Struktur manusia sangat berkait rapat dengan sekehidupan harian melalui pemakanan. Kita bergerak melalui “sarapan pagi sebelum memulakan” kepada “sarapan tengah hari selepas sebelum meneruskan tugasan” kepada “santapan bersama ahli keluarga” selepas itu. Oleh yang demikian, mengapa tidak menstrukturkan team building kita melalui kaedah yang sama?
Di Lagoona Resort Cherating, kami memahami kuasa membawa bekalan makanan dan team building bersama. Kami membayangkan program yang menawarkan makanan yang pelbagai, pada tahap penglibatan yang berbeza semasa penyediaan makanan yang sebenar. Program seperti Makan Malam Progresif dan Makan Dalam Gelap, dapat menghubungkan dan mewujudkan pengalaman yang bertemankan pemakanan. Kepada sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri secara lebih langsung, tuan boleh merancang program seperti pasukan memasak di mana pasukan bekerjasama untuk mencipta hidangan yang menarik dan lazat. Kami lebih pakar berbanding sesiapapun tentang keberkesanan apabila team building dan makanan dapat digabungkan bersama.
Tetapi mengapa gabungan ini sangat menarik?
Baik, sebagai pembuka kata, manusia lebih bahagia apabila mereka tidak kelaparan. Ia merupakan idea mudah, tetapi sangatlah benar. Tiada siapa yang mahu berusaha untuk membina kepercayaan bersama dengan rakan sekerja sekiranya mereka merasa lemah kerana tidak menjamah makanan sejak jam 6 pagi. Terdapat juga kajian sains bagi menyokong pandangan ini. Kajian menunjukkan bahawa diet yang mempunyai protein dan karbohidrat yang tinggi dapat menaikkan kemampuan otak untuk merembeskan dan mengekalkan serotonin, sesuatu neurokimia yang mempunyai kaitan dengan mood. Apabila manusia sudah mendapatkan pemakanan yang diperluka dan merasa seronok, mereka akan lebih bersedia untuk membina hubungan.
Selain daripada memastikan semua orang merasa seronok, makanan juga dapat membuat persekitaran yang berbeza dalam team building kurang menakutkan. Membina hubungan sosial melalui makanan adalah pengalaman yang terbiasa untuk kebanyakkan orang. Kita makan bersama keluarga kita, keluar untuk minum bersama rakan, dan perjumpaan melalui makan tengah hari. Ianya adalah persekitaran yang menjadi kebiasaan yang membolehkan kita untuk menjadi lebih santai. Melalui pengenalan elemen makanan ke dalam acara team building, tuan sebenarnya sedang menggalakkan orang ramai untuk menjadi lebih santai. Mereka sudah terbiasa berbual semasa makan, jadi transformasikan sahaja tingkah laku ini daripada sosial kepada persekitaran profesional yang lebih semula jadi.
Makanan Untuk Rohani
Apabila acara team building pasukan tuan keseluruhannya berkait rapat dengan pemakanan, atau tuan memperkenalkan makan tengah hari atau komponen makanan ringan yang bertenaga, sebarang acara yang didorong melalui pendekatan pada pemakanan yang lazat dan berkhasiat. Pastikan semua orang merasa kenyang, santai dan gembira. Jika tuan lakukannya, mereka akan lebih cenderung untuk membina hubungan sosial dan penyalaman yang positif. Jadi jom makan bersama dan bina perhubungan yang lebih kukuh.