Kenali Pasukan Anda | 5 Aktiviti Team Building untuk Dimanfaatkan.

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Kenali satu sama lain sebagai individu, bukan hanya sebagai profesional.

Kita dari sudut insani lebih besar daripada kerangka kerjaya profesion kita. Kita semua menyimpan minat terpendam yang dapat menghubungkan kita antara satu sama lain yang mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan tugasan kita dan membantu kita untuk sukses dari dalaman. Terdapat aktiviti team building icebreaker yang mudah untuk diimplementasikan yang akan membantu tuan dan pasukan mewujudkan hubungan (bonding) dan dapat mengenali antara satu sama lain di luar kerangka tugasan kerja.



5 AKTIVITI TEAM BUILDING ICEBREAKER UNTUK DIMANFAATKAN:

Kita semua ada pengalaman yang dapat menghubungan kita. Kenali pasukan anda dengan icebreakers ini.

1) Permainan Fakta Tersembunyi.

Permainan ini sangat mudah. Tugaskan kordinator dan semua orang yang berada dalam pasukan anda untuk sumbangkan satu “fakta tersembunyi” kepada individu tersebut. Kordinator tersebut bertanggungjawab untuk mengaudit fakta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan pada awal permainan. Contohnya tuan boleh bertanyakan setiap ahli pasukan untuk berkongsi fakta mengenai kampung mereka. Beliau perlu mencipta fakta dan membahagikan senarai nama pemain secara rawak. Semua pemain diperuntukkan masa (contoh: perlu diselesaikan sebelum berakhirnya waktu pejabat) untuk dipadankan fakta-fakta ini secara tepat dan sebanyak mungkin kepada pemain. Sekiranya tuan mempunyai pasukan yang kecil, tuan boleh juga boleh memberitahu setiap pemain untuk terangkan sebab musabab di sebalik tekaan mereka dalam masa yang sama membaca secara kuat jawapan daripada setiap pemain.

2) Pilih Satu. Pinkan. Simpan.

Apabila semua orang berjalan masuk ke dalam pejabat pada waktu pagi, mereka memilih satu pin daripada sebuah kotak. Sebelum itu, seorang perlu menyusun pin tersebut dan catat sepotong penyataan di atasnya yang dapat dikaitkan dengan individu tersebut.

3) Permainan Adalah Kita

Peserta akan dapat lebih banyak pemahaman tentang diri mereka sendiri dan orang disekeliling mereka.

4) Kongsi Kereta!

Kadar purata masa digunakan di atas jalan raya untuk ke tempat kerja di Malaysia adalah 26 minit satu perjalanan. Ini merupakan masa yang banyak untuk pasukan tuan dapat manfaatkan sebagai peluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik, memerah idea, atau melakukan sesi soal jawab sepanjang perjalanan.

5) Sang Penyamar

Untuk memastikan semua dapat orang melepaskan rasa kekok mereka dan rasa selesa berkomunikasi supaya dapat mendoron mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti team building.

Dapatkan keseronokan. Kenali pasukan tuan dengan aktiviti icebreaker kami sediakan untuk golongan dewasa. Ayuh produktif!

Bagaimana pasukan tuan memecahkan suasana kebuntuan di tempat kerja? Apakah jenis aktiviti team building yang tuan sukai di tempat kerja?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA