14 Resolusi Langkah Kanan Membina Strategi Pasukan Anda Pada Tahun Baru | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sudah tuan membuat resolusi team building untuk tahun baru ini?! Tuan patut! Strategi terbaik bermula daripada pemimpin cekap yang menetapkan sasaran matlamat dan kami mempunyai beberapa cadangan untuk membantu tuan bermula:


1. Ambil beberapa catatan. Apakah yang berkesan semasa cuti company retreat tuan? Apa yang tidak berkesan? Mula merancang untuk tahun akan datang sekarang.

2. Mulakan tahun dengan  cabaran menghijaukan tempat kerja.

Strategi pemimpin

3. Mengadakan aktiviti team building dalam satu perjumpaan setiap bulan.

4. Merangka jadual acara aktiviti tahunan.

team Building

5. Berkongsi makanan dengan beberapa rakan kerja sekali seminggu.

6. Melabur dalam program latihan korporat untuk diri sendiri dan pasukan tuan.

7. Membangunkan strategi untuk menaikkan keterikatan ahli pasukan maya (virtual) tuan.

8. Memperkenalkan satu alat baru yang akan mendorong kolaberasi setiap bulan.

Strategi yang mantap akan menghasilkan matlamat yang berjaya - Team  Building Malaysia

9. Pertimbangkan beberapa manfaat lain seperti keahlian gim atau aktiviti sosial seperti kelab larian untuk menaikkan produktiviti.

10. Merekrut ahli-lain untuk sama-sama menyumbang kepada initiatif team building.

11. Menjelaskan peranan dan tangungjawab setiap orang pada akhir suku tahun. Kemudian, terangkannya lagi berulang kali.

12. Berusaha untuk mengambil beberapa keputusan sebagai satu pasukan.

13. Raikan beberapa kegagalan. Ia bukanlah sesuatu yang sukar diterima. Kami janji.

14. Baca buku tentang team building, dapatkan maklumat yang dapat membantu!

Adakah tuan sudah bersedia untuk mengambil langkah ini kearah membina pasukan yang kuat? Apakah resolusi tugasan tuan pada tahun baru?

Perlukan lebih banyak inspirasi dan panduan? Lihat lebih banyak lagi tips team building. Tetapkan sekurang kurangnya tiga resolusi untuk tahun baru ini dan tuan akan bermula dengan langkah kanan sebagai seorang pemimpin pasukan yang cekap.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA