Mari Mulakan Permainan Team Building Yang Menyeronokkan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Setiap minggu merentas seluruh negeri-negeri di Amarika Syarikat terdapat beberapa kumpulan yang masih mengamalkan budaya acara yang dinamakan malam minggu trivia (Trivia Night). Besertakan gelak ketawa dan keseronokkan, acara yang bertemakan pertandingan bersifat persahabatan, acara yang menawarkan kategori menarik seperti musik, movie dan sejarah pastinya menghiburkan setiap peserta yang terlibat melalui acara permainan yang stratergik.

Program trivia dalam persekitaran korporat menawarkan suasana yang sangat menyeronokkan dan yang menggalakkan. Ketepikan apa juga pangkat dan jawatan yang dipengang dalam syarikat tuan, semasa acara trivia tuan semua melibatkan diri secara bersama dalam satu platform bagi merangkul kemenangan.

Di dalam sesuatu organisasi, ramai pekerja yang mungkin tidak sempat mengenali individu meskipun individu tersebut duduk di sebelah bilik mereka. Aktiviti Icebreakers merupakan kaedah terbaik bagi mengelakkan kesipuan dan memberi peluang untuk berkenalan diantara satu sama lain dengan lebih rapat. Salah satu cara yang dapat membantu pekerja untuk lebih mengenali di antara satu sama lain adalah dengan bermain permainan team building yang menyeronokkan yang menonjolkan aspek kehidupan peribadi setiap ahli pasukan yang kebiasaanya jarang ditonjolkan dalam persekitaran kerja yang amat sibuk. Rakan sekerja dapat mengeluarkan beberapa soalan berdasarkan setiap individu yang dimana dapat mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.

fun team building trivia

Permainan Team Building Yang Menyeronokkan Daripada Chron.com

ABC, Ini Adalah Saya

Salah satu cara untuk mengenali rakan sekerja degan lebih rapat dan memahami pegangan falsafah hidup ang menjadi sebahagian daripada karakter mereka adalah dengan melibatkan diri dalam permainan latihan asas yang menggunakan nama mereka sendiri. Setiap pekerja perlulah menulis nama mereka secara menegak pada sehelai kertas dan senaraikan satu patah perkataan yang dapat menggambarkan sesuatu tentang diri mereka secara mendatar bermula dengan setiap abjad pada nama mereka. Menurut “Business Training Works,”(backlink: https://www.businesstrainingworks.com/) ini merupakan salah satu ice breaker yang sangat menyeronokkan dan lebih menarik minta pekerja tuan untuk melukis satu gambar supaya dapat membayangkan setiap patah perkataan dengan lebih jelas.

Telefon

Kembali kepada zaman kanak-kanak permainan “telefon” ini adalah aktiviti ice breaking yang dapat membantu pekerja membangunkan kemahiran komunikasi dalam masa yang sama mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain melalui cara yang amat menyeronokkan. Minta rakan sekerja berbaris dalam satu barisan, samada secara duduk ataupun berdiri, dan peserta yang pertama dalam barisan perlulah membisikkan sepotong ayat kepada individu yang bersebelahan dengan beliau. Kemudian setiap seorang perlu menyampaikan potongan ayat itu tadi kepada individu yang seterusnya sehinggalah maklumat itu dapat disampaikan pada peserta terakhir. Aspek paling menarik dalam permainan ini adalah bagaimana cerita tersebut mungkin difahami secara berbeza berbanding konteks yang asal.

Keluar Beramai-ramai Daripada Pejabat Dan Libatkan Diri Bersama Dalam Permainan

Apabila tiba masanya untuk permainan trivia yang menyeronokkan, kami suka mengambil pendekatan yang menyeronokkan dengan melibatkan semua peserta dengan aktiviti obstacle race di Cherating Lagoona Villa Resort.

Permainan obstacal race ini mempunyai 16 jenis rempuhan halangan yang memastikan semua orang tidak kering gusi melihat aksi setiap peserta. Kami menyambut baik apa juga cabaran yang diketengahkan dan menjamin hasil yang dapat memberikan pengalaman yang hebat kepada setiap peserta yang turut sama melibatkan diri.

Apakah permainan team building yang menyeronokkan yang menjadi kegemaran tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA