Bagaimana jika tuan dapat menjadi seorang superhero dan menyelamatkan hari? Sudah tentu hanya dengan berpasukan. Bagaimana Avengers wujud jika tanpa Iron Man? Bukankah Iron Man juga perlukan pertolongan daripada Captain America & Spiderman dalam sesetengah situasi? Sudah tentu!

Hubungan yang hebat ini bukanlah sesuatu yang terjadi secara magik. Ok, mungkin wujudnya sedikit elemen magik yang mengambil tempat, namun sesuatu hubungan mengambil masa, sama sahaja seperti hubungan pasukan lain.
Sepertimana tuan termasuklah sebahagian daripada kumpulan manusia yang hebat hebat, pasukan tuan juga memerlukan persefahaman. Latihan team building dapat mengembalikan semula semangat tuan dan rakan sekerja.
Dalam realiti dunia sebenar, hubungan persefahaman bukanlah sesuatu yang dibuat-buat dan tidak semudah yang disangka. Pada hari pertama berkerja, semasa turut serta dama program menaikkan semangat berpasukan, sebahagian besar orang menzahirkan sifat malu dan suka menyendiri, dan perlukan dorongan daripada kumpulan untuk dapat berkomunikasi bersama rakan sekerja baru. Permulaan yang baik ini amat penting. Latihan berpasukan yang efektif dapat membantu!
Untuk menggalakkan orang mulakan perbualan tanpa menggangu keselesaan mereka, disini adalah beberapa kaedah yang menyeronokkan serta latihan ringan untuk memberi peluang pada ahli pasukan untuk mengenali antara satu sama lain melalui proses team building.
Ini juga merupakan kaedah bagus untuk memperkenalkan aktiviti team building kedalam konferen atau perjumpaan yang seterusnya , seperti School for Spies atau GoTek Spy Hunt.
Sang Penyamar
Peralatan Ice breaking:
- Kad
- Pen (beberapa bilangan pen)
- Tim pasukan (kesemuanya)
Bagaimana untuk “Break the Ice”:
(1) Cipta identiti tersendiri
Kumpulkan semua ahli pasukan untuk menulis nama mereka, dan 3 fakta menarik tentanf diri mereka pada kad yang diteriman. Pastikan setiap pasukan dibekalkan dengan hanya beberapa pen supaya mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk penuhkan bahagian latihan tersebut.
Kebanyakkan mereka akan berfikir, “ Saya akan bangun depan orang ramai dan bercerita mengenai diri sendiri” namun kegusaran mereka hilang begitu sahaja apabila mereka mengetahui bahawa mereka akan membaca kad orang lain. Cara ini lebih efektif dan lebih menyeronokan!
(2) Bahagikan setiap kad secara rawak kepada setiap ahli pasukan
Setiap ahli pasukan akan memengang watak sebagai sebagi seorang penyamar, dan bacakan informasi tertulis di atas kad yang diberikan kecuali bahagian yang mengandungi nama. Contohnya:
Saya graduan university pada umur 24 tahun, saya suka makanan laut, dan saya mahir mengubal lagu. Nama saya ialah…
Selepas setiap pengenalan yang ringkas, tuan punya kad akan bangun, memberi tahu nama mereka kepada ahli pasukan dan tuntut kad mereka semula daripada si penyamar. Ini sangat peting, sekiranya tidak, ahli pasukan akan mendapat informasi yang salah seandainya tersilap orang.
Sekiranya pasukan tuan awal-awal lagi sudah memperkenalka diri mereka, masukkan maklumat palsu bagi mewujudkan persekitaran yang lebih mendebarkan supaya ahli pasukan dapat meneka identiti mereka pada kad tersebut sebelum pendedahan besar diumumkan.
(3) Malu = Seronok
Dengan menyamar sebagai rakan pasukan yang lain, perasaan malu, gusar, dan kesipuan pada hari pertama dapat digantikan dengan rasa seronok, lebih selesa ,mesra dan persekitaran yang interaktif yang merupakan akar tunjang kepada team building yang lengkap.