpulan dan diberikan had tempoh masa selamat 2 minit sahaja.

Persamaan itu tidak boleh terlampau jelas seperti, “kami mempunyai kuku jari atau kami semua memakai pakaian” (walaupun mungkin sangat menyeronokkan sebenarnya). Mereka perlulah menjadi lebih “kreatif” seperti kami semua pernah lawati negara Indonasia, kami semua suka memancing, atau kami semua takut dengan labah-labah, cth.

Pasukan yang mendapatkan jumlah persamaan yang tertinggi akan menang. Pasukan yang mempunyai persamaan yang paling melucukan juga menang. Malah, tuan boleh wujudkan seberapa banyak kategori besertakan “hadiah” yang tuan pilih untuk pasukan pemenang.

Power Point Tentang Saya

Permainan building yang bertenaga ini adalah kaedah terbaik untuk memulakan pejumpaan tuan. Setiap perjumpaan dimulakan dengan pembentangan 4 halaman slideshow daripada ahli pasukan yang berbeza. Slideshow ini akan memberikan dan setiap ahli pasukan diberi satu peluang untuk berkongsikan serba sedikit mengenai diri mereka sendiri, apa yang mereka suka lakukan dan dimana mereka selalu luangkan masa di luar waktu kerja.

Ini adalah salah satu daripada aktiviti team building yang sememangnya membantu orang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.

Sekiranya Saya Adalah?

Permainan team building seperti Sekiranya Saya Adalah? merupakan cara terbaik untuk menyuntik semangat yang diperlukan ke dalam perjumpaan tuan, dan permainan ini boleh dilakuka dalam beberapa minit sahaja. Aktiviti ini juga merupakan kaedah terbaik untuk memberi peluang pada ahli pasukan baru untuk memperkenalkan diri mereka kepada seluruh ahli pasukan yang lain.

Minta setiap orang memperkenalkan nama mereka dan terangkan bahagian kereta yang manakah paling melambangkan personality diri mereka. Contohnya, “Hi nama saya Syakir, sekiranya saya adalah sebahagian daripada sebuah kereta, saya akan memilih untuk menjadi kerusi di tempat duduk belakang – ini kerana saya seorang yang suka berseronok, dan di situlah keseronokkan sering berlaku semasa berada dalam kereta.”

Perjumpaan Yang Mengasyikkan

Meriahkan suasana perjumpaan tuan yang seterusnya dengan memainkan sebuah “tema lagu” yang mencerminkan konten sesi perjumpaan tersebut. Jadikan semua hadirin yang melangkah ke perjumpaan itu sambil berlatarkan lagu yang bergema. Tuan juga boleh kaitkan lagu tersebut ke dalam slide pembentangan tuan untuk mendapatkan impak yang lebih berkesan.

Pilihan lagu yang terbaik adalah lagu yang menyokong tema atau mesej perjumpaan tersebut. (cth. Lagu daripada Weirl Al bertajuk “Eat It”

YouTube player

untuk perjumpaan tentang pengambilalihan syarikat baru, ataupun lagu daripada Black Eyed Peas “I Got a Feeling” untuk perjumpaan bagi memperkenalkan budget baru.

YouTube player

______________________________________________________________

Kesemua perjumpaan yang bertenaga ini mempunyai dua fungsi team builders.

Menambah sedikit keseronokkan kedalam setiap perjumpaan bukan sahaja dapat menjadikan pasukan tuan lebih bertenaga, malah ianya juga dapat membantu mereka kekal bermotivasi dan saling berhubung. Dan sudah tentu, kami juga percaya apabila pasukan tuan sedang berseronok, secara tidak langsung Team Building juga sedang berlaku!

Apabila pasukan tuan sedang berseronok, mereka akan menjadi lebih tenang dan fokus dengan apa yang mereka sedang usahakan. Mereka juga akan dapat keseronokan; pengalaman yang dapat menyatukan hubungan diantara rakan kerja mereka yang mana hubungan baru ini akan dibawa pulang ke dalam persekitaran pejabat.

Oleh itu, cubalah salah satu daripada idea meraikan cinta di atas dan gunakan kreativiti tuan sendiri bagi menyuburkan lebih perasaan kasih sayang ke dalam pasukan tuan. Dan jangan lupa juga untuk membeli bunga dan coklat – kerana tuan tidak mungkin boleh menjadi seorang teman sejati di tempat kerja tanpa menjadi seorang teman kekasih di rumah!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA