Rahsia mengubah acara team building Tuan daripada biasa-biasa kepada luar biasa adalah komitmen yang diberikan.
Fasilator yang tuan ingin latik mestilah seorang yang profesional dan mahir dalam melakukan pernambahbaikan yang sewajarkan semasa hari acara tersebut agar mereka dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenali pasukan tuan. Namun bergitu, bukankah masuk akal sekiranya kita dapat membantu dan meletakkan mereka pada permulaan yang lebih baik?
Sediakan fasilator tuan dengan segala informasi penting mengenai pasukan tuan yang boleh membantu mereka untuk lebih bersedia sebelum beramah mesra bersama pekerja tuan, kekal fokus pada matlamat tuan dan menjadikan konten acara team building tuan lebih fokus dan relevan kepada organisasi tuan.

Sebelum ketibaan hari acara team building yang dinantikan, pastikan fasilator tuan sudah dimaklumkan mengenai:
- Sekiranya terdapat individu di dalam pasukan tuan yang memerlukan penjagaan khusus atau memiliki kekurangan fisikal.
- Andai kata terdapat “tetamu kenamaan” yang akan dijemput.
- Sekiranya terdapat apa-apa program baru yang baru sahaja dilancarkan dalam organisasi tuan.
- Gambaran umum mengenai personaliti ahli kumpulan tuan dan tempoh masa mereka sudah berada bersama.
- Tahap keterujuaan yang tuan bayangkan.
TIP ACARA TEAM BUILDING > | PANDUAN PERCUMA >
“Semangat kerjasama adalah keyakinan bulat bahawa tiada sesiapa pun yang mampu sampai ke sana melainkan semua orang sampai ke sana.” – Virginia Burden