Raikan Cuti Hari Pekerja Dengan Penuh Bergaya | Team Building Resort Malaysia

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sambutan Cuti Hari Pekerja adalah perayaan bagi meraikan sumbangan dan peranan setiausaha, pembantu tadbir, penyambut tetamu, dan semua pekerja pentakbiran secara amnya sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam beberapa buah negara.

Semasa Perang Dunia II, terdapat kenaikan keperluan untuk pekerja pentadbiran yang mahir, khususnya di Amarika Syarikat. Mary Barrett dan C. King Woodbridge merasmikan perayaan tersebut semasa berkhidmat di dalam majlis peringkat kebangsaan bagi menangani masalah kekurangan tenaga penjawat terlatih untuk menghargai “setiausaha, atas kemahiran yang disumbangkan, kesetiaan, dan kecekapan fungsi mentakbir dimana bisnes dan kerajaan bergantung padanya,” dan untuk memberi kesedaran“melalui publisiti yang menguntungkan mengenai potensi besar kerjaya sebagai setiausaha,” Eksekutif perakaunan di Young & Rubicam pihak yang mula-mula memperkenalkan idea Cuti Hari Pekerja.

Pada awalnya tempoh perayaan rasmi telah diadakan pada hari rabu 1-7 Jun 1952 dan 4 Jun 1952 yang dikenali sebagai Sambutan Hari Setiausaha Peringkat Nasional. Pada 1955 tarikh perayaan ini dipindahkan pada minggu terakhir bulan April. Namanya juga dikemaskini kepada Sambutan Minggu Setiausaha Profesional pada 1981, dan seterusnya Sambutan Minggu Pentakbiran Profesional pada tahun 2000 bagi merangkumi meraikan tangungjawab dan peranan tugasan staff penyokong pentakbiran. Dalam konteks negara kita Malaysia pula, perayaan sebegini disambut setiap 1 Mei yang dinamakan sebagai Sambutan Cuti Hari Pekerja di peringkat nasional.

3 Cara Untuk Meraikannya

Sambutan Hari Cuti Pekerja telah menjadi salah satu cuti perayaan yang terbesar yang disambut melalui acara komuniti, perjumpaan sosial dan aktiviti korporat bagi menghargai pekerja yang telah banyak menyumbang jasa. Di negara kita pekerja mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing dan beristirehat pada hari cuti tersebut. Walaubagaimanapun IAAP memberi cadangan supaya pihak majikan menyediakan peluang latihan kepada pekerja pentadbiran mereka.

Beberapa tempoh kebelakangan ini, semakin ramai majikan dan penyelia sudah mula merancang majlis untuk menghargai jasa yang telah disumbangkan oleh pihak pentadbiran professional bagi mewawarkan kepentingan mereka pada organisasi dan mempertingkatkan kemahiran kerja mereka. Perlihatkan pada pekerja tuan bertapa tuan menghargai sumbangan mereka pada tahun ini.

1. Melabur dalam Pekerjaan

Salah satu kaedah terbaik untuk membuat seseorang merasa bahawa pekerjaan mereka penting adalah dengan melabur dalam peranan atau jabatan mereka, khususnya melalui kaedah yang menjadikan tugasan lebih menyeronokkan, cekap atau lebih mudah. Pasukan tuan akan lebih bertenaga, mempunyai masa yang lebih untuk tugasan tambahan dan merasa lebih dihargai.

Sekiranya tuan menguruskan sebuah jabatan pemasaran, minta pasukan tuan untuk tolong mengenalpasti peluang-peluang untuk penambahan data dan automasi. Jika tuan menguruskan pasukan perakaunan, teroka alat kerja dan latihan program seperti Salesforce. Adakah tuan memimpin projek pengurusan pasukan? Cuba lihat alat kerja seperti Trello(bonus: ia adalah percuma!)

Cuti Hari Pekerja digunakan untuk menaikkan semangat berpasukan

2. Melabur dalam keseronokkan

Merasai keseronokkan di tempat kerja buka sahaja membawa pada budaya syarikat yang hebat, malah ia juga menaikkan produktiviti. Lebih 80% tenaga kerja di Malaysia menghadapai tekanan kerja. Aplikasi untuk pejabat (seperti Officevibe) merupakan alatan kerja terbaru untuk pekerja melengkapkan tugasan mereka dengan cekap dalam masa yang sama membolehkan mereka merasa seronok.

Aktiviti team building, acara, dan icebreakers juga dapat membantu ahli-ahli dalam pasukan tuan untuk membina hubungan yang tulin dan mendalam. Peluang untuk berseronok melalui permainan adalah kaedah terbaik untuk meraikan dan mewujudkan budaya kerja berpasukan. Acara team building adalah pelengkap kepada Sambutan Hari Pekerja.

Semua orang mengemari makanan santapan yang enak. Cabaran membuat ice krim menawarkan pertandingan berkonsep pembelajaran melalui amali yang amat menyeronokkan. Apabila cecair nitrogen dituangkan daripada bekas khas ia mencipta gas berwapan yang mengujakan pasukan tuan. Perhatikan pekerja tuan berkelakuan seperti kanak-kanak semasa mereka sedang cuba menyentuh gas berwapan tersebut mengunakan tangan, lengan dan badan mereka.

Cuti Hari Pekerja juga boleh digunakan untuk mencanting batik

Lukisan Yang Sempurna menawarkan peluang untuk melihat manfaat “gambaran besar” yang diperolehi secara literal melalui komunikasi dan kolaborasi. Karya akhir yang berjaya disiapkan sebenarnya lebih besar dan bukti seni menakjubkan yang mengambarkan sumbangan pekerja tuan kepada kejayaan secara menyeluruh, dan boleh digantung pada dinding pejabat sebagai peringatan kekal.

Adakah semua orang menyedari bagaimana pekerja pentadbiran tuan menyokong syarikat secara menyeluruh? Baik, letakkan mereka dalam ujian. Ujian soalan berbentuk kuiz dapat diolah untuk merangkumi ciri-ciri unik organisasi tuan.

3. Melabur dalam pembelajaran

Program latihan professional yang disampaikan oleh pakar industri dapat meningkat pengatahuan semasa dan perkembangan kerjaya professional tuan. Bergantung pada keperluan spesifik tuan, setiap pasukan dapat membangunkan kerjaya professional mereka melalui program yang mengabungkan latihan amali dan keseronokkan yang dipimpin oleh jurulatih yang berdedikasi tinggi dan berpengalaman luas samada jurulatih tempatan mahupun luar negara. Melalui program latihan seperti ini memberi peluang kepada pekerja tuan untuk belajar sambil buat dalam masa yang sama mengekalkan elemen keseronokkan sepanjang proses.

Apakah cara-cara unik yag lain yang tuan amalkan untuk meraikan Sambutan Cuti Hari Pekerja?




You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA