Program Team Building menyatukan semua orang melalui semangat kerjasama dan kolaborasi. Aktiviti yang menarik ini memberi peluang pada peserta mengenali rakan-rakan mereka pada sisi sudut pandang yang berbeza secara tidak langsung dapat meyatukan mereka meskipun datang daripada latar belakang dan pengalaman yang berbeza.
Salah satu manfaat besar program team building ini adalah untuk sentiasa mencapai kejayaan demi kejayaan. Melalui beberapa siri program team building yang dirancang melalui penerapan dua elemen penting iaitu keseronokkan dan dorongan motivasi, pasukan dapat mengasah kemahiran komunikasi, merancang, menyelesaikan masalah dan meleraikan konflik .Idea team building yang berkesan dapat mempercepatkan proses membangunkan pasukan jangka panjang melalui hubungan yang telus , saluran perbincangan yang terbuka dan sistematik.Dibawah adalah senarai 5 aktiviti team building yang terbaik untuk tuan boleh dilakukan di tempat kerja tuan hari ini!
Dibawah ini kami telah menyenaraikan 5 Aktiviti Team Building Terbaik yang tuan boleh lakukan di tempat kerja tuan hari ini!
#1 Pilih Satu. Pin satu .Simpan satu.
Untuk aktiviti ini anda memerlukan:
- Pin kecil yang mencukupi untuk semua orang dalam pejabat
- Penajam/Penanda Magik
- Sebuah Bakul
Idea kita untuk ice breaking ini adalah setiap kali semua orang memulakan langkah memasuki pejabat pada waktu pagi,mereka akan memilih satu pin dari sebuah bakul. Sebelum itu, seseorang perlulah menyusun pin-pin tersebut dan menulis sepotong ayat dimana orang dapat mengaitkan potongan ayat yang dipilih itu dengan diri mereka sendiri.
Sebagai contoh, satu pin yang mempunyai sepotong ayat: Saya telah membaca 8 buah buku Harry Potter, atau saya adalah seorang Chef yang terbaik, dll.
Selepas memilih satu pin, tuan akan memaikanya untuk sepanjang hari sebagai sumber dorongan motivasi bagi mengharungi hari tersebut.
Melalui kaedah ini, apabila ada orang melintas meja kerja tuan atau tersempak tuan di kawasan dapur, mereka dapat kenal pasti pin pilihan yang dipakai tuan dan dapat mengambil peluang untuk membuka perbualan dengan tuan berkenaan pin pilihan yang dipakai tuan. Pada akhir hari, tuan letakkan semula pin yang dipakai ke dalam kotak asal, dan pilih pin yang baru keesokkan pagi hari. Melalui cara ini, tuan juga dapat kenal pasti jika ada orang lain memakai pin yang pernah dipakai tuan sebelumnya!

#2 Setuju atau Tidak Setuju
Untuk aktiviti ini tuan memerlukan:
- Sebuah Papan Putih Besar Dilekatkan Di Dinding
- Sebatang Pen Penanda Papan Putih
Pada setiap hari atau semingu sekali, dapatkan seorang rakan kerja yang berbeza menulis sepotong ayat pernyataan di atas papan putih supaya rakan lain boleh memberi pendapat maklum balas samada setuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Sebagai contoh,ayat pernyataan boleh jadi :Johor Darul Takzim merupakan pasukan bola sepak terbaik di Liga Super Malaysia, kemudian bahagikan papan putih kepada separuh samada setuju atau tidak setuju dengan pernyataan yang diberikan.
Apabila ada orang melintasi papan putih yang dimaksudkan, mereka boleh menurunkan tanda tangan di ruang yang dibahagikan bergantung samada mereka bersetuju atau tidak bersetuju.
#3 Permainan Bingo: Fakta-Fakta Yang Disembunyikan

Untuk aktiviti ini tuan memerlukan :
- Seorang Penganjur
- Satu fakta yang tersembunyi
- Helaian bingo
- Penanda bingo
Ambil waktu rehat tengah hari dan anjurkan acara permainan bingo pejabat. Pada kad bingo,tersebut peserta perlu menulis nama setiap orang dalam pejabat secara rawak. Tidak ada satu kad bingo yang saling menyerupai. Bagi tujuan rujukan, nomborkan setiap penanda bingo dan setiap fakta yang tersembunyi. Sebaik kesemua kad bingga peserta sudah di tetapkan, mulakan dengan membaca dengan jelas fakta-fakta yang etrsembunyi tersebut beserta nombornya.
Sebagai contoh #15 Orang yang dimaksudkan ini bencikan produk tenusu, khususnya yogurt.
Andaikata seseorang mengenali siapakah individu yang dimaksudkan, mereka boleh mengambil penanda #15 dan tuliskan nama peserta yang dimaksudkan di atas kad binggo tersebut. Setelah kesemua nombor telah diisi, mereka perlu membacanya denga kuat nama dan nombor yang telah dicalitkan, dan peserta tersebut boleh membenarkan samada nama dan nombor itu tadi telah dipadankan dengan tepat.
#4 Teko Kopi
Permainan “Periuk Kopi” ini adalah sangat menyeronokkan, dapat dimainkan pada waktu rehat makan tengahari bagi memberi nafas baru untuk mengegarkan minda ,sambil bergelak ketawa sesama rakan sekerja. Untuk ice breaking ini, seorang peserta cuba fikirkan satu perkataan bersifat kata kerja dalam hati. Dalam masa yang sama peserta yang lain pula perlu cuba meneka perkataan kata kerja apakah yang difikirkan individu tersebut dengan menanyakan soalan. Walaubagaimanapun, peserta yang menyembunyikan kata kerja dalam hati mereka tidak boleh mengunkan kata kerja tersebut, sebaliknya menggantikan dengan perkataan ‘Teko Kopi’. Permainan ini dijalankan dengan mengumpulkan 20 soalan. Tuan juga boleh mengunakan perkatan berbeza selain daripada ‘teko kopi’, sebaliknya digantikan dengan nama syarikat tuan sendiri. Ini juga merupakan idea yang bagus.
Sebagai contoh : Jika perkataan pilihan saya adalah “lari”
Rakan sekerja: Bagaimanakah tuan sampai ke kedai runcit?
Saya: Saya memandu ke kedai runcit
Rakan Sekerja: Apa yang tuan buat untuk bersenaman?
Saya: Saya pergi ke gim, tetapi saya juga periuk kopi jika cuaca mengizinkan.
#5 Benar, Malah. . .
Konsep adea ini adalah untuk untuk berpasangan dengan pemain lain dan menanyakan pada mereka untuk membuat pilihan siapa A dan siapa B. Minta A untuk memberi pernyataan (‘Makanan tengahari hari tadi sangat lazat”. B pula perlu membalas dengan “Benar, malah…” dan lengkapkan pernyataan tersebut.
Sebagai contoh
Rakan B : Benar, malah kami juga makan dua pencuci mulut!
Rakan A : Benar, malah saya kembali bertenaga selepas menikmatinya.
Peserta harus menyambung latihan ini dalam beberapa tempoh yang di. Ini bukanlah aktiviti permainan dimana peserta berusaha untuk memenanginya. Objektif utama daripada latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Soalan Kemungkinan Yang Spesifik Yang Membuka Minda di akhir aktiviti :
- Apakah halangan-halangan pada persefahaman?
- Bagaimana perasaannya untuk bersetuju dan tidak bersetuju secara konsisten?
- Bagamanakah perasaannya untuk mendengar seseorang tanpa bersoal? Perasaan sendiri apabila diberi peluang untuk didengari?
- Adakah ianya mudah atau sukar untuk untuk memahami pertanyaan yang dilontarkan sesama sendiri?
- Bagaimanakah latihan ini dapat membantu kemahiran tuan untuk bekerjasama dengan orang lain?
Kami berharap aktiviti-aktiviti ini dapat mendorong kumpulan tuan kekal maju menuju jalan kejayaan! Jika tuan berminat program team building outdoor jemput layari pakej kami atau hubungi kami disini di Cherating Lagoona Villa Resort agar kami dapat membantu tuan untuk merancang aktiviti program yang seterusnya!