Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.
Sebahagian permuafakatan yang kukuh itu dibina melalui cabaran dan kesukaran. Peperangan, kejatuhan ekonomi, protes sosial—ini adalah faktor-faktor yang membawa kepada penyatuan manusia daripada pelbagai latar belakang, pelbagai cabaran dan kesulitan cabaran hidup dalam satu persekitaran yang mereka tidak pernah alami. Walaubagaimanapun, bukan semua permuafakatan itu dibina atas dugaan cabaran semata-mata. Kadang-kala pasukan menemui tunjang asas mereka melalui aktiviti yang diterapakan dengan elemen kecergasan, persaingan dan lawak keseronokkan-lawak jenaka yang baik.
Acara seperti Tough Mudder atau The Spartan Race memberikan peluang untuk mengalami pengalaman penuh dengan intensiti seperti ini. Bersaing dalam perlumbaan obstacle yang dapat mengumpulkan kekuatan, kemahiran dan kemampuan tuan untuk bekerjasama dengan peserta lain sebagai sebuah pasukan kohesif melalui satu ujian. Setiap daripada obstacle ini memerlukan kerjasama berpasukan, perpaduan, dan sokongan bagi mengatasi dan melepasi setiap cabaran obstacle. Peserta mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam larian yang jaraknya diantara 1 hingga 12 batu yang pada setiapnya mempunyai pelbagai obstacle bergantung pada berapa jauh perlumbaan tersebut.
Ciri-ciri cabaran yang mendesak setiap ahli pasukan mengharungi obstacle secara bersama memerlukan elemen seperti berikut: penyelesaian masalah semasa, tekanan kerjasama yang kesemuanya memerlukan mindset ketenteraan dimana “Tiada seorangpun yang tertinggal”. Kebanyakkan peserta cabaran pertandingan obstacle ini mendakwa bahawa ini merupakan pengalaman yang mereka mahu ulangi sekali lagi.

Daripada Tuan Mohd Asyraf, Terengganu, peserta cabaran obstacle race Lagoona Resort Cherating, pemilihan rakan pasukan yang akan menentukan perbezaan: “Bagaimana tuan mengharunginya? Pilih pasukan yang betul. “Saya tidak bermaksud memilih seseorang yang paling kuat atau cergas. Pilih rakan yang berdedikasi, setia dan bersedia untuk mengotorkan diri,”
Tuan Siva dari Selangor pula dapat mengesahkan ini dengan menyatakan, “Saya suka bagaimana semangat kerjasama berpasukan dipamerkan; walaupun semasa saya terperangkap dalam larian lumpur saya mempunyai rakan yang berusaha menghulurkan bantuan.
Ambil nasihat daripada individu seperti Tuan Asyraf dan Tuan Siva yang memahami bahawa hanya dengan mempunyai sikap yang bagus yang membezakan antara satu pasukan dengan satu pasukan yang lain. Kesetiaan dan dedikasi sentiasa mengatasi bakat dan kemampuan semula jadi. Sokongan dan bantuan rakan pasukan merupakan elemen penting yang mendorong semua orang, maju kehadapan dan mencapai matlamat mereka.
Sertai Bersama. Sebagai Satu Unit Kekuatan
Pasukan tidak dibina dalam masa satu hari. Mereka memerlukan komunikasi, kohesi dan membina hubungan melalui pengalaman yang dikongsi bersama. Jangan takut untuk menemui orang lain dan mencuba sesuatu yang baru. Siapa tahu? Persahabatan atau hubungan baru bersama rakan pasukan mungkin terbina dengan hanya dengan mengambil beberapa langkah mudah.