Acara Percutian Yang Luar Biasa | Idea bagi merancang percutian yang menguntungkan Anda

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Melalui pemerhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebahagian besar peruntukan budget banyak yang telah dipotong dan ini menjadi cabaran untuk pelbagai pihak supaya mencari jalan bagi menyesuaikan diri, namun begitu acara percutian masih lagi kekal relevan dan sentiasa mendapat sambutan. Daripada acara santapan sosial kepada acara hari keluarga dan anugerah tahunan- acara percutian masih lagi kekal relevan. Menyedari hakikat ini, sebagai seorang pengurus yang mempunyai visi, tuan dapat mengambil peluang melalui acara percutian budget untuk membina pasukan.

Team building diinspirasikan daripada 3 F- Fun (keseronokan), Fast Forward ( Mempercepatan), dan Fix (Memperbetulkan). Fix adalah dimana kita mempunyai pasukan hebat yang berdepan cabaran bagi menangani beberapa isu yang tidak befungsi pada peringkat tertinggi- dan ini bukanlah sesuatu yang kita dapat diselesaikan dalam tempoh percutian.

Namun begitu, Fun & Fast Forward adalah permainan yang sama rata bagi pembangunan pasukan sambil berkumpul beramai-ramai pada hari cuti.

Percutian yang menyeronokkan ialah percutian yang berkaitan alam semula jadi

Persekitaran yang seronok seperti yang digambarkan. Objektif pembelajaran berkumpulan ini adalah untuk meraikan kejayaan tahunan bersama rakan pasukan, sambil bergelak ketawa bersama, dan peluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam melalui hungungan peribadi yang secara langsung. Sebahagian besar bisnes hanya membelanjakan acara percutian mereka melalui makan malam tahunan dsb.

Permainan Fast Forward adalah permainan yang jarang dimanfaatkan pada musim percutian. Ini mungkin menjadi pelengkap kepada acara percutian budget tuan yang menawarkan elemen “keseronokan” pada masa yang sama dapat memuaskan hati CFO syarikat tuan kerana mempunyai nilai pembelajaran yang berguna untuk dimanfaatkan. Melalui permainan ini kita dapat mengabungkan objektif pembelajaran bisnes yang sebenar melalui acara berpasukan yang penuh dengan keseronokkan. Pasukan bukan sahaja dapat mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik malah dapat berseronok sebagai elemen tambahan pada banyak manfaat lain yang baik –  malah mereka juga dapat mempelajari kemahiran yang dapat dimanfaatkan dalam tugasan mereka.

Sebagai contoh, katakan bisnes anda menghadapai cabaran kemasukan pelantikan baru secara beramai-ramai melalui program mentoring. Program pembangunan pasukan yang pantas atau sesi mentoring yang pantas, dan susun atur semula bilik tuan dengan beberapa meja kopi dan minta satu individu untuk berdiri berhampiran meja tersebut dalam masa yang sama minta seorang lagi individu yang diberi peranan sebagai “floater”. Arahkan semua orang untuk duduk berduaan setiap satu meja dan beri arahan pada mereka bahawa sekiranya tuan membunyikan loceng satu peserta daripada meja setiap meja akan berpindah ke meja disebelahkan dan seorang lagi peserta pula kekal duduk di tempat masing-masing. Setiap kumpulan akan meluangkan masa bersama selama dua minit dan disediakan beberapa keeping kad yang mengandungi pelbagai jenis soalan. Mereka akan terus cuba mengeluarkan soalan dan berkongsi jawapan selama dua minit penuh.

Antara soalannya termasuklah:

  •  “Apakah tahap pelajaran paling membanggakan yang tuan telah capai dalam kerjaya tuan pada masa ini?”
  • “Apakah bahagian yang paling tuan minati dalam tugasan tuan?”
  • “Bagiamanakah tuan mengimbangi kehidupan antara tugasan dan kehidupan peribadi?”
  •  “Siapakah individu yang menjadi sumber inspirasi pada tuan?”
  • “Apakah kejayaan yang paling dibanggakan dalam kerjaya tuan?”
  • “Sekiranya tuan dapat bercuti ke mana sahaja tempat di dunia ini tempat apakah yang tuan akan lawati?”
  •  “Namakan satu tempat yang kita dapat menambahbaik bisnes kita?”
  • “Apakah trend pasaran industri yang tuan dapat bayangkan yang bakal mencorakkan bisnes kita pada tahun depan?”
  • “Pada pendapat tuan, apakah ciri-ciri kepimpinan paling penting bagi seorang pemimpin?”
  • “Mengapa bisnes kita perlu bersiap sedia untuk sukses?

Program membangunkan pasukan secara pantas diteruskan sehingga semua orang dapat lengkapkan pusingan dalam setiap kumpulan. Mesej tersirat daripada aktiviti ini adalah, sekiranya tuan dapat kumpulkan semua orang bersama untuk “meraikan” gunakan pendekatan seperti ini yang dapat mengintegrasikan sebahagian aktiviti pasukan bagi menambahbaik fungsi dan keberkesanan pasukan. Tuan sudah banyak melabur dalam program seperti ini, jadilah seorang juara dan tunjukkan bahawa terdapat pelbagai perkara yang juga dapat dipelajari di luar sana.

9 Tip terbaik Untuk Perjumpaan Yang Hebat

Menyusun satu acara pasukan sepanjang tempoh percutian boleh menjadi sesuatu yang agak mencabar. Tekanan duit, masa, keluarga dan banyak lagi. Disini adalah senarai 10 perkara yang tuan dapat lakukan bagi memastikan percutian tuan membawa manfaat, mengispirasikan, dan menarik.

  1. Ambil pendekatan yang berbeza selain daripada pemberian “hadiah hari krismas atau duit raya” pakat beramai-ramai untuk menyiapkan kad ucapan yang mana teman hidup mereka dapat menyebarkannya melalui e-mel kepada keluarga dan rakan mereka.
    1. Lakukan satu panggilan ke rumah untuk ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada teman hidup atau ibu bapa untuk kerja keras yang telah disumbangan anak mereka pada syarikat. Pastikan tuan juga menyediakan beberapa contoh yang benar.
    1. Pastikan tuan merancang percutian. Percutian yang konduktif kepada semua orang untuk melibatkan diri. Sentiasa beri perhatian bahawa  sesetengah orang mempunyai anak kecil dan golongan ibu bapa yang sudah berumur.
    1. Menganjurkan dan menaja satu komuniti badan amal sebagai aktiviti percutian tuan dengan meluangkan masa secara bersama bagi membantu golongan yang kurang bernasih baik.
    1. Ambil pendekatan yang bersikap lebih terbuka pada pelbagai latar berlakang agama dan perayaan sepanjang musim percutian. Kita seakan sangat mudah untuk lupa bahawa kita datang daripada pelabagai latar belakang dan budaya yang berbeza.
    1. Pastikan semua oranng dapat hadir dan pulang dengan selamat sebelum dan selepas daripada majlis acara tuan. Rancang perjalanan dengan memntia kerjasama daripada syarikat perkhidmatan pengangkutan awam atau teksi.
    1. Selain daripada majlis keraian pejabat, adakan juga majlis penghargaan kepada pelanggan. Minta pekerja untuk menjemput mereka untuk meraikannya bersama tuan.
    1. Anjurkan persembahan pengucapan secara santai dan rakan kerja tuan untuk kongsikan pengalaman melayani dan menyantuni pelanggan yang paling mengejutkan atau yang sukar dilupakan.
    1. Ajak rakan kerja menemani tuan melakukan pusing sekitar bangunan dan kawasan pintu masuk pejabat bagi tujuan pengumpulan derma untuk disumbangkan pada komuniti masyarakat setempat.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA