8 Tips Untuk Bisnes Kecil Bagi Jualan Musim Perayaan Yang Berdaya Saing | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Para peniaga sedang membuat persediaan limpahan pelanggan diantara perbelanjaan untuk persediaan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Adha. Mulai tahun 2010 idea disebalik ibu segala kempen ini adalah dengan mengalihkan fokus Jualan Hari Raya Aidul Adha  jauh daripada promosi kebiasaan seperi harga runtuh dan perbelanjaan online. Sebaliknya, pada hari ini, mereka mensasarkan untuk meraikan pengusaha tempatan dalam komuniti kita dan mendorong kita supaya berjimat cerpat.

Bagi pengusaha kecil, ini merupakan langkah terbaik untuk mulakan musim percutian dan menutup tirai tahun baru tuan dengan lebih cemerlang.

1. Tawarkan Nilai Yang Berbaloi

Kaedah terbaik bagi menarik perhatian orang ramai kepada pengusaha kecil adalah untuk mempamerkan pada mereka bahawa tawaran tuan lebih baik berbanding “pemain besar”. Jalankan promosi melalui item istimewa atau kempen jualan menghabiskan stok secara besar-besaran. Adakah tuan mempunyai kedai online? Pertimbangkan untuk menurunkan kos bagi tempahan belian pada hari tersebut untuk nampak lebih menarik bagi pasaran yang lebih luas.

2. Promosi Jualan Laluan Berjalan Kaki Di hadapan Kedai

Ini merupakan langkah terbaik untuk menarik pelanggan terutamanya yang masih tidak menyedari kewujudan tuan atau belum pernah melangkah ke dalam kedai tuan. Susun beberapa meja bersama beberapa barangan terpilih yang tuan mahu tawarkan di laluan berjalan kaki di luar kedai tuan dan dapatkan seorang pekerka tuan untuk bertugas di luar untuk melayan pelanggan. Malah andai kata pelanggan tidak berminat sekalipun tentang barang yang dipamerkan di luar, ini merupakan peluang terbaik untuk memujuk mereka untuk masuk ke dalam kedai untuk melihat produk-produk tuan yang lain.

3. Jadi Lebih Sosial (Bukan Hanya Online)

Mempromosikan diri sendiri di media sosial semasa jualan musim perayaan adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk menjadi individu yang menarik juga! Pastikan tuan dan pasukan tuan berada dalam kedai dan bersedia untuk melayan pelanggan. Jadi seorang yang peramah dan meraikan pelanggan tuan, dan berbual-bual bersama pelanggan tuan di luar skrip jualan yang biasa digunakan.

4. Lancarkan Sesuatu Yang Baru

Ambil peluang ini untuk memperkenalkan produk baru! Bukan sahaja tuan akan dapat memanfaatkan kempen kesedaran bisnes serdaha kecil ini untuk memastikan pelancaran tuan berjaya, malah tuan mempunyai peluang mencuba topik perbualan baru bersama pelanggan tuan. Melalui kaca mata pelanggan pula, keseronokkan melihat item baru pada jualan musim perayaan mejadikan mereka merasa lebih istimewa.

5. Rancang Satu Acara Menarik Dalam Kedai Pameran

Menganjurkan satu acara menarik dalam kedai pameran tuan merupakan langkah terbaik untuk menarik bakal pelanggan untuk datang dan melibatkan diri dalam tawaran yang dilakukan tuan. Mewujudkan aktiviti mesra kanak-kanak untuk pelanggan yang datang berkeluarga untuk melibatkan diri bersam-sama merupakan kaedah terbaik untuk membezakan tuan daripada bisnes lain. Pamerkan sikap kemasyarakatan tuan dengan mengalukan pelanggan tuan untuk meraikan bandar tuan melalui aktiviti dekorasi lukisan mural!

6. Raikan Pelanggan Setia

Gunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih pada orang yang memastikan bisnes tuan bertahan sepanjang tahun. Pertimbangkan untuk memberi tawaran berbentuk kod promo kepada semua orang yang membuat pembelian ulangan hinggalah ke jualan musim perayaan. Bukan sahaja ia akan menggalakkan orang ramai untuk kembali pada hari istimewa tersebut, malah ia juga akan membuatkan mereka lebih dihargai untuk sepanjang masa yang mereka luangkan bersama tuan.

7. Jual sedikit, banyakkan berkongsi

Ini termasuklah melalui media sosial sebagai penambahan kepada perbualan dalam kedai pameran. Daripada mengfokuskan produk tuan, kongsikan pengalaman pelanggan tuan yang sudah mencuba produk tersebut. Benarkan pelanggan untuk mencuba produk dalam kedai, dan biarkan mereka membelek-belek. Kongsikan gambar acara dalam kedai pameran tuan ke media sosial dan biarkan bakal pelanggan melihat sendiri fungsi produk tuan.

8. Dapatkan Rakan Kolaborasi!

Hari Jualan Perayaan merupakan peluang terbaik untuk bisnes kecil untuk kolaborasi bersama! Sekiranya tuan sedang mengusahakan bisnes butik serdahana kecil, pertimbangkan untuk menawarkan kedai kopi samada mereka mahu bekerjasama. Tuan menjual beberapa barangan kedai mereka, dan mereka menjual pula beberapa barangan di kedai tuan! Cari orang bisnes yang “like-minded” dalam pasaran yang berbeza dan kenal pasti bagaimana tuan dapat bekejasama. Pelanggan sedang kenalpasti untuk menyokong bisnes komuniti mereka akan merasa seronok dengan kebersamaan ini.

Apakah tuan mempunyai apa-apa kisah Jualan Musim Perayaan Yang Lain? Kongsikannya bersama kami!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA