Sudah masuk tahun baru, ini bermaksud masa untuk memperbaharui resolusi tahun baru dan dalam masa yang sama jangan lupa juga meperbaharui matlamat kita dengan mengadakan resolusi baru untuk pejabat. Cara terbaik untuk lakukan ini adalah mulakan dengan mencatat lembaran matlamat baru yang hendak dicapai. Tulis dan catat kesemuanya dengan terperinci dan spesisfik apa yang tuan ingin capai pada tahun ini. Jika tuan belum mulakan apa apa untuk senarai visi tahun 2020, disini adalah beberapa tip untuk membantu tuan memulakannya!
Tip & Cadangan Lembaran Visi dan Matlamat Tahun 2020
1. Kemaskan!

Adakah meja pejabat tuan dalam keadaan berselerak dan tidak teratur? Mulakan dengan mengemaskan meja pejabat tuan. Pisahkan, dan hapuskan semua nota nota, dokumen, dan kertas kerja tahun lepas. Semua yang tuan perlukan, simpan satu salinan dalam server atau pendrive. Tuan akan terkejut bertapa bagus dan leganya perasaan tuan selepas selesai melakukannya. Ianya adalah satu ganjaran, dan permulaan segar untuk tahun baru dan bersedia mengejar matlamat tuan yang telah disenaraaikan. Lembaran Matlamat akan menjadi jadual perancangan, kalender, word doc, apa apa sahaja yang tuan perlukan.
2. Kaedah terbaik
Adakah tuan telah berundur setapak kebelakang untuk menilai alat pengurusan projek? Apakah ada keperluan untuk membuat pembelian atau implementasi baru pada tahun ini yang dapat mempercepatkan produktiviti? Produktiviti ahli pasukan tuan?
Sebelum membuat pembelian baru, pastikan tuan telah mengambil senarai faktor berikut:
• Berapa ramaikah orang dalam ahli pasukan tuan yang bakal dapat memanfaatkannya?
• Apakah produk tersebut menawarkan apa apa sistem integrasi yang berguna?
• Adakah produk tersebut mempunyai ciri-ciri dan kemampuan yang tuan perlukan?
• Adakah tuan dapat menguruskan kalender di dalamnya?
• Adakah ia akan membantu pasukan pengurusan dan kelancaran projek?
• Adakah ianya bersesuaian dengan bidang/ industri tuan?
• Baca maklumbalas produk tersebut.
Tidak ada kekurangan pilihan untuk alat pengurusan projek pada tahun 2020! Dari masa ke semasa syarikat korparat menyimpan file mereka dalam bentuk digital dan bekerja secara berasingan, menyebabkan permintaan untuk memilih kaedah terbaik semakin diberi penekanan. Terdapat terlalu banyak aplikasi untuk dipilih dan pelaburan dalam alat pengurusan projek dapat membantu tuan mencapai senarai tujuan dalam lembaran matlamat yang telah dirancangkan.
3. Set Kemahiran
Adakah tuan dapat manfaat daripada pembelajaran set kemahiran yang khusus? Adakah tuan mempunyai kefahaman yang baik tentang program yang tuan gunakan? Sistem CRM? Software Automasi?
Pastikan tuan mendapat kemas kini perkembangan maklumat terbaru dalam kerjaya tuan dan trend semasa.
• Networking, Networking, Networking!
•Sertai dan hadiri pelbagai acara dan majlis. Belajar apa orang professional yang “liked-minded” sedang rencanakan.
• Semak online untuk webinar, tutorial atau sumber yang lain.
• Asahkan skil tuan dengan mendaftar kelas online atau khusus kesijilan.
4. Jabatan Komunikasi
Syarikat yang mempunyai jabatan komunikasi yang lancar bukan sahaja dapat mewujudkan budaya kerja, ia juga dalam masa yang sama mencipta solusi yang kritikal. Ia juga bermaksud mereka dapat mengurangkan pergeseran dan salah faham kecil.
Sentiasa menyuburkan ruang komunikasi terbuka diantara tuan dan pasukan tuan.
• Jangan terus menyalahkan seseorang bahawa beliau tidak peka tentang perubahan. Bincangkan seawalnya.
• Sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk sebarang persoalan yang ditimbulakan, dengan menawarkan pertolongan secara cermat.
• Membangkitkan masalah seawal yang mungkin. Ianya dapat mengelakkan konflik dan kekecewaan.
• Membincangkan idea tuan bersama rakan sekerja dan sentiasa terbuka untuk mentransformasikan diri.
5. Aktiviti Pekerja
Perkara yang tuan jangan abaikan dalam senarai lembaran matlamat tuan, adalah idea tuan untuk aktiviti tahunan pasukan. Senaraikan beberapa idea yang tuan dan pasukan tuan boleh lakukan bersama samada seperti makan tengah hari bersama, percutian berkumpulan, memberi sumbangan semula pada komuniti, permainan dalam pejabat, atau percutian korporat. Pilihan terlalu banyak. Semak bahan-bahan download percuma kami di sini, atau lihat pakej pakej aktiviti team building outdoor kami di halaman pakej-pakej yang ditawarkan.
Jadikan 2020 tahun terbaik!