Idea untuk Membangunkan Komuniti Masyarakat Setempat Anda | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Memperkasakan komuniti masyarakat setempat secara aktif merupakan elemen penting bagi kejayaan organisasi tuan. Dapatkan inspirasi tentang kepentingan pembangunan komuniti setempat dan panduan untuk tuan mengambil langkah pertama. Jadikannya sebagai usaha berpasukan dan lebih penting lagi, jadikan ini sebahagian daripada keseronokkan baru!

Acara amal kebajikan adalah cara terbaik untuk menawarkan diri dan menyumbang kembali kepada masyarakat komuniti setempat. Terdapat pelbagai peluang untuk menjayakan program ini. Sebarang usaha yang disumbangkan dapat memperkasakan dan menjalinkan jaringan hubungan bersama komuniti masyarakat setempat tuan. Ianya adalah semudah mengutip sampah di kawasan laluan pejalan kaki. Beri sumbangan mengikut keupayaan tuan dan saksikan transformasi komuniti masyarakat tuan.

Tambahan lagi, sikap rajin menyumbang kebaikan pada komuniti tuan, komuniti tuan juga secara tidak langsung akan membalas kebaikan tuan juga! Melalui kerjasama ini tuan sebenarnya sedang meluaskan networking dan menaikkan kewujudan bisnes tuan dalam masa yang sama membangunkan komuniti setempat tuan agar lebih mampan. Kebanyakkan orang malah termasuk kanak-kanak dapat mencontohi sifat baik tuan dan mungkin lama kelamaan mereka cenderung untuk turut serta dalam kerja kemasyarakan tuan ini. Semakin ramai semakin meriah!

komuniti masyarakat yang baik membentuk negara yang sejahtera

Kumpul bersama dengan pasukan tuan selepas kerja dan cuba beberapa aktiviti ini di lokasi berhampiran tuan. Kemudian hari tuan akan menyedari melalui penglibatan dalam aktiviti kebajikan amal sebegini sebenarnya dapat mendorong dan menaikkan motivasi di pejabat.

Idea Aktiviti untuk Komuniti

Lokasi/kawasan berkumpul yang popular:

Cuba Bayangkan…

…andai kata semua orang memperuntukkan sebahagian masa mereka untuk turut serta membantu bagi mencapai satu matlamat, bertapa banyaknya kejayaan-kejayaan yang bakal dicipta terutamanya pada kawasan-kawasan yang memerlukan lebih tumpuan. Untuk memastikan misi ini berjaya, terdapat banyak syarikat yang menawarkan insentif untuk sukarelawan amal! Peserta ditawarkan melalui pendapatan tambahan seperti cuti bergaji apabila melibatkan diri dalam kerja-kerja amal, yang dapat menyumbang pada keterikatan pekerja (employee engagement), team building yang semula jadi, dan pengekalan pekerja. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang sibuk dengan jadual harian/kerja.

Apakah langkah tindakan pertama tuan? Apakah matlamat paling bermakna bagi tuan dan syarikat tuan yang berbaloi untuk diperjuangkan? Kumpulkan pasukan tuan di tempat kerja dan lakukan perubahan pada komuniti masyarakat setempat tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA