Adakah Anda Sedang Merancang Aktiviti Riadah Bersama? | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Hari cuti persekolahan semakin menghampiri, ini juga bermakna sudah tiba  masanya untuk merancang aktiviti riadah bersama-sama pada hari hujung minggu! Samada tuan sedang merancang aktiviti sukaneka, senaman ataupun mencari hobi permainan baru, sudah tiba masanya untuk keluar daripada rumah dan menikmati cuaca di siang hari! Namun apakah yang tuan dapat lakukan bagi memastikan cuti hujung minggu tuan dimanfaatkan sepenuhnya dengan cemerlang? Kami mempunyai beberapa tip aktiviti outdoor bagi membantu tuan merancang hari cuti hujung minggu tuan!

1) Pilih Satu Tarikh Yang Tidak Membebankan Semua Orang

Mungkin panduan ini dianggap remeh, namun meluangkan masa untuk bertenang dan merancang tarikh yang sesuai untuk semua individu dalam pasukan tuan sebenarnya memberi kesan besar kepada sejauhmana mereka berpuas hati dengan penganjuran acara tuan. Sekiranya terdapat individu yang rasa sedikit terganggu atau risau berkenaan projek mereka yang separuh siap, mereka tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya semasa hari acara sedang berlangsung. Tarikh perjumpaan yang dirancang itu sebaik-baiknya dapat disepakati oleh semua orang bagi mengasingkan diri sebentar daripada persekitaran pejabat, bukannya sebagai halangan daripada menyiapkan tugasan mereka.

Hari yang dicadangkan sudah tentu berbeza daripada satu kumpulan ke satu kumpulan. Sebahagian besarnya bergatung pada corak gerak kerja dalam pejabat tuan. Bagi sesetengah pasukan minggu-minggu terakhir adalah masa yang paling terbaik kerana mereka hanya tinggal beberapa baki projek yang masih dalam pemantauan pada masa itu. Sebahagian yang lain pula mungkin merasakan beberapa hari-hari terakhir tersebut paling susuai untuk merehatkan badan dan mereka rasa sedikit terbeban untuk mengorbankan masa tersebut untuk aktiviti di luar pejabat. Akhirnya, mempunyai pemahaman tentang corak gerak kerja di pejabat tuan adalah amat penting bagi menjayakan acara riadah bersama yang dirancang.

2) Gaya Pamakaian Yang Dapat Disuaikan Untuk Semua Jenis Cuaca

Kebanyakkan masa, mempercayai sepenuhnya maklumat ramalan cuaca sebenarnya agak mencabar, terutamanya ketika tuan cuba merancang hari acara tersebut beberapa minggu ataupun beberapa bulan awal. Oleh kerana itu, tuan tidak mampu meletakkan jaminan seratus peratus keadaan cuaca pada hari tersebut yang dijadualkan untuk aktiviti outdoor samada hujan atau panas.

Semak semula cuaca pada hari sebelum acara tersebut dan pastikan pasukan tuan sudah dimaklumkan awal samada cuaca kemungkinan lebih mendung daripada apa yang dijangka supaya mereka lebih bersedia degan menyiapkan pakaian hujan sekiranya hari tersebut hujan. Galakkan orang ramai untuk membawa sekurang-kurangnya satu pasang baju sejuk supaya mereka dapat memanaskan badan sekiranya hujan turun. Dalam masa yang sama mereka juga diingatkan untuk membawa cermin mata gelap andaikata hari tersebut bertukar panas terik bersama payung hujan sekali.

3) Merapatkan Hubungan Semasa Di Meja Makan

Kaedah ini sangat berkesan, bahkan ahli pasukan yang paling tidak senang antara satu sama lain ataupun mereka yang paling sukar dipujuk untuk meluangkan masa bersama di luar pejabat pun mungkin paling awal bersetuju sekiranya tuan memperkenalkan makanan sebahagian daripada tawaran tuan. Santapan makan malam bersama adalah alat umpanan sosial yang paling berkesan, menikmati juadah hidangan yang enak menjadikan layanan “get-away” tuan seakan seperti di balairong seri istana yang penuh dengan adap dan santun berbanding rasa seperti dipaksa.

Sementara tuan sedang merancang masa untuk makan malam atau tengah hari bersama, jangan lupa semak juga artikel kami tentang team building dan pemakanan yang memperkenalkan idea dengan menggabungkan aktiviti bertemakan team building dan makan sambil sosial bersama.

4) Bersedia Untuk Sebarang Kemungkinan

Merancang persediaan awal merupakan langkah cerdik dan terbaik bagi memastikan program aktiviti riadah yang dirancang berjaya. Pada masa yang sama tuan juga dapat mengubah suasana proses merancang yang membosankan kepada suasana persekitaran yang lebih menyeronokkan! Mengapa tidak berkumpul sekali bersama rakan sekerja di pejabat untuk aktiviti menyenaraikan setiap item yang perlu dibawa melalui pemainan ringkas seperti Scavenger Hunt? Edarkan senarai item yang perlu dibawa (contohnya: botol air, cermin mata hitam, beg pakai buang, alatan bantuan perubatan, makanan ringan) dan sekiranya tuan bercadang untuk menaja sendiri acara riadah outdoor tersebut, senaraikan barang-barang yang diperlukan semasa hari acara tersebut supaya setiap ahli pasukan dapat menyediakannya lebih awal.

Selagi tuan sanggup memulangkan semula wang yang mereka dahulukan, ini merupakan langkah yang praktikal bagi memastikan pasukan tuan lebih bertenaga untuk program aktiviti riadah yang dirancang tuan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya tuan dapat tetapkan tarikh bagi aktiviti scavenger hunt ini beberapa hari sebelum tarikh program acara tersebut dijalankan. Ini kerana, sekiranya tuan terlepas pandang berkaitan apa sahaja, tuan masih mempunyai masa untuk memperbetulkannya.

5) Bangkit Semula Dengan Lebih Kuat

Semasa hari acara program riadah tersebut, pasukan tuan akan membawa pulang kenangan baru bersama dalam masa yang sama membina kemahiran baru yang dapat memperkukuhkan hubungan kerjaya di antara ahli pasukan.

Adalah penting untuk memastikan semangat membangunkan pasuan yang dibawa pulang selepas hari acara riadah tersebut dapat dikekalkan untuk hari atau minggu-minggu yang mendatang.

Bagaimana tuan merancang persiapan aktiviti program riadah tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA