Pertimbang pengalaman mulakan tugasan daripada perspektif kemasukan pekerja baru.

Semasa mereka menyertai syarikat tuan, mereka perlu menyesuaikan diri dengan peranan, tanggungjawab, rakan sekerja dan rutinitas yang baharu.
Kakitangan baru lebih bersemangat untuk menyumbangkan bakat dan semangat mereka ke dalam syarikat, namun mengetepikan elemen mereka ini akan meninggalkan mereka dalam keadan lemah dan tertekan.
Onboarding, kadangkala merujuk sebagai sosialisasi kepada sebuah organisasi, merupakan siri-siri pengalaman ( termasuklah orientasi pekerja baru) yang membantu lantikan baru tuan.
- Berasa selesa pada hari pertama di suasana tempat kerja baru melalui komunikasi, kemahiran dan ilmu yang diperlukan di tempat kerja tuan.
- Mempelajari dan memahami budaya syarikat tuan.
- Melabur masa melatih kecekapan melengkapkan tugasan harian mereka membantu bisnes tuan mencapai matlamat yang ditetapkan.
- Meluangkan masa untuk fokus pada perkara paling penting kepada setiap jabatan.
- Jambatan hubungan di antara tugasan harian mereka dan matlamat syarikat.
- Pembinaan tapak asas kepada kepuasan pekerjaan dan komitmen kepada organisasi tuan.
- Berhubung dengan kakitangan lain untuk mendapat maklumat dan kerjasama.
Onboarding yang membina hubungan memberi makna pada pekerja untuk mendorong mereka ke tempat kerja setiap hari. Syarikat IBM mendapati semakin baik hungungan sosial diantara perkerja, semakin baik prestasi mereka. Mereka terjemahkan dalam angka data bahawa setiap jaringan kenalan baru bernilai $948 dolar dalam bentuk pendapatan. Jaringan kenalan baru juga mengurangkan kos pusing ganti pekerja dan tekanan, dalam masa ynag sama menaikkan peratusan penglibatan pekerja, motivasi dan produktiviti.
Program onboarding yang terancang adalah sangat penting
Menurut data terkini, satu dalam empat kakitangan baru akan berhenti dalam tempoh 180 hari dan 20% daripadanya akan berhenti dalam tempoh 90 hari bekerja.
Memandangkan generasi tenaga kerja terkini berada dalam keadaan kurang stabil, statistik menunjukkan bahawa 21 peratus generasi Millennials telah menukar kerja dalam tempoh satu tahun. Oleh kerana membawa kemasukan pekerja baru adalah mahal dan menelan masa, program onboarding yang berjaya sekarang menjadi lebih penting berbanding sebelumnya. Hasil kajian yang dilakukan Glassdoor, salah satu lawan web mencari pekerjaan dan merekrut terbesar di dunia mendapati bahawa organisasi yang mempunyai proses onboarding yang berkesan meningkatkan peratusan latihan baru sebanyak 82% dan produktiviti lebih daripada 70%. Kesan pengalaman onboarding yang negatif pada lantikan baru menjadi dua kali ganda kecenderungan untuk mencari peluang ynag lain.
Apakah pendirian kebanyakan organisasi apabila melibatkan onboarding?
Bancian Gallup yang terkini mendapati bahawa hanya 12% pekerja sangat bersetuju bahawa organisasi mereka memnyai program onboarding pekerja baru yang cemerlang.
Kaedah terbaik bagi menyesuaikan lantikan baru yang dapat menjadikan mereka lebih bersemangat adalah dengan membantu mereka untuk memahami diri sendiri. Mencipta persekitaran dimana pekerja mengenal pasti minat dan kepuasan mereka menjadi semakin penting kerana generasi Millennials akan cenderung mengambil alih tempat kerja dan memilih untuk mencari tempat kerja dimana mereka dapat mengekspresikan diri mereka. Malah, ianya lebih penting untuk memperuntukan masa untuk berhubung dengan orang lain dan mengenal pasti kekuatan dan menaikkan keyakinan diri dalam pekerja baru berbanding menerangkan senarai tugasan mereka secara spesifik atau memberi penerangan mengenai peranan sebuah jabatan.
Proses onboarding akan menjadi lemah apabila hubungan yang efektif di dalam sepasukan kerja kumpulan gagal disemai.
Apakah kaedah yang paling mudah untuk mencipta peluang untuk lantikan pekerja baru untuk membangunkan hubungan dengan pekerja sedia ada? Melalui aktiviti team building korporat.
Prestasi pasukan dan motivasi di tempat kerja adalah didorong melalui aktiviti team building kerana individu-individu yang hadir bersama untuk membentuk sebuah pasukan yang memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Mereka memahami kekuatan, kelemahan dan minat setiap seorang. Kesefahaman ini dapat membantu mereka dalam projek semasa dan kerjasama masa hadapan yang sangat penting untuk kejayaan syarikat. Melalui keseronokkan, aktiviti team building yang merangkumi, pasukan dapat membina persefahaman dengan lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah lain. Sama seperti pasukan sukan yang telah berjaya memenangi kejuaraan dan menjadi lebih motivasi untuk berusaha lebih baik untuk memperoleh lebih banyak kemenangan lagi, sekumpulan pasukan kerja yang mencapai kejayaan dalam aktiviti team building akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan prestasi mereka di tempat kerja untuk memastikan pasukan mereka sentiasa menang.
Kolaborasi Tempat Kerja = kejayaan bisnes.
Inovasi, komunikasi dalam pasukan kerja yang bertambah baik dan kretiviti dipupuk apabila orang berasa selesa berada dalam kalangan rakan sekerja mereka. Acara aktiviti team building yang berkesan membawa pasukan kearah penyatuan dan menyumbang pada persekitaran tempat kerja yang kreatif. Aktiviti bersosial dan membuat sahabat baru melalui aktiviti team building adalah salah satu kaedah terbaik untuk menaikkan produktiviti pejabat, menyelesaian masalah dan semangat. Semangat yang tinggi mendorong kepada kualiti kerja yang tinggi.
Pekerja merupakan aset terbesar syarikat
Pasukan yang berjalan keluar daripada pejabat mereka lebih terdedah pada pengalaman baru yang dapat membawa mereka keluar daripada persekitaran dan rutin harian biasa. Kebaharuan ini meransang idea-idea dan perspektif baru. Sekiranya acara team building tersebut menekankan kemahiran penyelesaian masalah , ini membuka peluang untuk bekerjasama secara rasional dan strategik dengan penyediaan latihan yang selamat dan berstruktur kepada pasukan untuk mengambil alih tugasan dengan berkesan apabila berlaku krisis yang sebenar. Team building juga mengurangkan jurang diantara pemimpin dan pekerja. Oleh kerana setiap orang perlu mengatasi cabaran yang sama dalam persekitaran padang permainan yang sama, hierarki di tempat kerja semakin kurang mengambil tempat. Setiap orang dilihat sebagai rakan sepasukan yang memikul beban yang sama menuju kearah kejayaan pasukan.

Team building mendorong kepada manfaat persekitaran tempat kerja yang:
- Menaikkan motivasi
- Menambahbaik komunikasi
- Menambahbaik hubungan rakan kerja
- Mendorong kualiti kerja
- Mendorong motivasi
- Menambah keyakinan diri dalam menghadapi cabaran baru
- Mendorong kretiviti dan inovasi
- Menambahbaik kemahiran penyelesaian masalah
- Mengurangkan persepsi hierarki
Aktiviti team building untuk Onboarding-membelah papan?
Hampir semua manfaat diatas boleh dihasilkan dalam aktiviti team building onboarding: memecah halangan. Aktiviti ini menawarkan kepada para peserta peluang untuk berjaya dalam sesuatu yang selama ini dianggap mustahil… membelah papan mengunakan tangan atau kaki mereka!
Membelah papan memerlukan kawalan mental yang lengkap. Permainan ini melibatkan keberanian untuk membuat hentakan pada sesuatu yang lebih tumpat daripada badan manusia, komitmen datang bersama keputusan, teknik yang betul untuk melakukan maneuver dengan betul, dan konsentrasi untuk memfokuskan tenaga dalam keluasan hanya beberapa inci persegi.
Ketakutan yang dapat dilihat pada semua peserta dalam permainan memecah halangan adalah bagaimana mereka mengumpul keyakinan dalaman untuk mengatasi ketakutan membelah papan tersebut. Kuasa keyakinan ini dapat dirasakan setiap kali papan tersebut terbelah kepada dua bahagian berulang membahawa pada dimensi persekitaran yang baru. Kuasa keyakinan ini ditonjolkan melalui setiap senyuman dan jeritan keseronokkan semasa peserta membelah papan dihadapannya. Suasana persekitaran yang penuh dengan tepukan dan keseronokkan yang dikongsi setiap peserta dalam bilik.
Keyakinan dalaman ini jelas kelihatan pada wajah-wajah peserta disusuli dengan kepuasan yang hadir apabila setiap kali peserta berjaya membelah papan dihadapannya. Perubahan ini dapat dilihat dengan sangat ketara apabila badan seseorang membuat pertukaran pantas daripada perasaan takut kepada yakin. Keyakinan dalaman inilah yang akan mentransformasikan kehidupan mereka sampai bila-bila.