Haka adalah tarian orang Maori daripada New Zealand, dan ianya boleh dipakai sebagai kaedah baru untuk membina kekuatan dalam pasukan professional. Tarian ini merupakan gerak tarian yang sangat berkesan yang menghubungkan anggota badan, wajah, suara dan keseluruhan semangat berpasukan.

Tarian Haka mendapat kempen dan sambutan berterusan kerana dipromosikan oleh pasukan rugbi all Blacks New Zealand, yang menjadikan tarian haka ini sebagai tradisi persembahan sebelum permulaan bermula. Tarian ini merupakan satu persediaan ritual yang menyatukan pasukan mereka, menghubungkan mereka kepada matlamat asal bersama mereka iaitu memenangi setiap perlawanan. Kini tarian haka mendapat tempat diluar perairan New Zealand. Bintang Hollywoood seperti Dwayne Johnson, Jason Mamoa dan pemain American Football menjadikan haka sebagai sumber inspirasi . Dari masa ke semasa tarian peminat tarian Haka berkembang dan dapat dilihat dipraktikkan secara meluas dalam oraganisasi professional, yang memanfaatkan aktiviti tarian haka sebagai kaedah menyatupadukan dan membina pasukan utuh.
Jadi apakah yang unik ada pada haka yang dapat diambil manfaat sebagai aktiviti menyatukan kekuatan dan semangat peserta sebagai satu pasukan?
Apakah yang mendorong penyatuan ini? Apakah yang membolehkan pasukan haka memotivasikan ahli untuk sentiasa kekal komited untuk mecapai visi dan matlamat kumpulan?
Jawapan yang timbul dari persoalan ini membawa kepada penemuan, yang akan mencipta perpaduan dan permuafakatan sama dalam pasukan haka, nilai yang dibawa bersama untuk dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam pasukan professional. Kami telah meringkasannya dalam bentuk 5 point.
5 Cara Haka Membina Kesatuan Melalui Pasukan Profesional

1. Haka mengajak mejadi authentik
Untuk menjadi sebuah pasukan efektif, sangat mustahak untuk mewujudkan budaya kolaberasi. Setiap ahli pasukan terlebih dahulu perlu ketepikan ego masing masing. Ego membawa maksud ini adalah cara saya adalah cara saya. Ini adalah diri saya yang sebenar. Tiada siapa yang dapat mengubah saya. Ego boleh menjadi rapuh dan defensif. Ini kerana ianya tidak tulen. Ia sebenarnya adalah imej ciptaan yang dipakaikan untuk mencipta identiti palsu. Ia adalah mekanisme pertahanan kita yang berjaya dibentuk untuk mencipta kawalan diri daripada dunia kompleks yang menenggelamkan kita. Ia merupakan tindak balas semulajadi mempertahankan deria-deria kita yang sedang bergolak. Berbeza, ketulenan sebenar sebenarnya meraikan kelemahan ini dan keadaan keberadaan kita sekarang yang sebenar. Ketulenan mengatakan saya tidak terperangkap dengan imej palsu yang diciptakan. Saya terbuka. Saya sangat rapuh. Pada setiap kerapuhan dan ketidakpastian itu sebenarnya mempunyai kekuatan. Kekuatan dalam kemanusiaan. Kekuatan dalam mengambil berat antara satu sama lain. Kekuatanlah yang menghubungkan sesama kita. Kenal pasti ego dan tahu waktu bila kita perlu berlepas diri untuk berhubung semula dengan diri kita yang authentik merupakan bahagian paling penting dalam tujuan kita menganalisa diri dan kepimpinan. Mewujudkan budaya yang terbuka menerima kejujuran adalah penting untuk memberi ruang untuk menghubung, berkomunikasi, dan membina kepercayaan.
Apabila kami ber-haka, tiada ruang untuk ego. Tiada ruang untuk berfikir cara kita tentang bagaimana kita sepatutnya berkelakuan atau bagaimana kita harus dipertontonkan. Kita memberi izin sepenuhnya kepada diri sendiri pada waktu tersebut. Kita dalam keadaan selesa dan terbuka sepenuhnya. Latihan tarian haka adalah latihan minda. Ia tentang kesedaran bagaimana untuk menyalurkan energi daripada minda mengalir turun pada seluruh tubuh kita.
2. Haka adalah tenaga

Kita semua mengetahui bahawa tenaga datangnya daripada bekerja dalam satu pasukan yang saling berhubung untuk berkongsi dan melontarkan idea antara satu sama lain dalam suasana selamat dan terbuka.
Haka bermaksud “untuk nyalakan kehidupan” atau “untuk membakar semangat kehidupan”. Haka adalah corong saluran bagi tenaga ini. Setelah kita mencabut pakaian ego dan berhubung dengan diri sendiri yang sebenar, kita sedang nyalakan semangat dan merembeskan tenaga. Tenaga ini pula bergema dan memenuhi seluruh badan kita dan suara dalam haka. Kita pula boleh ambil tenaga ini dan kita kongsikan dengan orang di sekitar kita. Kita kongsikan dengan rakan tarian kita, kita kongsikan pula bersama penonton di sekeliling kita. Kita kongsikan dalam bentuk positif, dan jiwa yang sentiasa ingin memberi.
3. Haka adalah Semangat Berpasukan
Keutuhan bermula dengan mindset yang meletakkan kepentigan orang lain sebelum kepentingan diri sendiri. Dalam masyarakat tribal, manusia bekerja secara kolaberasi menghadapi desakan keperluan hidup. Kehidupan tribal merupakan sebuah unit singular yang sama-sama memastikan survival kehidupan. Mereka sangat menghargai dan menitik beratkan nilai hormat menghormati, kesetiaan, komitmen, dan tidak mementingkan diri sendiri. Dalam masyarakat moden, kehidupan mereka lebih dilatih untuk bekerja sebagai individu. Ini didorong oleh kehendak struktur hieraki dalam suasana industri pekerjaan yang sedang rancak mendominasi pada kurun ke 20-an. Namun, perkembangan pesat dalam teknologi telah menyebabkan persaingan semakin merancak yang membawa kepada keadaan bisnes yang semakin dinamik. Pasukan dipaksa untuk membiasakan diri dalam keadaan lebih “tribal” yang memerlukan kepercayaan tinggi dan kolaberasi untuk memastikan mereka lebih tangkas menyesuaikan diri kepada perubahan. Organisasi yang dapat bertahan, adalah yang mampu untuk bekerja secara kolaboratif serta memerlukan keyakinan diri tertinggi untuk sentiasa berada di depan pesaing.
Berbicara tentang haka adalah segalanya tentang meraikan nilai kolaberasi. Apabila kita sedang haka, kita lakukannya sebagai sebuah pasukan. Kita tidak melakukan haka apabila berseorangan. Kita membantu satu sama lain dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kebersamaan ini mencipta perpaduan dan tenaga yang kuat dan terarah yang akan terus mengikat jalinan ukhwah ahli dalam satu semangat berpasukan.
4. Haka adalah Matlamat
Mempunyai matlamat yang jelas akan meransang pasukan profesional. Ahli pasukan akan lebih bersedia memberi komitmen kerana mereka didorong oleh tujuan jelas. Mereka bersedia melakukan pengorbanan. Mereka meletakkan pasukan mereka sebelum kepentingan diri mereka sendiri. Mereka lebih bersedia untuk mencurahkan komitmen berstratergi bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
Apabila kita sedang ber-haka, kita lakukannyanya dengan sebab yang jelas dan bermatlamat. Ianya dilakukan untuk meraikan, meratapi, mengalukan perpisahan atau juga hanyalah sekadar suka ria. Tanpa matlamat jelas, haka hanyalah sebuah pertunjukan. Ianya sangat mudah terpesong dan timbul semula sifat hanya memikirkan diri sendiri, ego kembali mempengaruhi, dan fokus tenaga menjadi tidak terarah dan menghilang. Berpaksikan matlamat yang jelas dalam haka dapat menyalurkan tenaga positif dan mengumpulkan semua orang bersama dalam satu pasukan agar dapat menterjemah semangat dan emosi terkumpul sebagai satu.
5. Haka adalah keberanian
Apakah yang dimaksudkan dengan keberanian, melainkan hanyalah komitmen untuk mengambil peluang? Ianya sangat penting dalam bisnes dan kehidupan. Pasukan professional perlu mempunyai budaya yang menggalakkan supaya pasukan menjadi berani, membuat keputusan dan komited kepada tindakan. Elemen budaya disimpulkan seperti di bawah dan merangkumi bahagian 4 daripada 5 kaedah dimana haka membina keutuhan dalam pasukan professional.
• Menekankan authentik. Menyemai kerendahan hati. Bersifat terbuka tentang risiko dan kemungkinan untuk gagal. Bekerja secara kolaberatif untuk mencapai solusi dan mengurangkan risiko kegagalan.
• Melahirkan pasukan bertenaga – memberi kebenaran kepada diri sendiri untuk lebih terbuka, lebih terdedah, mewujudkan persekitaran yang dibina atas kepercayaan, mencipta tenaga positif dari apa jua keberangkalian yang bakal ditempuhi.
• Menyemai semangat bepasukan – tuan tidak melakukannya berseorangan. Tuan melakukannya bersama, membantu satu sama lain, sebagai satu entiti.
• Menjadi sangat jelas dan komited pada matlamat dikongsi- matlamat yang sangat mahu di capai dimana setiap ahli pasukan bersedia mengorbankan diri sendiri asalkan objektif berjaya dilaksanakan.
Tekan butang video untuk belajar lebih lanjut.
Tanggakan pakaian ego, jadi lebih authentik dan komited kepada sifat kemurahan untuk sentiasa memberi. Dengan melakukan ini kita akan disalurkan pada sumber tenaga positif. Berkongsi tenaga tersebut dengan orang sekeliling, akan mencipta satu kesatuan dan semangat berpasukan. Kekal fokus pada obejktif atau matlamat yang dikongsi bersama, salurkan tenaga positif itu tadi, yang akan menghasilkan motivasi yang sangat berimpak untuk meransang tindakan pasukan. Kesemua elemen ini digaulkan untuk mencipta satu budaya yang berani. Inilah bagaimana haka membina perpaduan dalam pasukan.