Kesan pemanasan global sudah mula memberikan kesan pada dunia hari kini. Akhinya terpulang pada kita untuk melakukan perubahan mengenai perkara ini. Kami mempunyai beberapa panduan yang suka kami kongsikan bersama tuan mengenai idea dan tips untuk kempen “go-green” di pejabat! Ingat: Setiap usaha yang kecil dapat membantu.

Menyesuaikan diri melalui sikap mesra alam di tempat kerja boleh menjadi agak mencabar. Mengapa? Ini kerana sebahagian besar ruang pejabat banyak digunakan sebagai ruang penyimpanan pelbagai peralatan. Namun begitu, ia tidak bermaksud tuan tidak mampu untuk menyumbang melalui kehidupan harian tuan yang dapat sama-sama membantu persekitaran kita dalam masa panjang!
Disini terdapat beberapa idea:
Kitar Semula
Panduan ini sangat mudah untuk terus diamalkan. Sediakan sebuah bekas sampah yang diletakkan bersebelahan dengan tong sampah yang bertandakan “kitar semula” dan tuan sebenarnya sudah berjaya mewujudkan persekitaran pejabat yang mesra alam, pilihan mengurangkan sampah. Pada masa ini, kadang kala orang gagal untuk memasukkan barang kitar semula mereka dalam tong yang sudah ditandakan walaupun ianya sudah tersedia di hadapan mata mereka. Jesteru itu, buat satu pengumuman yang mungkin dapat mendorong orang ramai supaya bersama-sama menjayakan misi kitar semula ini bersama-sama!

Cadangan tambahan yang lebih efisen adalah dengan menganjurkan pertandingan bersifat persahabatan. Mungkin tuan mempunyai beberapa tong kitar semula yang di letakkan sekitar pejabat– kumpulan manakah dapat memenuhinya paling cepat? Adakah mereka akan menerima apa-apa saguhati? Mungkin sebuah majlis makan ais krim bagi menghargai sumbangan mereka dalam pejabat? Pada masa ini, terdapat pelbagai insentif yang mudah dapat dilakukan!
Pengunaan Google Docs

Pernahkah tuan terlintas dalam pemikiran tuan berapa banyaknya kertas yang tuan dapat jimatkan sekiranya tuan kongsikan semua dokumen tuan di internet berbanding kaedah tradisional? Sekiranya mampu, cuba kongsikan dokumen yang berkaitan bersama rakan sekerja melalui internet berbanding kaedah pencetakan! Bukan sahaja tindakan ini akan dapat menjimatkan kertas tetapi ia juga akan menjimatkan ruang meja tuan yang bertimbun dengan bahan kertas yang banyak.
Membeli beberapa peralatan makanan
Dapur adalah tempat untuk pengumpulan banyak sisa sampah sarap yang terbuang. Beli beberapa peralatan penyimpanan makanan, cawan dan pinggan mangkuk bagi keperluan makan tengah hari yang dapat menjimatkan sisa sampah sarap yang bertimbun dalam kawasan dapur, TAMBAHAN PULA tuan tidak perlu untuk sentiasa mengingati diri untuk mengumpulkan pinggan mangkuk pakai buang tuan setiap hari (Sebelum saya terlupa. Semak lebih banyak informasi tentang makan tengah hari sambil go-green di sini!)
Penjimatan Elektrik
Jangan lupa untuk mematikan lampu dalam ruang pejabat tuan sebelum tuan meninggalkan kerja pada setiap hari. Juga, jangan lupa untuk mematikan komputer tuan atau barang elektronik yang lain selepas selesai digunapakai. Cabut peranti yang tudak digunakan juga dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik yang besar. Meskipun alatan ini disambungkan pada peranti ia masih mengunakan apa yang di panggil sebagai “phantom electricity.” Ini adalah pembaziran elektrik berharga yang tiada manfaat yang menyebabkan bil elektrik tuan naik tinggi.

Buat satu nota-tampal sebagai peringatan untuk ditampalkan pada pintu pejabat atau pasangkan peringatan pada telefon tuan yang berfungsi sebagai alat pembantu untuk mengingati perkara-perkara ini!
Idea Lain:
- Berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesan karbon.
- Langgani majalah/ surat khabar online berbanding tradisional.
- Maksimumkan ruang pejabat tuan melalui pencahayaan semula jadi bagi mengurangkan penggunaan elektrik.
Dalam masa yang sama semak program team building kami!
Bagaimana pasukan tuan go-green dalam pejabat? Apakah langkah yang sudah dilaksanakan dalam pejabat tuan?