Aktiviti yang memberi sumbangan semula pada komuniti dapat melapangkan dada tuan, menjadikan tuan seorang yang lebih peka pada persekitaran sosial dan menambahbaik hubungan sesama rakan pasukan sambil menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Aktiviti amal kebajikan dapat memberi manfaat pada dua perkara, kemanusiaan dan bisnes atas banyak sebab. Apabila tuan melibatkan diri dalam aktiviti team building Tanggungjwab Sosial Koporat (Corporate Social Responsibility) tuan sebenarnya dapat mengambil dua manfaat tersebut dengan serentak.
Kembali ke Sekolah
Melalui kempen Kembali ke Sekolah, apakah pekerjaan yang lebih terpuji daripada meluangkan masa dan fokus kita untuk turut serta dalam aktiviti mengumpul sumbangan kepada sekolah? Sekiranya tuan mencari aktiviti dapat memberikan keseronokan, interaktif, dan produktif dalam masa yang sama turut menyumbangkan semula pada komuniti setempat, kami mempunyai beberapa tips untuk tuan!
Kempen ini dapat dijalankan dengan cemerlang melalui size kumpulan (12-250+). Aktiviti seperti ini sangat menarik sebagai company retreat, hari servis komuniti atau hari percutian syarikat.
Turun Sekali & Beri Sumbangan Secara Langsung

Acara team building yang bertemakan turut serta dan sumbangankan secara lagsung ini mencabar pasukan tuan supaya dapat memenuhkani setiap ruang backpack dengan alatan pembelajaran seperti buka nota, pensil, pemadam, dsb. Adakah tuan mahu tahu perkara paling menarik tentang acara ini? Ianya sebenarnya bukanlah semudah “memenuhkan ruang dalam beg”.
Setiap pasukan perlu memenangi item-item mereka dengan mungunakan kretiviti (teka teki) mereka melalui cabaran fisikal secara berpasukan (permainan keseronokan) yang memerlukan kerjasama pasukan, komunikasi, dan kesanggupan untuk menginsing lengan baju mereka dan turut serta. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keseronokan dan memenangi alatan-alatan tersebut agar dapat dimuatkan dalam beg backpack untuk keperluan anak-anak untuk ke sekolah, ia adalah sesuatu yang semua orang dan setiap pasukan wajib lakukan!
Menyumbangkan Semula
Pertimbangkan cadangan di atas, dengan memberikan pekerja tuan peluang untuk melibatkan diri melalui salah satu program ini, tuan dalam masa yang sama menggalakkan mereka untuk menyumbang semula kepada komuniti. Kajian mendapati bahawa melalui penglibatan diri dalam aktiviti sukarelawan di luar pejabat sebenarnya membantu untuk memulihkan pekerja daripada kepenatan tugasa mereka dan kembali semula dengan lebih bertenaga.