Antara aktiviti team building yang kami suka untuk promosikan adalah mengalakkan pelanggan kami untuk memberi sumbangan dan membantu komuniti setempat mereka. Adalah lebih baik jika kita dapat membantu syarikat fokus pada tanggungjawab sosial syarikat mereka yang sebenarkan memberi kesan besar berbanding menawarkan inisiatif yang tidak jelas. Sebahagian daripada keseronokkan pada kami adalah mencipta idea idea baru dan memikirkan program baru untuk menggalakkan syarikat korporat memainkan peranan mereka untuk terus menyumbang pada komuniti.
Salah satu idea terbaru kami namakan sebagai Beg Harapan– nama asalnya diubah daripada ‘Beg Sumbangan’ kerana kami merasakan nama baru ini ‘Beg Harapan’ lebih menepati matlamat kami secara menyeluruh. Mengapa? Kerana pada terasnya, harapan inilah yang menjadikan hati dan jiwa kita rasa dipenuhi , harapan yang membolehkan kita membayangkan masa depan yang lebih cerah dimana semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan, dan harapan inilah yang mentedarkan kita apa jua situasi yang kita sedang berada sekarang ini, bukanlah bermakna kita akan kekal terperangkap selamanya.
Beg Harapan merupakan idea kami khusus untuk program team building sambil beramal yang mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada wanita ibu tunggal yang daif dengan memberi sumbangan beg baru atau lama yang dipenuhi di dalamnya dengan barangan keperluan dengan harapan dapat meringankan beban mereka. Tuan semestinya dapat bayangkan rasanya bagaimana jika tuan menerima beg baru bukan? Sebab itu, kami merasakan bahawa semua orang harus diberi peluang untuk merasai pengalaman tersebut, khususnya pada mereka yang sedang mengharungi kesusahan. Kebanyakkan ibu tunggal yang bakal menerima beg ini adalah ibu yang menjaga anak kecil mereka dalam masa yang sama berusaha mencari pendapatan. Adalah sangat indah jika difikirkan andai sebuah beg tangan yang ringkas yang dibawa ke sesi temuduga kerja berpontensi mengubah kehidupan mereka.
Sepanjang proses mengumpul beg-beg tersebut, pasukan tuan akan belajar tentang cabaran kesaksamaan yang wanita hadapi selama bertahun-tahun dalam masa yang sama melibatkan diri dalam kerja berkolaborasi secara berpasukan.
Beri peluang pada pasukan tuan untuk mengambil pengalaman beramal dan sukar dilupakan melalui acara team building ini kerana pasukan yang menyumbang bersama, membangun bersama.
