Petikan Motivasi Team Building Mingguan: 1+1=3…atau lebih

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Individu yang interdependent adalah mereka yang menggabungkan usaha mereka dengan usaha orang lain bagi mencapai kejayaan luar biasa,” –  Stephen Covey.

Petikan Motivasi Team Building

Petikan ucapan yang betul mampunyai daya tarikan untuk mempengaruhi orang ramai dan menyalakan semula obor perjuangan dalam diri mereka. Petikan motivasi yang bagus juga mempunyai kemampuan untuk mempertejemahkan sesuatu idea kepada gaya bentuk potongan puisi. Petikan kata-kata motivasi yang baik mampu menjadi sumber inspirasi bagi mendorong seseorang dalam menyiapkan tugasan mereka.

Petikan kata-kata motivasi team building minggu in datangnya daripada Stephen Covey, seorang yang disegani dalam bidang beliau dan mungkin lebih dikenali kerana bukunya, 7 Amalan Individu Yang Berprestasi Tinggi. Petikan ayat kali ini diambil daripada penulisan buku beliau, tip amalan #6, iaitu sinergi. Independence (kebebasan) adalah sesuatu yang kita dibentuk untuk memilikinya sewaktu kita sedang meningkat umur, namun apabila berbicara soal team building, interdependence (saling kebergantungan) adalah ciri-ciri sebenar diperlukan pasukan tuan.

Covey percaya bahawa 1+1=3 atau lebih.

Apabila satu atau lebih kekuatan digabungkan sekali, nilai kekuatan keseluruhannya lebih besar berbanding jumlah kekuatan setiap satu bahagian sebelum dijumlahkan. Bukankah kiasan ini sangat benar dalam persekitaran dunia bisnes yang berjaya? Apabila semua sumber modal insan tuan dikumpulkan pada tempat yang betul dan stratergik maka barulah bisnes dapat bekembang lebih maju.

Interdependence dan sinergi boleh benar-benar berlaku dalam kumpulan apabila mereka memfokuskan pada keseronokkan. Tekanan tugasan kerja harian dapat diringankan dengan memberikan ruang kebebasan kepada pekerja untuk mengolah kemahiran mereka dengan cara yang lebih menyeronokkan. Dari masa ke semasa, persekitaran yang lebih positif ini dapat diterjemahkan kepada kualiti kerja lebih baik dan kepuasan lebih yang tinggi.

Petikan motivasi team building yang manakah menjadi kegemaran tuan?

Adakah tuan mempunyai apa-apa tip tentang bagaimana untuk menyatukan usaha pasukan bagi mencapai kejayaan yang maksimum? Kami amat berbesar hati untuk mendengarnya! Semak semula untuk lebih banyak petikan motivasi team building setiap minggu.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA