Team Building DIY | Pilih Rekreasi Luar Pilih Keindahan Alam Dan Bina Persahabatan.

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Apabila tiba musim hari cuti umum, keluarlah beramai-ramai untuk nikmati keindahan alam dan langit yang kebiruan. Team Building Rekreasi Luar DIY (Do it yourself) adalah kaedah terbaik untuk mempelajari aktiviti baru dalam masa yang sama dikelilingi keseronokkan dan membina hubungan persahabatan yang kukuh.

Aktiviti pantai seperti membina istana pasir atau memasang layang-layang dapat mendorong kerjasama berpasukan yang baik dan membina hubungan jangka masa panjang. Dalam usaha membina pasukan dikalangan pekerja sangat diberi penekanan, aktiviti-aktiviti seperti ini memberi banyak memberi manfaat. Semua orang daripada pasukan tuan turut serta dalam suasana yang lebih santai. Aktiviti memasang layang-layang dengan reka bentuk yang mempunyai kaitan dengan imej syarikat dapat menyatukan setiap orang dalam istilah pasukan yang mereka fahami. Namun begitu, strategi setiap ahli pasukan dapat menonjolkan kelebihan setiap individu semasa hari tersebut yang penuh dengan keseronokkan dan interaktif.

5 Manfaat Team Building Outdoor

  • Hubungan dengan alam dan perkara-perkara yang mendokong kehidupan.  
  • Bersyukur perkara-perkara kecil
  • Peluang untuk memanfaatkan pengunaan tubuh badan dan akal yang cergas
  • Membina hubungan sesama manusia
  • Pintu kearah ketenangan

Kotorkan tangan tuan

Mencari sesuatu yang membawa manfaat?? Kami membantu acara tuan yang disesuaikan dengan kemahuan tuan, seperti membina persefahaman dikalangan rakan kerja. Aktiviti membina istana pasir merupakan acara team building outdoor yang sentiasa membawa keseronokkan. Terdapat hanya dua elemen penting dalam acara ini: demonstrasi dan pembinaan.

Pasukan tuan akan berpeluang untuk membina istana pasir yang melambangkan tema atau jenama syarikat tuan. Keseronokan bermula apabila pekerja dibahagikan secara berkumpulan untuk mula membentuk istana pasir yang dibayangkan. Siapa tahu jika sekiranya ciptaan tuan dipilih untuk iklan syarikat!

Apakah aktiviti team building outdoor yang tuan merancang untuk company retreat seterusnya? Perlukan lebih inspirasi?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA