
Cuti sekolah semakin sampai ke penghujung, terpapar keceriaan dikalangan anak anak muda harapan negara ini untuk menghabiskan cuti dan kembali semula ke sekolah.
Keceriaan awal untuk bersekolah sentiasa menakjubkan saya. Mengapa pelajar senior seakan tengelam dalam suasana , sementara anak anak yang baru mendaftar sekolah nampak seperti lebih bersemangat?
Mengekalkan elemen keseronokan adalah kunci dalam kejayaan pasukan. Namun begitu, bagaimana tuan lakukannya? Dari manakah keseronokan ini datang?
Sangat mudah, ahli pasukan sedikit sebanyak terkesan oleh tempoh masa bekerja, mereka menyumbang tenaga kepada rakan sekerja mereka juga. Oleh itu sebagai pemimpin, kemampuan mengekalkan tenaga optima adalah penting bagi kejayaan pasukan untuk jangka masa panjang. Di bawah ini terdapat beberapa panduan untuk sentiasa kekalkan prestasi tenagan pasukan tuan di tahap pada tahap paling tinggi.
Kawan Baru
Ambil sedikit masa bagi meraikan rakan kerja baru dengan memperkenalkan mereka, ahli pasukan baru dapat menjadi elemen pada kecerian dan persekitaran yang baru. Rakan kerja yang baru ini (melalui amalan kaedah pengambilan pekerja yang bagus) dapat memberikan nafas dan semangat baru pada pasukan. Mereka dapat membawa perpekstif yang baru, idea baru, soalan baru, dan dinamik baru. Pelawa mereka ke dalam pasukan agar mereka dapat menjadi kekuatan dan kualiti baru pada pasukan bagi mendorong prestasi mereka melalui hubungan yang mampan.
Tambahan lagi, sambutan “budak baru” ini adalah peluang untuk menjuarakan pasukan. Luangkan masa di awal perjumpaan bersama pekerja baru untuk berkongsi tentang kejayaan pasukan semasa dan yang lepas, dan manfaatkan peluang ini untuk berkongsi perancangan projek yang diusahakan pada masa hadapan, dan bagaimana semua orang dapat saling berhubung dan bantu antara satu sama lain (termasuk mereka). Ini sebenarnya merupakan bentuk penghargaan kepada mereka yang telah berjaya melengkapkan tugasan dengan cemerlang, dan pada masa yang sama dapat memfokuskan perhatian pasukan kepada perancangan inisiatif yang akan datang supaya mereka dapat melibatka diri mereka secara langsung.
Pengurusan Bilik Darjah
Lazimnya tempoh masa yang diambil adalah 21 hari untuk tranformasikan tindakan kepada tabiat. Idea menlazimi sesuatu tindakan sehingga mejadi tabiat adalah sangat efektif. Membantu pasukan supaya dapat membina budaya pasukan“yang bertenaga” memerlukan kesedaran daripada pemimpin itu sendiri. Ambil masa 20 minit untuk melakarkan skrip bagi 28 hari yang akan datang. Fikirkan kaedah bagaimana pasukan dapat melakukan penambahbaikan serdahana selama 28 hari berikutnya ? Contohnya, anjurkan perjumpaan dalam pejabat tuan dan tranformasikannya kepada bilik mengopi atau terangkan sepuluh tingkah laku positif yang tuan harapkan daripada ahli pasukan bagi memacu kejayaan projek. Perkara-perkara kecil sebegini yang kebiasaanya dapat memberikan kesan besar yang berpanjangan.
Tugasan Pelajar
Selepas tuan telah merancang idea bagaimana untuk memberi nafas semangat baru pada pasukan tanpa pengatahuan mereka, sekarang fokus pada budaya baru tersebut melalui kepimpinan tuan supaya model kepimpinan ini dapat dikongsi pada semua. Ambil masa 20 minit dan skripkan bagaimana tuan akan membimbing atau membuka peluang kepada orang lain untuk mempelajari seni memulihkan semangat. Tubuhkan ahli pasukan yang bakal memimpin, latih mereka tentang stratergi penghargaan dan pengiktirafan, mulakan dengan program pengiktirafan rakan sebaya (contohya: pada awal perjumpaan setiap orang perlu kenal pasti satu peristiwa yang mereka lihat rakan sekerja mereka lakukan yang memberi manfaat pada projek). Kongsikan usaha baik mereka bersama rakan pasukan yang lain dan beri penghargaan pada mereka atas usaha yang mereka ambil.

Alat Permainan Baru
Jangan sesekali memandang remah kemampuan alatan permainan baru. Kanak kanak merasa seronok apabila berada dalam kedai permainan… bagi orang dewasa pula kedai alatan, pakaian , dan alat tulis contohnya. Keupayaan permainan “baru” atau alat kerja dapat dimanfaatkan sebagi sumber semangat baru mereka. Anjurkan sebuah acara ketika permainan baru tersebut diperkenalkan, beri penjelasan yang kerap pada awal permulaan tentang manfaat diperoleh daripadanya sesama rakan sekerja, dan pastikan tuan juga ambil peluang ini untuk pamerkan barang baru kepunyaan tuan kepada rakan sekeliling. Siapa yang kata permainan hanyalah untuk kanak kanak sahaja?
Ambil Rehat Secukupnya
Antara pengalaman menyeronokkan di seolah adalah pada waktu rehat makan tengah hari. Pastikan tuan meluangkan masa bagi memberi peluang pada pekerja staf berundur seketian dan merehatkan diri. Mungkin dapatkan tempahan untuk dapatkan masa rehat yang lebih panjang (contohnya company retreat) dalam masa yang sama ambil kesempatan waktu rehat yang pendek ini bagi memulihkan tenaga (contohnya: waktu rehat makan tengah hari, ice breaking pejabat secara rawak untuk keseronokan). Sediakan aktiviti ringkas yang dapat memulihkan semula tenaga semasa perjumpaan ringkas ini.
Setiap kali pasukan dapat berkumpul bersama adalah peluang terbaik untuk terus berkembang. Terdapat beberapa aktiviti mudah yang tuan dapat lakukan dalam perjumpaan ringkas termasuklah: semua orang memberi jawapan kepada soalan terbuka seperti… “Jika tuan dapat menghabiskan RM500 untuk apa apa sahaja, bagaimanakah tuan membelanjakannya…atau tuan juga boleh dapatkan ahli pasukan melakukan ringkasan ringkas mengenai asal usul mereka, tempat mereka belajar, hobi dll. Keseronokan tambahan serti berkenalan antara satu sama lain adalah kunci dorongan yang bertenaga yang akhirnya akan tersebar dan berkekalan.
Take some time to connect with others who are in similar positions to find out what they are doing with their staff. Sharing ideas and tools can be a real game changer for leaders. You will gain insight, energy, and ideas to bring back to your team. Go spend some time at professional associations, local networking groups, and colleagues within your firm. Just a note of caution… don’t spend too much time in the “staff room” there are plenty of disgruntled leaders out there, and you don’t want anything to do with that energy!
Bilik Staf
Luangkan sedikit masa untuk mengenali orang lain yang berkongsi kedudukan yang sama untuk mengatahui apa yang mereka lakukan bersama pekerja mereka. Berkongsi idea dan alatan dapat menjadi game changer yang sebenar dari sudut kepimpinan. Tuan akan dapat wawasan baru, semangat, dan idea untuk dibawa pulang untuk dikongsikan dengan pasukan tuan. Sekali sekala luangkan masa melalui penglibatan dalam persatuan profesonal, kumpulan jaringan setempat, dan rakan sekerja dalam syarikat tuan. Sebagai catatan peringatan … jangan luangkan masa terlalu lama dalam “bilik pekerja” terdapat banyak ketua yang “disgruntled” di luar sana, dan tuan tidak perlu elakkan diri sendiri daripada tenaga yang negative seperti itu!