Pekerja yang sudah jemu dengan acara team building menyumbang sedikit atau tiada nilai penambahan dalam kehidupan mereka. Satu lagi pasukan-bernasib baik bukan sahaja memerlukan mereka untuk berusaha—memasak atau membeli ikan untuk dibawa bersama—tetapi penekanan pada menggalakan perbualan dalam suasana yang kasual.
Jadikan pekera merasa seronok untuk bekerjasama melalui aktiviti team building yang mengajar kemahiran hidup yang sebenar. Bukan sahaja acara seperti ini akan memberi nilai pada oraganisasi tuan, malah memberi peluang pada pekerja untuk mempelajari tentang perkara yang lain, menambahbaik kemairan dan bagaimana mereka boleh bekerjasama, malah memberi nilai manfaat yang lebih kepada peserta juga.
Kursus Membela Diri
Pada tahun 2016, terdapat 16 juta laporan jenayah melibatkan individu berumur 12 tahun ke atas dalam kawasan bandar dan pinggiran bandar di negara Amarika Syarikat, menurut laporan Kajian Mangsa Kebangsaan. Kursus membela diri dapat membantu pekerja tuan untuk mempelajari kemahiran yang mereka perlukan untuk mempertahankan diri mereka.\
Kuncinya adalah mengenal pasti jurulatih yang tepat. “Adalah penting untuk memahami gaya pengajaran, sikap, metodologi, dan latar belakang jurulatih bagi memastikan beliau bukan sahaja mampu untuk mengendalikan kursus yang cemerlang, tetapi juga yang sesuai dengan budaya kerja di tempat kerja tuan. Pemeriksaan yang tepat adalah wajar sekiranya tuan mencari latihan membela diri yang praktikal dan berdaya saing,” kata Jeremy Pollack, pakar jurulatih membela diri The Home Security Superstore.
Bagi mengenal pasti jurulatih yang tepat, minta rujukan daripada syarikat lain dan menilai setiap pilihan berdasarkan keperluan spesifik syarikat tuan.
Pengalaman Kuliner Berkumpulan
Tanya pekerja apakah menu yang mereka tahu untuk memasak dan tuan kemungkinan akan mendapat senarai pendek daripada setiap orang bersama perkara-perkara asas yang mereka perlu mahirkan. Meluaskan kemahiran memasak mereka melalui acara team building seperti membuat pencuci mulut bersama, memasak makanan jenis pedas bersama, dll yang seronok dan penuh dengan pembelajaran.
Semasa acara ini, rakan sekerja bukan sahaja bekerjasama untuk menyiapkan makanan mereka, namun mereka dapat mempelajari antara satu sama lain—berasa pengurus mereka sambil mempelajari dan berganding bahu bersama anak buah mereka. Ini memberi peluang pada semua orang untuk memahai antara satu sama lain dan membina hubungan yang lebih kukuh sebagai satu syarikat.
Selesaikan Masalah Fiksyen
Ini merupakan aktiviti team building mudah yang dapat di lakukan di dalam pejabat tuan. Bahagikan pekerja ke dalam beberapa pasukan kecil dan cipta satu masalah fiksyen untuk mereka menyelesaikannya. Pastikan setiap kumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama, menulis satu atau dua jawapan perkataan pada sehelai kertas.
Sekarang, tiba masanya untuk bahagian seronok: “ Minta setiap ahli mengalihkan surat tersebut bermula dari kiri dan minta mereka untuk mengolah idea itu bagi mencipta solusi yang baru. Teruskan corak ini untuk beberapa pusingan dan perhatikan hasil ahkir,” jelas Aubrielle Billig, yang bersama Small Biz Trends.
Pasukan perlu bekerjasama, sementara setiap pekerja didorong untuk mencari solusi baru yang lebih baik berbandng yang pertama.
Kemahiran Pengembaraan Outdoor
Kemahiran kelangsungan hidup sangat penting untuk semua orang, samada pekerja tuan menetap di bandar besar atau di kawasan pendalaman. Kelas kemahiran outdoor juga memberi peluang pada setiap orang untuk keluar dan menikmati suasana di luar dan bekerjasama tanpa penglibatan komputer dan e-mel.
Semak program kami di sini untuk pasukan tuan. Program sebegini daripada aktiviti Team Building Malaysia, menyediakan segala peralatan dan bahan, termasuklah makanan dan minuman kepada peserta. Ini memudahkan urusan penerangan dan tindakan.
“Jual Satu Item Daripada Meja Tuan”
Idea ini, daripada Process.St, adalah mudah dan sesuai untuk semua pekerja—kita semua sedang berjual beli dalam kehidupan harian kita, samada memujuk seseorang untuk makan malam bersama atau sedang pitching bersama pelanggan baru yang berpotensi tinggi. Idea ini sangat mudah.
“Panggil semua orang untuk memilih sebuah item daripada meja mereka, dan berkumpul dalam bilik persidangan. Sekarang bagi tahu mereka perlu berimprovisasi pitching jualan untuk item tertentu supaya mereka berjaya memujuk peserta lain dalam pejabat tertarik untuk membelinya. Mata bonus diberikan sekiranya mereka terangkan ciri-ciri atau manfaat item itu mengunakan maklumat yang tepat dan benar!” jelas Benjamin Brandall daripada Process.St.
Untuk menjayakan acara team building ini, tubuhkan beberapa pasukan yang mempunyai dua atau tiga ahli dan setiap pasukan memilih hanya satu produk dari pelbagai produk untuk dijual bersama. Format cabaran adalah dalam bentuk kalah mati dimana pemenang meneruskan perlawanan sehinggalah peringkat pusingan akhir.
Dalam pusingan akhir, ahli eksekutif memilih dua produk untuk dijual dan dua kumpulan terakhir itu diberikan masa yang mencukupi untuk melakukan persediaan—anggaran masa 15 atau 30 minit. Sesiapa yang paling menyakinkan akan memenangi keseluruhan pertandingan.
Adakah tuan akan mempromosikan kemahiran hidup yang sebenar dalam pejabat tuan?
Acara team building seperti ini bukan sahaja membantu pekerja membina hubungan yang lebih kukuh; malah memberi peluang pada setiap orang untuk mempelajari perkaa baru yang mungkin berguna dalam dan luar dunia pekerjaan. Belum termasuk lagi keseronokan yang dicipta berbanding aktiviti kebiasaan seperti permainan bowling atau perjumpan biasa. Dapatkan maklum balas daripada pekerja tuan untuk menilai pilihan manakah mereka teringin untuk mencuba dahulu.