Hijaukan Lanskap | Idea Team Building Mesra Alam Yang Meriah

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Hijaukan Pejabat tuan.

Mungkin hari ini tuan sudah berkongsi kenderaan ke tempat kerja, mahu juga hijaukan pula lanskap di tempat kerja tuan? Ini merupakan perkara-perkara yang tuan dapat lakukan dengan bertemakan Go Green.

Taburkan beberapa biji benih dalam bekas seperti pasu sekitar kawasan meja tuan, mengunakan bahan baja semulajadi dan lihat ia tumbuh. Program Go-Green tidak terhad di rumah, malah mensuburkan persekitaran hijau sekeliling kerusi pusing tuan boleh menjadi agak…mencabar.

Tuan tidak perlu menjadi seorang pengurus untuk memperkenalkan nilai mesra alam atau Go Green di tempat kerja dan mendorong perubahan. Jika tuan mahu pasukan tuan bersatu dalam masa yang sama selamatkan planet ini, kami mempunyai beberapa cadangan untuk membantu tuan mengambil langkah yang pertama.

Hijaukan persekitaran tuan. Jika tuan mampu lakukannya, mulakan dengan perabot yang bagus, pencahayaan yang bagus, dan pengudaraan yang bagus:

  • Perabot yang dikilangkan menggunakan bahan kitaran dan bahan yang boleh dikitar semula. Dapatkan syarikat pengeluar yang telah mematuhi protokol Cradle-to-Cradle.
  • Gantikan mentol jenis pijar dengan L.E.D.
  • Pastikan pengudaraan yang baik dan mengunakan cat yang mengandungi bahan VOC yang rendah.
  • Jika tuan mahu lakukan lebih daripada itu, dapatkan maklumat mengenai meja terrarium .

Adakah pejabat tuan sudah siap sepenuhnya? Tidak mengapa. Jangan pula buang semua barang yang tuan sudah miliki. Tindakan ini akan membawa kepada lebih pembaziran.

Sudah tiba masanya untuk idea team building mesra alam– pertandingan Go-green!

Ia sangat mudah malah semua orang juga dapat turut serta dalam mengambil bahagian.

Mulakan: Sediakan pasukan tuan dengan senarai langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadikan persekitaran mereka lebih mesra alam tanpa membuang sebarang item.

  • Bawa masuk cawan, gelas, mangkuk,set peralatan, dan apa-apa item yang berkaitan pada meja kerja individu yang dapat menaikkan tarikan personaliti dan megurangkan pembaziran.
  • Tambah lampu meja LED pada setiap runag kerja.
  • Hiasi dengan tumbuh-tumbuhan, alat berkuasa solar, dan alatan pejabat yang mesra alam.
  • Cadang kaedah terbaik untuk mengumpul bahan sampah kitar semula.

Setiap ahli boleh bekerjasama secara pasukan ataupun secara individu. Tuan boleh juga menetapkan satu tema (cth: upin dan ipin), tetapkan matlamat spesifik ( cth: setiap meja perlu mempunyai sebuah cawan kitar semula) dan lihat siapakah yang mendapat markah tertinggi. Kebanyakkan masa, mereka akan merasa seronok!

Senaraikan barisan panel yang tidak berat sebelah untuk mengadili markah setiap kawasan kerja pasukan dalam skala 1-10.

Minggu Mesra Alam: Agihkan kawasan yang telah ditetapkan kepada setiap pasukan (termasuklah ruang meja mereka atau kawasan bersebelahan yang dikongsi bersama). Melainkan terdapat sebarang pengecualian diumumkan, item-item berikutnya mestilah dipadamkan setiap malam:

  • Komputer / laptops
  • Monitor
  • Lampu pejabat, lampu lorong, lampu dapur.
  • Mesin fotostat
  • Mesin Fax
  • Mesin kopi
  • Microwaves
  • Pelbagai alar dapur elektronik
  • Lapu bilik air

Setiap malam, lantik seorang “pemantau” atau ahli pasukan pemantau untuk melakukan pemeriksaan kawasan. Bagi setiap item yang tidak dikecualikan sekiranya terlupa untuk dimatikan, pasukan yang bertanggungjawab kehilangan satu mata. Lakukan dalam suasana yang menggalakkan, dan beri tambahan bonus ini:

  • Setiap tumbuhan yang subur sepanjang minggu= +1 mata bonus
  • Setiap barang kitar semula yang dibawa dalam pejabat= +1 mata bonus

Dan pemenangnya adalah… Kemuncak kempen Go-Green boleh dimeriahkan dengan penutupan majlis istimewa seperti makan tengah hari bersama dimana pemenangnya akan diumumkan dihadapan semua orang. Berikan ganjaran pada pasukan yang menang dengan sesuatu yang menyeronokkan dan bermakna!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA