Persaingan Mendorong Kita Semua | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
In it to Win It competition persaingan menang team building

Ramai orang mengatakan tiada kaedah yang lebih baik yang dapat menyaingi pertandingan bersifat persahabatan bagi menyatupadukan semua orang. Selepas hampir 30 tahun mencipta, menganjurkan dan pengalaman dalam aktiviti team building, kami mempunyai bukti untuk menyokong pendapat tersebut. Orang ramai menyukai pertandingan yang bersifat persahabatan, sampaikan kebanyakkan program kami mempunyai beberapa ciri-ciri elemen persaingan.

Persaingan mendorong kita untuk melakukan lebih baik

Persaingan berfungsi sebagai motivator kerana ia mendoring kita untuk berusaha lebih gigih. Bukan sahaja mendorong kita untuk mencabar lebih daripada kemampuan kita, malah rakan sekerja dan rakan separukan kita juga. Pertandingan persahabatan bersifat lebih santai, seperti scavenger hunt  atau  card game, yang menggalakkan orang ramai untuk bekerjasama dan meluangkan masa bersama, mewujudkan hubungan sosial yang akan menguatkan sikap kerjasama berpasukan. Pandang ke hadapan, persaingan mendorong kerjasama yang merupakan tulang belakang sebuah pasukan kerja yang cemerlang.

“Persaingan telah dibuktikan sebagai sesuatu yang bermanfaat sehinggalah pada tahap tertentu, tidak lebih daripada itu, tetapi kerjasama, adalah perkara yang kita perlu usahakan pada masa kini, bermula dengan menghapuskan sikap suka bersaing,” ― Franklin D. Roosevelt

Pada masa sekarang sangat mudah untuk membayangkan kesan negatif akibat persaingan yang melampau. Seseorang yang bersedih atas kekalahan merka dapat merosakkan keseronokkan dengan mudah, sementara pemenang yang meraikan secara berlebihan dapat merosakkan perkara yang baik. Bagaimana tuan memastikan perlawanan yang bersifat persahabatan dalam masa yang sama menggalakkan orang untuk bersaing sesame mereka? Nah, ini adalah salah satu rahsia yang kami cuba sempurnakan selama bertahun-tahun. Sementara semua program kami pada masa hadapan mempunyai nilai persaingan, program team building dibina kami berdasarkan idea persaingan mendorong hasil yang terbaik dari sesuatu pasukan. Fasilator kami telah dilatih untuk memastikan permainan dijalankan dalam suasana persahabatan dan menarik. Mereka memastikan pemenang atau pasukan yang kalah tidak merosakkan acara bagi semua orang.

Senarai aktiviti team building kami sedang berkembang pesat dengan dua aktiviti baru yang mula diperkenalkan bulan lepas. Pelanggan kami menyukai pertandingan bersifat persahabatan, dan beberapa ciri-ciri yang mempunyai elemen kolaborasi dan kerjasama.

  • OBSTACLE COURSE !
  • MANAGEMENT GAME
  • ICE BREAKING & ORIENTING
  • LATIHAN DALAM KUMPULAN
  • CULTURAL BATIK WORKSHOP
  • MUD SOCCER!
  • WATER RAFTING
  • NIGHT WALK

Aktiviti program team building sebegini merupakan langkah terbaik untuk menggalakkan pertandingan bersifat persahabatan di dalam kalangan pasukan tuan. Kebanyakkannya sangat popular di kalangan pusat kem team building di Malaysia dimana aktiviti seperti ini merupakan kaedah menarik untuk mendapatkan pengalaman yang istimewa. Fasilator kami merupakan pakar dalam mendorong semangat persaingan tanpa menjejaskan suasana acara. Dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pertandingan yang susuai untuk tuan hari ini!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA