
Terdapat satu perkara berkenaan cabaran rumah hantu: lebih separuh daripada elemen ketakutan hadir daripada adegan yang sebenar. Selebihnya hanyalah perasaan ketakutan, rembesan adrenalin yang laju, dan keterujaan yang menyebabkan tangan tuan menggigil dan jantung tuan berdenyut pantas yang berlaku sebelum tuan melangkah masuk bilik lagi. Antisipasi menjangka ketakutan sangat kuat seakan-akan berlaku dalam dunia realiti.
Tuan merengangkan kaki tuan pada setiap penjuru, merapatkan diri ke dinding dan menyelimuti diri bersama-sama sahabat tuan, bangun setiap kali datangnya adegan mengejut yang muncul secara tiba-tiba, suara latar yang menyeramkan kerana hadirnya ketakutan disebabkan ketidakpastian merupakan satu pengalaman yang amat memberi kesan. Malah, elemen ketakutan yang berpunca dari ketidakpastian yang menjadikan rumah berhantu itu amat menyeronokkan. Kita semua sedia maklum bahawa tidak akan ada kecederaan yang akan menimpa kita dalam persekitaran rumah hantu tersebut. Malah, sesetengah persekitaran yang menawarkan ketakutan yang berlebihan dalam skala yang lebih besar akan mempersiapkan kakitangan perubatan yang sudah bersedia di lokasi dan mudah untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlakunya kemalangan yang tidak diingini, namun begitu, elemen ketakutan inilah yang dapat mengikat (engage) kita antara satu sama lain. Kita hadiri tarikan sebegini untuk mengalami sendiri ketakutan dalam suasana terkawal.
Melawan, Melepaskan diri atau Tergamam
Perasaan takut merupakan tindak balas reaksi yang sihat kepada orang gila yang di tangannya memengang sebilah gergaji secara tiba-tiba melompat keluar ke arah tuan daripada tempat persembunyiannya, walaupun tuan menyakini bahawa dia tidak akan mengapa-apakan tuan. Ia adalah naluri mempertahankan diri semula jadi yang dianugerahkan tuhan pada kita seperti seekor harimau yang lompat ingin menerkam tuan, atau anjing yang berlari mengejar tuan yang dapat memberi ancaman sebenar. Tidak balas samada melawan, melepaskan diri, atau tergamam adalah naluri tindak balas yang manusia mempunyai apabila berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.
“Manusia melalui evolusi untuk melawan, melepaskan diri atau tergamam untuk memberi amaran kepada kita terhadap ancaman. Ia membantu kita untuk mengambil tindakan dalam situasi yang tertekan. Tindak balas fisikal ini berbeza-beza— tuan mungkin melarikan diri dari situasi tersebut, bertindak secara impulsif, atau terus tergamam.” [X]

Sementara perasan takut ini memberi reaksi secara normal, ia boleh menyebabkan kita mengelakkan diri dalam situasi yang tiada unsur hidup dan mati. Otak kita boleh mengambil masa yang sukar untuk membezakan situasi sebenar yang mengancam nyawa kita (diburu harimau atau pembunuh gergaji) daripada jenis tekanan hidup yang lain. Tindak balas seperti pergaduhan, melepaskan diri atau tergamam apabila berhadapan perubahan prosedur di tempat kerja atau tarikh akhir menyiapkan tugasan boleh melemahkan kemampuan tuan untuk berfungsi dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Adalah sangat penting untuk memastikan bahawa tuan tidak mengambil keputusan yang berpunca daripada ketakutan. Penolakan terhadapan perubahan, menyelakkan diri daripada situasi yang menakutan tuan atau tergamam kerana tarikh akhir tugasan yang semakin hampir semuanya tidak bagus untuk tuan. Bukan sahaja perkara ini dapat menjejaskan produktiviti tuan, malah tindak balas yang berpunca dari ketakutan akan menghalang keseluruhan pasukan tuan untuk mengambil manfaat daripada perubahan baru, berlapang dada mengenai stratergi baru yang mungkin terbukti memberi manfaat besar dalam masa jangka panjang.
Mendorong Diri Melawan Ketakutan
Realitinya adalah, kaedah bagaimana kita menangani cabaran tidak banyak perbezaannya daripada apa yang kita lalui di rumah hantu. Berpaut teguh pada orang yang rapat dengan tuan dan jalan terus, kerana ketakutan disebabkan ketidakpastian adalah lebih teruk berbanding apa yang sebenarnya sedang menunggu tuan di hadapan.