Budaya syarikat menjadi semakin penting dalam aspek di tempat kerja. Pada era hari ini berbeza seperti lepas, semakin banyak syarikat yang semakin bertungkus lumus menyediakan persekitaran yang menyeronokkan untuk pekerja mereka. Fokus ini telah banyak berubah bagi memastikan mereka merasa gembira, tidak tersisih, dan merasa seronok di tempat kerja. Lagipun, ia merupakan faktor yang besar apabila mereka melakukan pemilihan tempat kerja. Rasa seronok adalah kunci kepada pengurusan yang berkesan dan menambahbaik produktiviti pekerja yang dapat menyumbang secara langsung dalam budaya syarikat tuan. Ia juga dapat menambahbaik kerja pasukan, membina hubungan kepercayaan yang lebih baik dan dapat membantu menaikkan kadar pengekalan.

Langkah pertama adalah dengan mewujudkan budaya syarikat yang menyeronokkan supaya dapat memastikan pekerja tuan benar benar mahu berada di sana. Maksudnya adalah mereka mempunyai dorongan besar untuk datang ke tempat kerja dan seronok dengan tugas mereka. Budaya syarikat memainkan peranan yang penting samada tuan seronok atau tidak merasa seronok di tempat kerja. Adalah sangat penting untuk merasa seronok di tempat kerja dalam masa yang sama mewujudkan persekitaran yang betul dalam pejabat tuan.
Untuk lebih adil, keseronokan di tempat kerja bukanlah seperti yang biasa difahami seperti permainan atau bersantai-santai. Ia mengenai pengalaman yang menyeronokkan yang diterapkan dalam persekitaran tempat kerja dan memastikan semua orang berada dalam muafakat yang sama yang memacu arah tuju syarikat. Pekerja akan menjadi lebih bersemangat sekiranya mereka mereka diberi lebih peranan untuk menyumbang berbanding melakukan pekerjaan semata-mata kerana ia sudah menjadi sebahagian tugasan mereka.
Satu perkara yang tuan dapat usahakan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik adalah dengan memperuntukan masa hanya satu hari dimana pada hari tersebut matlamat utamanya adalah untuk berseronok. Sangat mudah! Luangkan masa untuk merancang satu hari yang dipenuhi dengan aktiviti permainan team building, aktiviti yang membawa keseronokan yang dapat menarik minat semua orang dalam pejabat untuk melibatkan diri, seperti makan tegah hari bersama pasukan dan banyak lagi. Ya, sesetengah pengurus mungkin berpendapat bahawa ini merupakan pembaziran satu hari bekerja, namun tuan akan rasa terkejut bagaimana satu hari yang diperuntukkan seperti ini akan menaikkan tahap produktiviti – lebih daripada cukup bagi menampung untuk satu hari yang hilang itu.
Apabila matlamat tuan adalah untuk mendorong persekitaran kerja dengan budaya yang menarik dimana semua orang mahu kembali ke tempat kerja (dan mereka rasa seronok dengannya), jangan ragu-ragu lagi– kami disini sedia membantu.