Adakah Program Team Building Berkesan?

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
Aktiviti Team Building mampu memberi kesan yang panjang dan konsisten kepada peserta

Sebut sahaja mengenai team building mungkin tuan akan berhadapan dengan penolakan dalaman daripada ahli pasukan. Ketika mengumumkan bahawa tuan telah merancang sebuah program team building kemungkinan timbul suara-suara rungutan  dalam bilik pejabat. Bagi sebahagian besar fahaman orang, program team building ini adalah sebahagian budaya korporat yang tiada pilihan dan wajib untuk disertai, interaksi yang luar zon keselesaan, dan menjadi matlamat paling akhir untuk difikirkan. Setengah pendapat mengatakan ianya membuang masa, mencuri masa mereka daripada kerja-kerja lain yang mereka boleh lakukan.

Namun begitu, jika terdapat syarikat yang membelanjakan sebahagian besar budget mereka untuk pogram aktiviti team building ini, sudah tentu terdapat banyak kebaikan dan manfaat yang dapat diperolehi, bukan?

Sebenarnya walaupun hampir sebahagian besar latihan team building mempunyai kebaikan dan menaikkan prestasi pasukan, ia kan lebih cenderung untuk gagal daripada mencapai matlamat sebenar jika diuruskan dengan lemah. Ini adalah mengapa adalah sangat penting untuk bukan sahaja untuk memilih aktivisti yang bersesuaian untuk pasukan tuan, tetapi dalam masa yang sama juga menetapkan matlamat sebenar apa yang tuan mahu capai daripadanya.

Matlamat

Langkah pertama untuk memastikan usaha team building tuan yang efektif adalah untuk kenal pasti secara jelas penambahbaikan yang tuan mahu lihat. Program team building termasuklah jumlah senarai aktiviti-aktiviti terpilih dan setiap satunya mempunyai matlamat berbeza yang hendak dicapai. Jesteru itu, pemilihan objektif atau jenis aktiiti yang tepat adalah sangat penting. Untuk mencapainya, pertama sekali tuan harus kenal pasti matlamat utama yang mahu dicapai.

Kenal pasti apakah matlamat tuan untuk team building– Apakai kualiti yang hendak ditambah baik yang perlu diberi perhatian ? Mungkin tuan mahu memeberi penekanan pada perubahan sikap?

Faktor utama kebanyakkan masa mengapa program team building tidak berkesan seperti yang diharapkan  adalah kerana individu yang ditugaskan merancang program gagal menjawab persoalan-persoalan ini. Kemungkinan mereka berfikiran “kepercayaan akan meningkatkan kerja pasukan” dan meghayatinya, namun mereka kurang tahu bagaimana ianya dilakukan atau adakah ianya obejktif yang bersesuaikan untuk pasukan mereka.

Pemerhatian saya apabila orang kali pertama mendengar istilah “team building” mereka terus menunjukkan sikap mejauhi, menentang atau tidak bersemangat sebaik sahaja rakan kerja mereka merancangnya. Saya sudah memerhati dan mendengar perkara seperti ini banyak kali.

Tembok-tembok halangan apabila diuruskan dengan betul akan mendorong semua orang dalam bilik, termasuk orang yang pemalu melibatkan diri secara aktif. Peserta-peserta ini kemudiannya akan berkongsi pengalaman manis untuk dibawa pulang dan mencipta persekitaran selesa dengan rakan sekerja mereka.

–Tuan Sufian, Jurulatih Team Building Lagoona Resort Cherating.

Mengenal pasti samada terdapat masalah antara ahli pasukan, adakah mereka tidak mengunakan sepenuhnya kemahiran dan kekuatan mereka, adakah komunikasi di antara pasukan lemah, adakah tuan sedang bekerja secara berpasukan atau tidak?

Ambil masa untuk pertimbangan faktor-faktor ini dapat membantu tuan mengenal pasti jenis-jenis aktiviti yang boleh disesuaikan selaras dengan masalah-masalah yang tuan telah kenal pasti.

Setelah memastikan kesemua petimbangan ini diambil kira dan mengenal pasti objektif matlamat yang ingin dicapai secara jelas, perincikannya pula kepada senarai teratas aktiviti team building yang pada pendapat tuan akan memberi manfaat paling besar yang dipelukan pasukan tuan, dalam masa yang sama mengambil kira sisi  pandangan mereka. Sekalipun, jika tuan tuan telah memilih program team building yang terbaik, tetapi program yang dipilih tersebut gagal menarik minat sesiapa, akhirnya program dirancang tidak akan berkesan juga.

Satu dalam semua dan semua dalam satu?

Pada masa ini, aktiviti team building kebiasaannya dibahagikan kepada dua kategori: format pertandingan dan bukan perandingan. Secara zahirnya ini kelihatan seakan bercanggah jika acara team building dirangka dalam format pertandingan sedangkan tuan sedang berusaha memupuk nilai kerjasama dalam pasukan. Namun begitu, jika ini benar, mengapa aktiviti team building dalam format pertandingan masih lagi ditawarkan pada syarikat dan badan institusi?

Sesetengah hujah menyatakan bahawa persaingan dapat membawa kepada kerjasama pasukan. Apabila tuan berada dalam pasukan, tuan akan terdorong untuk menang dan melalui berkumpulan juga, tuan akan bekerja lebih baik bersama pasukan tuan dengan harapan bersama untuk membawa seluruh ahli pasukan kepada kemenangan.

Saya berpendapat bahawa kebanyakkan orang akan bersetuju bahawa manfaat latihan team building yang kompetatif sebahagian besar bergantung pada bagaimana kumpulan spesifik tersebut mengendalikannya dan bartapa cekap program itu diuruskan. Kunci kepada menghasilkan acara yang kompetatif adalah bergantung pada tahap kesukarannya dan samada aktiviti itu dapat di sesuaikan dengan keperlukan pasukan tuan, dan juga samada pasukan tuan sudah bersedia atau tidak. Lagipun, tuan mahu hindari daripada pasukan yang lompong dan mempunyai isu komunikasi dan bekerjasama terhadap satu sama lain.

“Tapi team building adalah sangat membosankan!”

Terdapat pelbagai pengalaman team building yang unik tuan boleh pertimbangkan untuk mesyuarat pasukan seterusnya. Kebiasaannya ini akan membawa pada keseronokkan namun begitu jangan terlebih bergantung harap bahawa ianya akan menambah baik dinamik pasukan tuan secara berterusan. Atau pembinaan pasukan itu sendiri. Apabila sesuatu acara itu terlampau mengfokuskan pada keseronokkan, mereka tidak lagi berada dalam suasana pembelajaran bagaimana untuk bekerjasama, mencapai matlamat, atau menenal pasti kelebihan individu tersebut. Mereka akhirnya hanya mempromosikan pengalaman positif yang dikongsi bersama, yang juga akan menambahbaik hubungan dalam pasukan, tetapi tidak semestinya membantu dalam prooses membina pasukan itu sendiri. Maksud yang cuba disampaikan adalah apabila sesuatu program hanya mengfokuskan pada menawarkan keseronokkan, dan tidak membekalan alat untuk menambah baik mutu kerja atau efisen kerja yang merupakan matlamat utama team building.

Faktanya adalah, tidak semua orang menyukai aktiviti yang menyeronokkan ini. Walaupun mereka gemar pada keseronokkan, mereka mungkin tidak rasa selesa sepenuhnya apabila melibatkan diri dalam permainan yang membina atau situasi dimana meletakkan mereka dalam keadaan menjadi tumpuan ramai. Ini sebenarnya boleh merosakkan persekitaran kerja apabila tuan memaksa orang untuk melibatkan diri dalam situasi yang mereka cuba menjauhi diri atau kurang selesa. Ini akan menyebabkan jurang sedia bertambah buruk- bertentangan dengan matlamat team building itu sendiri.

Teliti dalam memastikan latihan team building yang dipilih mempunyai elemen pembelajaran dan kemahiran yang diperlukan yang boleh diaplikasi dalam pekerjaan, bukan tentang keseronokan semata-mata.

Sering kali maklum balas yang diterima mengenai program kami melepasi jangkaan awal. Para peserta memberi peluang pada diri mereka sendiri untuk “keseronokan wajib” dengan meletakkan  kepercayaan penuh pada kami dan akhirnya lega dan berpuas hati apabila mendapati bahawa program kami benar-benar menyeronokkan dan memberi peluang untuk berinteraksi denga rakan sebaya dalam melalui kaedah yang baru dan bertenaga dalam masa yang sama bersaing dalam suasana yang menyeronokkan.

– Tuan Sufian, ketua fasilitator.

Peringatan bahawa team buildng yang sempurna bergantung pada kejujuran dalam kerjasama sesama kalangan peserta. Jika staf atau pengurusan mula mengambil sikap melepas tangan atau tidak bersunguh sungguh memperuntukan masa mereka, mereka akan gagal menghayati pengalaman sebenar. Kesannya positifnya tidak akan sama melainkan sedikit keseronokan tanpa impak yang sebenar secara keseluruhan.

Perbezaan Team Building Menurut Lagoona Resort Cherating

Team building tidak memerlukan huraian atau apa sahaja yang keluar dari maksud yang difahami umum. Tiada keperluan untuk untuk membawa seluruh kaki tangan pejabat untuk percutian panjang yang memakan budget tinggi untuk pemulihan diri. Team building yang efektif dapat dilakukan dalam pejabat sahaja atau di tempat berdekatan yang menjadi pilihan tuan.

Perkara yang paling penting adalah implimentasi latihan yang dapat menyumbang kepada matlamat tuan. Bergantung pada apa yang tuan mahu capai atau ditambah baik, sesuaikan dengan aktiviti yang terbaik yang dapat mencapai objektif tersebut. Jika tuan mahu melihat pasukan tuan untuk komunikasi dengan lebih baik,  pilih permainan yang melibatkan latihan komunikasi. Jika tuan mahu mendorong mereka untuk lebih kreatif pilih  permainan yang memberi penekanan lebih pada  elemen kretiviti.

Pasukan yang terbaik adalah  yang berjaya menukarkan permainan kepada pengalaman dan itulah perbezaan team building di Lagoona Resort Cherating. Tuan sudahpun berjaya apabila orang menegur sapa tuan dan memberi komen seperti –

“Saya tidak gemar team building, tapi yang ini adalah terbaik..”

“Saya kebiasaanya tidak bersemangat untuk ini, tetapi tuan telah menjadikkanya sangat menyeronokkan”

“Saya mempunyai pengalaman yang banayk dalam aktiviti seperti ini, tapi ini sangat lain daripada yang lain”

Ini tentang menukar permainan kepada pengalaman dan itulah perbezaan team building di Lagoona Resort Cherating

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA