DIY Idea Team building yang berkesan| Icebreaker Pejabat

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Setiap kali tuan berada dalam suasana baru dan ketua event sedang mengetuai aktiviti icebreaker, adakah tuan rasa seperti sebahagian besar peserta di dalam bilik, menguap dan tidak bersemangat?

Dalam banyak situasi keadaan, untuk saya secara peribadi khususnya, perkara ini seringkali terjadi. Semasa saya berada di hari orintasi kolej di Kolej Matrikulasi Johor kami melakukan beberapa icebreaker dan sebahagian besar kumpulan menjadi seakan sedikit tenggelam dan hilang fokus.

Sudah tentu kerana ianya merupakan hari orintasi kolej saya dan saya tidak belum lagi mengenali rakan rakan baru, jesteru itu saya berpura pura di mana saya berasa begitu seronok dengan icebreaker itu. Tapi hakikatnya saya sebenarnya sangat berminat aktiviti icebreaker.

Icebreaker adalah cara terbaik untuk mengenali individu berkongsi minat yang sama seperti tuan- seperti seorang kanak kanak yang sukakan rancangan Cartoon Network, yang dimana saya sudah berhenti menontonnya dan berborak dengan sahabat baik saya itu setiap kali saya tersempat dengannya semasa di kampus.

Ice breakers juga merupakan salah satu cara terbaik untuk berkenalan dengan individu yang memiliki bakat yang unik. Contohnya, semasa aktivtiti icebreaker di sebuah event persatuan semasa cuti semester, saya diperkenalkan dengan seseorang yang dirangkingkan sebagai #4 dalam negara untuk sukan esport bagi permainan game DOTA.

Sudah tentu peluang untuk saya lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu yang baru itu sangat terhad sekiranya saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti icebreaker.

Adakah tuan percaya dimana sebahagian besar orang sebenarnya rasa kurang selesa dengan aktiviti icebreaker- ataupun adakah mereka mungkinan terlalu menekan diri sendiri semata-mata kerana hanya menuruti tindakan kebanyakkan peserta lain, sama seperti yang dialami saya?

Namun begitu, sekiranya tuan mendapati bahawa tuan menghadapi masa yang sukar untuk memujuk pasukan tuan untuk bersama dalam aktiviti ice-bereaking, mungkin tuan perlu fikirkan menambahbaik kaedah menjalankan icebreaker tersebut.

Ambil kaedah yang lari dari kebiasaan, selain menyatakan “Hi nama saya afiq, saya berumur 28 tahun , dan warna kegemaran saya adalah biru…” cuba kaedah lain menggunkan empat idea yang disenaraikan dibawah. Ini sudah tentu dapat mendrong pasukan tuan untuk keluar daripada inner zone masing masing dan kepada suasana tempat kerja yang dimana mereka dapat membuat bonding dan membina hubungan sesama rakan sekerja.

4 Icebreakeers ofis yang efektif

#1 Sukakan-nya. Pinkan-nya. Pakaikan-nya.

Idea kami untuk icebreaker ini adalah apabila semua orang berjalan memasuki bangunan ofis pada waktu pagi, mereka perlu memilih satu pin daripada sebuh bakul yang sudah tersedia. Caranya adalah, setiap kali seseorang datang dekat atau menghampiri meja anda atau berjumpa anda di kawasan dapur, mereka dapat menyedari pin yang tuan pilih untuk dipakai dan dapat memulakan perbualan dengan tuan tentang pin yang dipakaikan itu tadi.

#2 Setuju atau tidak setuju

Dalam harian atau mingguan biasa, cuba dapatan rakan sekerja yang berlainan untuk menulis sepotong ayat pada papan whiteboard agar semua orang boleh setuju atau tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Apabila seseorang berjalan melintasi papan putih tersebut, mereka dapat tanda tangan nama mereka dibahagian yang disediakan bergantung samada mereka setuju atau tidak setuju.

#3 Office Bingo: Fakta yang tidak diketahui

Luangkan sedikit masa waktu rehat tengah hari untuk aturkan permainan bingo pejabat. Permainan ini boleh digunakan sebagai latihan get-to-know-you, dan sebagai alat untuk memutuskan rantai paten kerja pada hari minggu berkerja. Sediakan kad pada masa yang lebih awal, kemudian bahagikan kad tersebut untuk main bersama! Semua orang ada peluang untuk menang, tetapi mereka yang mbenar-benar mengenali rakan kerja mereka mempunyai peluang untuk menang yang lebih tinggi.

 #4 Cawan kopi

Permaian “cawan kopi” memang sangat menyeronokkan, merupakan permainan waktu rehat makan tengah hari permainan ini dapat membantu menajamkan otak supaya dapat berfikir dengan lebih tajam dalam masa yang sama mewujudkan persekitaran yang penuh dengan gelak ketawa sesama rakan sekerja. Permainan ini disetkan dengan mengumpul hanya 20 soalan. Ia adalah cara bagus untuk tim tuan berkomunikasi sesama sendiri, dan boleh dilakukan tanpa perlu banyak latihan. Apa yang tuan perlukan sebenarnya adalah rakan sekerja tuan !

Apakah tuan mempunyai idea ofis icebreaker yang menarik untuk dikongsikan dengan kami?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA