Apabila melangkah masuk ke tempat kerja, kita semua dapat luangkan masa satu minit untuk lepaskan tekanan dan menumpang semangat daripada pasukan!
Mari kita ambil pelajaran daripada salah satu movie kegemaran kita Disney classics, iaitu Lion King. Hakuna Matata adalah frasa Swahili bermaksud “jangan risau,” dimana Timon dan Pumbaa menyanyi dengan gembira dalam movie The Lion King (sangat catchy).

Menurut Kajian Tekanan kerja di Amarika Syarikat, 83% orang Amerika sedang menghadapi tekanan sekurang-kurangnya satu daripada bahagian perkerjaan mereka. Tekanan adalah sangat tidak sihat untuk kesihatan kita, tapi ianya dapat memberi kesan pada tuan untuk menjadi kurang produktif. Ini sebab mengapa kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan apa-apa jenis pekerjaan yang menyumbang pada tekanan dan membangunkan lebih banyak mindset yang bersifat “Hakuna Matata”. Lihat senarai kami di bawah tentang 3 kaedah yang dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja!

1. Buatkan satu senarai to-do-list
Jika tuan suka nota tampal sepertimana yang saya suka, jadikan ini sebahagian daripada kaedah yang dapat menyeronokkan tuan! Buat satu senarai to-do-list adalah kaedah terbaik untuk menguruskan hari tuan dan mengenal pasti prioriti. Letakkan tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera di pada senarai paling atas dan siapkan setiap satu tugasan dalam turusan bermula dari atas sehinggalah kebawah. Letakkan sebuah kotak semakan kecil bersebelahan setiap item, menggunakan kaedah ini apabila tuan telah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan tuan boleh membuat penandaan pada senarai item yang sudah disiapkan itu tadi – tindakan ini dapat memberi kesan yang amat memuaskan pada perasaan tuan!
2.Luangkan Sedikit Masa Untuk Sendiri
Bukan maksud kami supaya tuan tidur semasa menjalankan tugasan, tetapi apa yang kami mengesyorkan adalah tuan jangan lupa untuk luangkan sedikit masa untuk rehat semasa sepanjang tempoh bekerja bagi melapangkan fikiran. Mungkin melalui aktiviti mudah seperti berjalan kaki dapat membantu? Selepas tuan melalui tempoh yang melemahkan, tuan akan dapat bangkit kembali menjalankan tugasan dengan minda lebih segar dan tuan akan rasa lebih produktif.
3. Sentiasa Kekal Sihat
Amalan diet dan bersenam dapat bantu mengurangkan tekanan tuan supaya dapat menjadi lebih produktif di tempat kerja. Pemakanan yang sihat dan diet seimbang melalui senaman harian yang disyorkan dapat membantu tuan rasa lebih bertenaga dan bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan yang dihadapan. Mungkin pertimbangkan juga pengambilan supplement makanan melalui diet tuan sebagai penambahan rangsangan tenaga. Tenaga tambahan ini dapat membantu tugasan tuan dan menaikkan produktiviti tuan. Tanpa perlu untuk meluangkan masa berjam-jam merenung apa tindakan yang perlu di ambil tuan, terus lakukannya sahaja!
Tekanan benar-benar dapat memberi kesan pada tubuh badan sekiranya ianya tidak dikawal, dan dapat menyebabkan kesan kemudaratan serius. Kita tidak mahu ini terjadi pada tuan. Dapatkan nota tampal, ambil masa 5 minit untuk medisasi, kekal aktif, dan mungkin nyayikan lagu Hakuna Matata.
Kami berharap tip-tip ini dapat membantu tuan untuk mengurangkan sedikit tekanan di tempat kerja dan sekarang tuan tidak dapat lupakan lagu Hakuna Matata daripada ingatan tuan (kerana saya tidak boleh)!
Apakah yang tuan lakukan untuk kurangkan tekanan di tempat kerja?