Ianya sangat mudah, berseronok di tempat kerja melalui aktiviti berkumpulan dan permainan team building memberi kesan kepada budaya syarikat.
Bukan lagi satu rahsia bahawa memujudkan nilai budaya syarikat yang baik dapat meningkatkan produktiviti secara tidak langsung menjana ROI daripada sudut penyata kewangan. Seperti bagaimana yang nukilkan Tony Hsieh, seorang usahawan internet warga Amarika Syarikat;
“Kebahagiaan itu adalah model bisnes.”
Pada hari ini khususnya, penekanan yang ketara berbanding sebelumnya, syarikat di luar negara seperti di Amarika Syarikat sedang berusaha bersunguh-sungguh untuk menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada pekerja mereka, memastikan mereka kekal bahagia, bergaul, dan merasai keseronokan di tempat kerja. Keseimbangan profesion-kehidupan menjadi kebiasaan untuk syarikat samada syarikat kecil atau besar.
Syarikat di luar negara juga sedang melabur dalam alat kerja yang “menyeronokkan” untuk dimanfaatkan. Fakta lebih 80% syarikat di Amarika Syarikat membuat pengakuan mereka merasakan tertekan di tempat kerja, aplikasi gamified untuk pejabat sedang mengambil alih sebagai keperluan utama perusahaan, bagi membolehkan pekerja dapat menyiapkan tugasan dalam cara kerja yang cekap dalam masa yang sama memberi mereka peluang menikmati keseronokan. Rujuk contoh pengunaan gamifikasi dalam bisnes. Dapatkan inspirasi dan cuba ujinya di tempat kerja tuan.
Jadi sangat penting untuk mencapai keseronokan di tempat kerja, namun untuk benar benar memahami ini tuan perlu benar benar membuat kajian yang lebih mendalam untuk menjawab persoalan apakah yang diperlukan untuk membina sebuah budaya syarikat yang hebat.
Keseronokan hari cuti bekerja tidak sepatutnya terhenti.
Pernahkah tuan mengimbau kembali pengalaman hari pertama tuan mulakan profesion tuan?

Ia terasa sangat ganjil, tuan berasa seronok berada dalam persekitaran baru, tetapi terasa sedikit cemas kerana tuan tidak mempunyai pengalaman melaluinya lagi. Tuan berkenalan dengan semua rakan kerja yang menarik ini, dalam masa yang sama mempelajari latihan tugasan yang diharapkan dapat melatih tuan sebagai pekerja masa depan dimana syarikat dapat bergantung harap. Tuan berasa takut untuk melakukan kesilapan dan tuan sedang memproses banyak maklumat-maklumat baru.
Pada akhir hari, tuan mula bercerita kepada kawan dan keluarga tentang bertapa hebatnya persekitaran ini dan bagaimana tuan bersedia untuk memikul tugasan ini dengan semangat baru.
Pengalaman yang menyeronokkan ini TIDAK sepatutnya berakhir.
Dukacita, selepas beberapa tempoh manusia akan mengalami “burned out” dan ini datangnya ketandusan perubahan dan ketirisan keceriaan dalam suasana pejabat, dalam bahasa yang mudah pekerjaan itu menjadi semakin rutin (tidak mencabar) dan pekerja mula hilang rasa keseronokkan.
Situasi sebegini dapat diubah sekiranya syarikat melakukan transformasi yang berterusan. Berikan pekerja lebih kuasa otonomi, ubahan kedudukan meja supaya dapat menggalakkan orang atau jabatan berbeza bagi mendorong kolaberasi atau anjurkan satu acara di luar suasana pejabat.
Apa jua keadaannya, cari sesuatu yang menggalakkan sikap kolaborasi dan beri peluang pada pekerja untuk merasai keseronokan di tempat kerja.
Wujudkan Suasana Yang Dapat Menyerikan Budaya Syarikat
Cipta suasana yang betul untuk bisnes tuan!
Setiap syarikat mempunyai budaya dan menjadi tangungjawab syarikat tuan untuk mengambil manfaat yang sepenuhnya melalui persekitaran yang diwujudkan. Suasana dan budaya yang mampan membolehkan tuan untuk berkolaberasi dengan mudah dan menikmati keseronokkan dengan orang lain di sekeliling tuan. Beberapa tindakan yang mudah seperti mentranformasikan daripada ruang pejabat yang berbahagi kepada yang konsep lebih terbuka. Mungkin inilah sahaja tindakan yang perlu diambail supaya mereka dapat mengambil manfaat penuh daripada perubahan persekitaran.
Menjadi Pakar Keseronokan di Tempat Kerja
Saya pasti tuan pernah dengar tentang budaya syarikat Mecca yang dikenali sebagai Googleplex.

Jadi adakah tuan tahu Google sedang merevolusikan industri “orang operasi” dengan cara penggunaan data untuk mengkaji kaedah berbeza untuk memastikan pekerja mereka rasa seronok?
Ianya agak sedikit kompleks, namun jika tuan tahu sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam industri teknologi merekalah individu yang pertama untuk memaklumkan tuan bertapa pentingnya data dalam terma mencari solusi apabila berdepan dengan masalah. Namun begitu, tuan mungkin tidak mempunyai keupayaan seperti syarikat Google, tetapi terdapat banyak lagi kaedah baru bagi mengenalpasti bagaimana untuk mewujudkan suasana yang lebih baik dalam pejabat tuan.
Syarikat teknologi sudah menjadi perintis kepada “keseronokan di tempat kerja”, selepas mereka mendapat banyak manfaat daripada budaya syarikat yang kukuh. Mereka telah mengeluarkan pelbagai idea gila untuk menjadikan tempat kerja mereka lebih baik; gelongsor, meja pool, fasiliti sukan, bahkan tempat tidur untuk berehat. Apapun yang sebenarnya mereka lakukan adalah untuk menilai tentang pekerja mereka dan mengenal pasti apakah yang mendorong minat mereka.
Adakah Tuan Menikmati Keseronokan di Tempat Kerja?
Apakah pendapat tuan adakah menikmati lebih keseronokan akan mempengaruhi budaya syarikat? Adakah tuan fikir aktiviti berkumpulan dan permainan team building dapat menggalakkan produktiviti? Maklumkan pada kami di ruang komen di bawah.
Ayuh buat Team Building syarikat anda di Lagoona Resort