Pengalaman Merasai Coklat Secara Virtual? | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Sebagai seorang peminat coklat tegar daripada Cherating, Pahang, saya selalu membaca kisah mengenai indvidu daripada pelbagai jenis latar belakang: chef, pemotong daging, tukang roti. Beberapa hari yang lepas saya terbaca satu temu ramah daripada seorang penulis buku berjudul “bean-to-bar”, Puan Megan Giller. Saya belajar tentang bagaimana beliau menghasilkan coklat beliau dari awal proses. Sebelum beliau terus kepada menerangkan pada penonton tentang alatan mesin yang digunakan seperti mesin pengisar dan erober, beliau memulakan penerangan beliau dengan menggunakan alatan pemanggang ayam rotisserie, juicer dan pengering rambut.

coklat

Selamat datang ke dunia “bean-to-bar-chocolate” yang sangat menawan dan sedikit aneh.

Apakah maksud “Bean to Bar”?

 “Bean to bar” bermaksud mereka bermula dengan mengumpulkan bahan biji koko untuk digunaan sebagai bahan asas sejak dari awal proses seperti memanggang, mengisar sehinggalah berubah menjadi coklat yang lazat. Proses ini seakan serupa dengan kaedah menghasilkan kopi. Semenjak itu, Puan Megan mencuba sendiri coklat bean to bar buatan beliau dan beliau menjadi sangat terobsesi dengan hobi baru ini disebabkan:

  1. Ianya adalah coklat paling sedap beliau pernah rasa sepanjang hidupnya.
  2. Orang yang beliau temui dan kisah hidup mereka yang sangat menarik.

Bagaimana Puan Megan memilih coklat?

Beliau sendiri sudah menghabiskan masa lima hingga tujuh tahun untuk meneroka pelbagai jenis coklat yang terbaik di pasaran (ianya adalah satu tugasan yang sukar). Kebanyakannya berasal daripada syarikat kecil bertempat di sepanjang Brooklyn hingga ke Lithuania yang mungkin masih ramai daripada kita belum pernah mendengar tentangnya. Setelah beliau mengambil pengalaman, beliau kemudiannya menjadi individu yang pertama memperkenalkan konsep menguji rasa makanan secara virtual. Beliau sendiri akan mengajar setiap ahli pasukan bagaimana coklat disiapkan, merungkai pada mereka kisah menarik yang kadang kala melucukan menganai syarikat-syarikat kecil ini, dan menerangkan perbandingan dan perbezaan setiap rasa coklat sama seperti tuan lakukan semasa membandingkan serbuk kopi.

Membandingkan Rasa Coklat Secara Online

coklat sedap

Untuk lidah saya, saya memilih sepotong bar coklat yang sudah pastinya antara kudapan yang paling digemari saya. Saya sendiri sanggup datang semula berulang kali semata-mata untuk mendapatkan rasanya semula, dan saya juga yakin tuan juga begitu. Kami mencuba beberapa bar coklat sambil pelajari sejarah disebalik mereka, dan kemudian turut serta dalam beberapa aktiviti permainan yang berkonsepkan coklat.

Saya juga memilih beberapa jenis bar coklat yang membawa kami melalui beberapa pengalaman rasa yang berbeza.

Kami bermula daripada:

  • Tahap kepadatan coklat daripada yang tinggi hinggalah ke rendah
  • Campuran bar coklat kedalam susu (“milk”) dan ke dalam “mylk” (frasa ringkas alternatif kepada “milk”, yang juga merupakan salah satu daripada kudapan kegemaran saya)

Pasukan Puan Megan juga melancong mengelilingi dunia. Perbezaan rasa coklat sebenarnya bergantung kepada lokasi biji koko itu ditanam jadinya mereka juga sudah bercadang untuk melawat ke:

  • Filipina
  • Ecuador
  • Republik Dominika
  • Peru

Bagaimana Mereka Berfungsi Secara Remote?

Apabila tuan sudah mendaftarkan diri ke ujian rasa coklat secara virtual, beliau akan menghantar tuan dan rakan sekerja tuan tiga koleksi bar coklat bersaiz penuh. Kemudinnya beliau akan berjumpa tuan di Zoom pada masa yang telah dipersetujui dan beliau sendiri akan memimpin tuan sepanjang ujian rasa tersebut. Selepas itu, tuan akan terlibat dalam aktiviti permainan yang menyeronokkan, dan sudah tentu, tuan juga akan diberi masa untuk bertanyakan segala soalan tuan berkenaan coklat.


YouTube player

Puan Megan Giller merupakan seorang penulis buku makanan dan penulis buku yang berjudul Bean-to-Bar Chocolate: America’s Craft Chocolate Revolution. Hasil kerja beliau telah diterbitkan di New York Times, Slate, Zagat, and Food & Wine, dan blog beliau Chocolate Noise pernah tercalon sebagai finalis Anugerah Blog Pemakanan Saveur tahun 2016. Beliau juga pernah menjdi pengacara pesta ujian rasa coklat yang mewah, mengajar kelas di Institute of Culinary Education dan juga beberapa lokasi lain dan menjadi juri dalam beberapa pertandingan coklat. Ikuti beliau di Instagram di @chocolatenoise.

Jadi bagaimana pembuat coklat menggunakan pemanggang ayam rotisserie, juicer dan pengering rambut bagi menghasilkan satu coklat yang paling sedap tuan pernah rasa? Mungkin tuan perlu hubungi beliau sendiri dan daftarkan diri dalam kelas ujian rasa beliau untuk belajar lebih lanjut.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA