Menurut Merriam-Webster, perkataan Fasilitator ditakrifkan sebagai: seseorang yang bertindak sebagai pemudah cara;khususnya: seseorang yang bantu memudahkan sesuatu objektif dicapai (sebagai pembelajaran, produktiviti, atau komunikasi) dengan memberi khidmat secara tidak langsung atau bantuan,petunjuk atau pengawasan yang berterusan.
Walaupun kami sangat bersetuju dengan definasi yang diberikan ini, kami juga berpandangan ianya merangkumi maksud lebih besar daripada itu.
Untuk menguatkan pandangan kami, kami meminta fasilitator kami untuk menerangkan ciri-ciri dan kualiti diperlukan sebagai fasilator Cherating Lagoona Villa Resort. Ini adalah sebahagian jawapan terbaik mereka:
- Kepimpinan. Di Cherating Lagoona Villa Resort kami menggunakan istilah “memimpin” dan ” fasilitator” dengan berhati-hati. Bagi memastikan program berjalan dengan lancar, adalah penting untuk seseorang fasilitator mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang sepanjang program berlangsung.
- Ucapan Awam yang baik. Untuk fasilitator, menjadi jurucakap yang baik memerlukan suara yang jelas dan mudah difahami, kemahiran berinteraksi bersama penonton, dan menyeronokkan kepada pendengar.
- Keupayaan untuk membahagikan tugas dan bekerjasama dalam satu pasukan. SeorangFasilitator tidak mungkin dapat melakukan semua secara bersendirian; mereka mesti bekerja dengan satu pasukan untuk memastian segalanya berjalan lancar. Sebagai contoh, pemimpin ibarat seorang general tentera dan dibantu oleh timbalan dan askar-askar pimpinannya untuk melengkapkan misi tugasan yang diberikan. Fasilitator Cherating Lagoona Villa Resort bekerja dengan gigih disokong sepasukan askar yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
- Kemahiran Pengurusan Masa. Menjayakan acara team building memerlukan kepimpinan yang memiliki kemahiran pengurusan masa yang cemerlang. Keadaan ini memerlukan matlamat tidak terhitung banyaknya untuk dicapai sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara. Oleh itu, fasilator harus kenal pasti bagaimana untuk mengawasi masa mereka supaya semuanya berada dalam teratur dan terkawal.
- Badan Organisasi. Untuk seseorang mempunyai kemahiran pengurusan masa, mereka sendiri juga mestilah menjadi seorang yang sentiasa dalam keadaan terurus. Fasilitator merupakan seorang yang pengurus dan dalam sentiada berada dalam keadaan bersedia untuk dalam sebarang situasi, termasuklah: kebolehan mengenal pasti, membina networking bersama pelanggan, menyampaikan maklumat, dll.
- Fleksibiliti. Sudah pasti setiap harapan fasilator agar setiap acara dibawah kedalian beliau berjalan seperti yang dirancang, namun begitu kadang kala mereka harus berdepan dengan sebarang kemungkinan yang tidak dirancang. Situasi begini memperlukan fasilitator tersebut mempunyai keupayaan dan keyakinan membuat keputusan dengan pantas.
- Orientasi Pelanggan. Fasilitator sedar dalam apa jua situasi dan keadaan, pelanggan mestilah didahulukan. Majlis dan atur cara haruslah disesuaikan untuk memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.
- Reabiliti & Kebolehpercayaan. Kejayaan sesuatu majlis atau atur cara terletak sepenuhnya di atas bahu seorang fasilator. Oleh yang demikian, pihak syarikat dan klien perlu mampu memberi kepercayaan sepenuhuhnya kepada fasilator untuk mempersembahkan prestasi yang cemerlang.
- Semangat & Kesungguhan. Tiada siapa yang mahu mengambil bahagian dalam program yang dipimpin oleh seorang yang lesu dan tidak menunjukkan kesungguhan. Menyedari hakikat ini, fasilitator Cherating Lagoona Villa Resort sangat menekankan kecerdasan, kesungguhan, dan paling penting minat yang mendalam untuk meminpin acara untuk pelangan kami. Mereka sangat menyukai apa yang mereka usahakan.
- Kesimpulannya: Walaupun sesetengah fasilitator mungkin berselisih pendapat tentang satu kualiti lebih utama berbanding kualiti yang lain, realitinya, seorang fasilitator harus mempunyai gabungan kesemua ciri-ciri yang dijelaskan di atas.
Apa itu fasilitator? Fasilitator adalah:

Berkeyakinan, berkarisma,bermotivasi,dihormati,ramah,tenang,sabar,bersedia,petah bercakap,boleh diharapkan, kekemasan , mesra pelanggan,kepimpinan,bertanggungjawab,teliti,bertimbangrasa,kelakar,pendengar yang baik, penerobos peluang, bertenaga, mahir berkomunikasi,jujur,semangat yang jitu, Tokoh kepimpinan.